Tiada khabar selepas anatomy practical (last final exam). Entah kenapa saya rasa cuti selepas exam kali ni membuatkan saya menjadi sangat sibuk. Sangat?? Ok, mungkin sibuk sahaja. Setakat ini, saya masih belum marathon apa-apa movie. Tiada satu buku/novel pun yang berjaya saya habiskan. Blog pun dah mula bersarang labah-labah. Bukan apa, saya penat. Banyak sebenarnya aktiviti sepanjang kehilangan saya ni. Nanti mungkin akan saya kongsikan. Nanti...

Esok, penantian saya bakal berakhir! Alhamdulillah, countdown saya di merata-rata tempat (facebook, webpage gopeng, ym, etc) akan menemui akhirnya. InsyaAllah esok flight saya pukul 9.15pm dari Gatwick, London. Naek Emirates. Mengikut cerita mimie yang begitu excited selepas makan satay di Malaysia, Emirates sangat best! Saya akan merasai ke'best'an tersebut esok. InsyaAllah...

http://www.flightnetwork.com/airlines/emirates/images/emirates.jpg

Saya sangat rindukan keluarga. Tak sabar rasanya nak menjejak bumi Pulau Mutiara untuk mendakap mak, cium tangan abah, dan memeluk adik-adik yang amat saya kasihi. InsyaAllah, esok!



Terima kasih buat semua. Terima kasih buat housemates- Kak Mar, Kak Dya (dah slamat sampai Ipoh), Khadijah, Asma dan Mimie. Kenangan bersama kalian pastinya antara yang terindah dalam hidup saya. Kalau pun lepas ni kita dah x serumah, bak kata pepatah, kenangku dalam doamu tau! Buat kak Mar, selamat meneruskan perjuangan. Saya tau akak memang hebat! Chaiyok2 kak Mar syg! Buat rakan-rakan yang saya kasihi, terima kasih kerana ada ketika saya memerlukan. Kata-kata semangat dari anda semua sememangnya sangat mengharukan saya. InsyaAllah, kita tempuhi perjuangan ni sama-sama ok? Di bumi asing - Baile Átha Cliath! (saya tengah bersemangat, so banyak plak exclaimation mark. hee..) Buat semua, terima kasih dan halalkan semua ye!

Doakan perjalanan saya selamat dan dipermudahkan segalanya. Amin... Buat Dublin, saya pasti akan kembali untuk menyambung perjuangan saya. Tapi izinkan saya kembali ke bumi yang saya cintai untuk mengutip kembali sisa-sisa kekuatan yang tercicir. InsyaAllah, saya akan kembali sebagai manusia yang lebih baik dari tarikh saya menaip ini. Doakan saya!



[At Taubah 41] Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

bookmarks: edit post
4 Responses
  1. izyan Says:

    I'll pray for your safe journey =)
    naik emirates best..yg paling best sbb bole makan free kt food court airport dubai, just show your boarding pass n u can eat all the food in the food court there..hehe


  2. seriuos? wee!makin bertambah la berat sebelum smpai msia. hehe. insyaallah, berdoa evrything wud b fine. =) thanx yan!


  3. 테하 ♕ Says:

    ni akak pengawas kt gopeng dulu ke?
    hehe, eh ke silap org ke ape..
    eheh


  4. Allah.. cte zaman dulu kala ni. aa, akak la pengawas yg kurang skema tu. =)