Berbicara dengan mak setiap pagi sekarang membuatkan saya rasa cukup tenang. Damai.. Jiwa yang dipenuhi perasaan takut dan lemah lantas dikuatkan oleh kata-kata mak. Kadangkala persis seorang ustazah berbicara dengan pelajarnya tentang doa dan tawakal. Tidak lupa mak berpesan kepadaku tanpa jemu untuk berdoa meminta dari Allah. Dia pasti akan memberi apa yang telah lama tersurat di Loh Mahfuz namun Dia juga rindu mendengar rintihan hambaNya yang penuh pengharapan. Jangan sesekali tinggalkan solat. Jangan pernah tertinggal appointment dengan Allah setiap waktu. Kerana mungkin pada waktu itu malaikat yang menurunkan rezeki sedang tercari-cari kelibat kita namun kepulanganNya hampa kerana kita sibuk dengan urusan lain hingga melupakan Pencipta. Allah, terima kasih atas kurniaanMu yang terindah ini. Terima kasih mak atas segala nasihat dan pedoman tatkala kakak terasa lemah dan tidak mampu. Tenkiu Akif, yes, kakak boleh! Mari kita berusaha selagi daya!