Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah, cantik cuaca hari ini. Terasa bahang kepanasan matahari. Mahu saja dilempar coat. Panas... Rindu kipas di Malaysia.
Tapi sedikit sebanyak cuaca ini mengingatkan saya akan Malaysia, tempat yang saya rindui. InsyaAllah, mengikut kiraan Akif, 14 hari lagi.
Tapi sedikit sebanyak cuaca ini mengingatkan saya akan Malaysia, tempat yang saya rindui. InsyaAllah, mengikut kiraan Akif, 14 hari lagi.
Alhamdulillah. Telah tamat paper Cardiorespiratory dan Biology & Epidemiology of Disease sehari lepas. Perasaan yang tidak dapat diterjemah dengan lisan. Lega tapi cuak juga. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan di dunia dan di akhirat. 4 hari berbaki untuk perjuangan seterusnya. Final battle for 2nd year - Gastrointestinal & Hepatology, Selasa ini. Kemudian? Pulang ke pangkuan keluarga tercinta!
Since lambat lagi nak exam GIT [kalendar mana ntah saya pakai 4 hari tu lambat], saya dan rakan-rakan mengadakan lawatan sosial ke rumah Kak Ili di South Circular Road. Alhamdulillah Kak Ili baru sahaja melahirkan seorang mujahidah comel beberapa hari lalu. Mahu sahaja terus melawat beliau di hospital tapi exam bukan boleh ditunda-tunda. Jadi, hari ini adalah masa terbaik untuk diluangkan untuk menziarahi baby comel itu.
Sepanjang perjalanan ke rumah Kak Ili, sempat mengimbau kembali kenangan sepanjang tempoh setahun mendiami rumah 314 di South Circular Road dulu. Ah, rindu zaman itu. Terpaksa berjalan 30 minit setiap hari dengan gaya Irish, jumpa dengan pelbagai ragam manusia di jalanan, terkejut nak mati dengar anjing tiba-tiba menyalak, geram melihat rakan-rakan berbasikal dengan bangganya memotong, mendapat hon kehormat setiap hari akibat aktiviti melintas jalan yang mengalahkan ayam, dan.. banyak lagi. Alhamdulillah, pengalaman itu banyak mengajar aku tentang erti sabar dan usaha. Adik-adik sekarang jangan manja ok, 7 minit tu cuma 1/6 daripada total masa perjalanan kami time 1st year dulu. Kena belajar bersyukur. =)
Ok, sebelum menjadi off topic, sangat gembira melihat Kak Ili tersenyum happy bersama baby yang comel itu. Tumpang gembira dengan 2 kejayaan yang dikurniakan serentak - degree in Medicine + baby comel. Semoga terus dimurahkan rezeki dan menjadi ibu dan abah yang baik. Ameen... Seronok bermain-main dengan tubuh kecil itu, memang hilang stress exam. Masing-masing mengambil giliran untuk memegang baby ini. Tapi baby ni memang cool la. Relax je tido walaupun dipass dari satu tangan ke tangan yang lain. Mungkin dah ramai sangat kot pelawat.
Tiba-tiba Kak Ili mengeluarkan soalan cepu emas, 'Bila korang nak kawin?' Suasana sunyi dan kemudian disambut gelak tawa. Allah pasti ada perancanganNya sendiri. "Belum sampai seru", kami menjawab ala-ala jawapan artis. Ok, seterusnya, kita serahkan kepada Pak Cik Gambar untuk ulasan lanjut.
Tiba-tiba Kak Ili mengeluarkan soalan cepu emas, 'Bila korang nak kawin?' Suasana sunyi dan kemudian disambut gelak tawa. Allah pasti ada perancanganNya sendiri. "Belum sampai seru", kami menjawab ala-ala jawapan artis. Ok, seterusnya, kita serahkan kepada Pak Cik Gambar untuk ulasan lanjut.
Bestnya! Saya tidak pernah ada pengalaman mendukung baby comel seperti ini. Adik-adik saya semuanya >3kg sewaktu dilahirkan.
Kesimpulannya, hari ini memang best. Terima kasih Allah atas nikmat masa dan kesihatan. Masa berehat selepas exam BED sepatutnya tamat malam ini. Harus kembali mengadap kekasih-kekasih saya. Doakan kami!