"Ibu, nanti jangan lupa bagi duit lebih ye..."

"Urm, nak buat apa duit banyak-banyak?"

"Ala, nak beli tiket TOTO. Kena beli banyak-banyak, baru tinggi peluang menang! Nanti ibu berhenti dekat vendor machine TOTO ye. Yang kat sebelah vendor machine air Coke tu" dengan tersengih.

.......................................................................................................................................

Sekadar drama swasta, rekaan selepas menjawab paper Microbiology & Pathology. Sejak akhir-akhir ini macam-macam berita yang saya dengar dari tanahair tercinta. H1N1 kembali, berpuluh bayi dijumpai di mana-mana, kes kapal selam, dan paling terbaru, Kumpulan Berjaya dan cerita betting piala dunia.


Saya tak mahu melihat generasi kini apatah lagi generasi akan datang menghalalkan hukum Allah yang jelas-jelas haram. Nauzubillahimin zalik. Tapi melihatkan rentak kerajaan kini, saya makin risau. [walaupun turut risau dengan paper2 akan datang].


Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti? [Al Maidah :90-91]


Kalau yang haram mahu dilesenkan, saya takut adik-adik saya [anak-anak masa akan dtg] tak kenal mana halal, mana haram. Nauzubillahimin zalik. Vendor machine TOTO sebelah vendor machine Coke. Masuk duit, keluar number. Masuk duit, keluar air. Risau saya kalau fikiran sementah itu masih tidak pantas menilai. Kalau orang tua pun x tahu menilai, itu memang makin risau la.


“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam....selanjutnya di MAZA

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus....selanjutnya di MAZA

PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya. Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini...selanjutnya di HARAKAH

Urm, Malaysia oh tanahairku. Kalau berterusan begini, saya risau. Risau kalau tarbiyah yang ditekankan sungguh-sungguh belum cukup sebati dengan bakal anak-anak saya nanti. Di rumah bertarbiyah sakan, di luar tarbiyah lain pula yang dicekupnya. Saya pernah terfikir untuk tinggal di sebuah kawasan perumahan yang terdiri daripada golongan yang baik-baik sahaja. Di kanan saya, rumah sahabat seusrah, di kiri saya rumah sahabat yang berjumpa di program ceramah. Buka pintu rumah, di hadapan saya rumah sahabat yang saya jumpa di program agama. Selak tingkap belakang rumah, ternampak jiran yang bertudung litup tengah membuang sampah. Alahai, bahagia dan amannya dunia. Tarbiyah keliling rumah, xkan terlupa punya la.

Jadi,kiranya nanti, anak saya pun akan berkawan dengan anak jiran-jiran saya. Kemudian anak-anak kepada anak-anak saya dan anak-anak jiran saya akan buat kawasan perumahan mereka sendiri. Hal yang sama berlaku kepada cucu-cucu, cicit-cicit dan keturunan saya. Yes, terjaga tarbiyah semua keturunan saya juga. Erk.. Tapi macam idealistik je kak? Nak letak mana 27 juta rakyat Malaysia yang lain? TAHU X PE!

Mungkin. Saya takut juga anak saya yang dah cukup tarbiyah berjumpa dengan rakannya yang tinggal di kawasan perumahan lain. Mula mengajak membeli belah di vendor machine TOTO. Haih, pening kepala nanti. Saya kena tingkatkan usaha la nak meramaikan penduduk kawasan perumahan saya? Atau saya patut tulis surat kepada pak cik pemilik vendor machine TOTO itu supaya remove machine tersebut? [hello cik kak, vendor machine ni ada lesen ok?]

Urm, makin bertepuk dahi la nampaknya. Kesimpulannya? Entah, saya pun pening [pening microb pun belum pulih]. Anda fikir sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Nota metatarsal : Ramai tengah bercakap2 tentang Adamaya. Blur juga mulanya. Rupa-rupanya drama TV3. Mungkin x patut tengok. Nanti kena demam Adam pulak. Hehe. Jom demam CR dan BED pula!
bookmarks: edit post
6 Responses
  1. Afham Says:

    Satu ulasan bernada tenang
    Thumbs up!


  2. Kena bertenang, melenting pun Najib x dengar. =)


  3. cRayzeex Says:

    fuh... aku bagi 1st class


  4. Ibu Sayang Says:

    Salam Fadzlina,

    Satu ulasan yg mantop....ibu stuju..(x bleh komen byk2 nnti kena ISA)


  5. FaAtip Says:

    salam singgah dari rumah Ibu Sayang,

    kita nak link ye... :D


  6. Unknown Says:

    Xpe... Kalo ada vendor macam tu, nanti saya hancurkan satu2 sampai semuanya hancus.. Ulasan yang sungguh mantop! =.)