Assalamualaikum wrt wbt.


3. Tepat sekali, 3 hari lagi tirai exam akan dibuka. Preparation? Urm, masih in progress. Berusaha dan terus berusaha hingga ke akhirnya. Itu pasti, insyaAllah! Meskipun beberapa kali hati tewas dengan tekanan, namun kudrat masih gagah menyelak setiap helaian buku.

Unexplained palpitations makin bertambah tatkala mendengar briefing untuk exam IC1. Tiba-tiba serangan arrhytmia memburukkan lagi keadaan. Urm.. Ingat x saya pernah kata, 'mereka kata IC1 ni susah'? Saya dengan rasminya meng'approve' statement tersebut dengan sedikit pindaan. Jujurnya,saya tidak pernah mengkategorikan mana-mana semester sepanjang pembelajaran di RCSI di dalam column mudah. Semuanya datang dengan cabaran masing-masing~hadiah istimewa daripada RCSI kepada students. Semester pertama dengan kegerunan pertama kali menjawab exam di Medical School. Semester kedua, cuba menghadam nota yang menggunung Kinabalu. Paling tidak lupa, mahu pengsan berlari ke exam NE. Semester ketiga, pening kepala dengan group projectS. Semester keempat ini, Allah Maha Mengetahui. Bukan sedikit rungutan, berbakul-bakul kalau dikumpul. Namun alhamdulillah, masih di sini hingga saat ini. IC1 susah,tapi Allah akan memudahkan jalan bagi hambanya yang berusaha mencari ilmu.

Benar. Selalu sahaja saya merungut. Apatah lagi tatkala disapa kakak-kakak. Laju mulut memberikan jawapan. 'Penat gle! Balik rumah dah x boleh buat apa-apa', 'tension!Kenapa la x buat je kelas kat RC. kan senang', 'Haish, semua benda nak kena ingat. Ingat kita ni CPU ke apa?....dan macam-macam lagi....Ya, macam-macam. Berbakul-bakul.

Kisah Imam Syafie

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Kembali ke kisah saya. Bagi memastikan saya mendapat bas 27B yang sepatutnya, saya perlu keluar dari rumah 15 minit sebelum masa bas tersebut bertolak dari Eden Quay. Perjalanan ke Beaumont Hospital pula mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sambung berjalan melalui 'membrane protein' [pintu canggih], lebih kurang 2 minit. Dah sampai. Total masa = 37minit. Lama? Urm, mengikut kiraan manusia memang lama berbanding masa 7 minit yang saya perlu untuk ke RCSI dari rumah saya. Jadi, valid x alasan saya kalau tidak mahu ke kelas? Valid! Masa 37 minit itu boleh saya gunakan untuk membaca satu lecture Gastrointestinal. Itu kiraan saya.

Tapi kenapa saya masih tegar ke kelas? Sebab kiraan saya tidak tepat. Dunia ini dicipta bukan hanya bersandarkan formula-formula matematik. 1+1=2. Tidak mungkin 4/2=8. Songsang namanya, memang mencari nahas dengan guru matematik. Sebagai hambaNya, saya yakin kiraanNya adalah yang paling tepat. Keberkatan bukan suatu entiti yang boleh dihukum sama seperti matematik. Saya yakin, Allah Mahu Mengetahui. Sunnatullah perlu seiring dengan syariatullah. Jika Imam Syafie sanggup bersusah payah belayar demi menuntut ilmu, apa sangat pengorbanan saya untuk ke kelas setiap hari. Saya sanggup kerana saya yakin dan percaya, biasiswa yang diberi adalah satu amanah kepada saya~menghadiri kuliah adalah subsetnya. Kalau bukan kerana saya rasa keberkatan belajar dengan guru, dah lama saya melambai kepada bas-bas yang melewati rumah saya. Jadi leen, jangan cuba ponteng kelas ok!

Alhamdulillah, hari terakhir IC1 ditutup dengan halaqah bersama teman-teman. Ya, masing-masing present dengan ECG tersendiri. Makin tidak keruan menghitung hari-hari yang berbaki sebelum exam. Namun, ruang masa yang sedikit itu banyak menenangkan hati saya. Sedikit sebanyak berjaya saya rasa masih semangat untuk terus berusaha. Banyak perkongsian yang dibawa. Paling istimewa, bermain games sambil menunggu bus tiba. Memang terbaek daripada Syara! Semestinya saya akan merindui mereka yang bakal pulang ke PMC semester depan. Apa pun, yang penting hati sedikit tenang setelah mendapat mendapat pelbagai kejutan hebat sewaktu briefing exam. Terima kasih Allah. Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kami semua. Ameen.

Urm, sekadar rasa mahu menulis. Harus kembali mengadap nota-nota. Doakan kecemerlangan kami ye. Ingin dapat doa sang penghuni langit? Doakan orang lain. =)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'


p/s : Bak kata mak, 'tiada benda yang senang di dunia ini. kesenangan hanya di Jannah.' Jadi, berusaha!!
bookmarks: edit post
0 Responses