I miss u so much!
Tapi kakak kena habiskan perjuangan ini.
Banyak sangat kakak nak cakap.
Terima kasih mak atas ketabahan mak membesarkan kakak. Kakak nakal kan kecik2 dulu. InsyaAllah, nanti kakak akan tabah macam mak!
Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang paling baik. Tanpa perlu tengok ECG, mak dapat teka apa yang kakak rasa.
Terima kasih mak sebab mahu jadi bestest friend kakak! Kita biar Amin, Awis dan Akif jeles. Hehe. Nanti balik summer kakak teman mak g mengaji lagi ok! Then, kita borak sampai petang pastu masak. InsyaAllah.
Terima kasih kerana sering menasihati kakak tentang sabar. Susah. Selalu kakak tewas dengan perasaan. Betul kata mak, 'kita kena bersabar dengan kesabaran'.
Terima kasih mak sebab mengajar kakak untuk menjadi lebih positif menghadapi hari mendatang. Mak tahu anak mak ni suka merungut kan. Setiap kali merungut, kakak ingat pesan mak. 'Allah tak zalim, dia ada sebab untuk setiap sesuatu' Kurang sikit beban di dada. =)
Terima kasih kerana menenangkan kakak. Apatah lagi di musim exam begini. Mak sentiasa ingatkan kakak tentang Allah dan sifat penyayangNya. Kakak kembali bersemangat!
Terima kasih mak. Atas segala memori indah yang kita cipta.
Mak, semoga mak dipanjangkan umur dalam iman dan Islam. Semoga rezeki mak dimurahkan. Paling penting, kakak doakan Allah mengurniakan hadiah yang terbesar dariNya, Jannah bersama abah.
Semoga doa kakak dan adik-adik akan Allah terima sebagai doa daripada anak yang soleh dan solehah.
Kami benar-benar sayangkan mak.
Salam Fadzlina,
Alhamdulillah semoga kekal menjadi anak yg baik, menghormati ibu bapa.
Wslm.
Maaf bertanya, saya kenal ke? Doakan agar saya berjaya. InsyaAllah akan cuba menjadi anak yang terbaik buat mak. =)