Assalamualaikum wrt wbt.

Makin banyak masa yang lapang, makin malas pulak update blog. Sebenarnya sudah 2, 3 kali saya tulis kemudian delete entry-entry sebelum ini. Entah apa la masalah.

MOGA KHABAR ITU MENGGEMBIRAKAN

Sambungan entry saya yang lepas, alhamdulillah, memang khabaran yang gembira yang saya terima. Syukur ke hadratNya atas limpah kurnia. Jujurnya, saya rasa tidak layak untuk keputusan begitu jika dibandingkan dengan usaha yang tidaklah semaksima mana. Namun, atas belas ihsan Allah, alhamdulillah kali ini sekali lagi Allah membantu saya. Sujud syukur.

Kali ini result tidak direleased secara personal sebaliknya dikeluarkan dalam bentuk pdf. Jadi, memang terpampang jelaslah result keseluruhan batch saya. Hanya Allah yang mengetahui betapa tachycardia yang melanda hampir saja membuat saya pengsan [yes, ada unsur hiperbola di situ]. Maklum lah exam IC1 ini bukan calang-calang menakutkan. Kalau diikutkan statistik sebelum ini, memang ramai yang fail semester yang satu ini. Semester berhantu agaknya. Awal-awal lagi kami diingatkan oleh seniors agar fokus dengan pembelajaran dan jangan belajar last minute [like what i usually do before]. Mendengar pula pesanan lecturer yang menggerunkan, diburukkan lagi dengan briefing exam yang hampir-hampir membuat aku pitam. Allahuakbar, benar, ini semua kekuasaan Dia yang membantu aku melepasi ujian ini. Tatkala menyemak result sendiri, mata tertumpu pada highlight pink yang tertulis 'Fail'. Fuh, berderau darah. Untuk memudahkan kerja dan supaya nampak lebih bijak berteknologi, aku tekan CTRL F, menaip student number ku dengan penuh tawakal. Alhamdulillah, tiada garis pink. Kurang gembira kerana tiada result 1st honour, semuanya 2nd class. Cepat-cepat aku usir perasaan itu. Syukur, ini rezeki yang Allah kurniakan. Allah minta aku berusaha lebih kuat untuk semester depan untuk result yang lebih gempak insyaAllah. Alhamdulillah...

Selepas memaklumkan kepada mak dan abah tentang result, aku duduk berteleku sendirian. Teringat sahabat-sahabat lain yang sama-sama berjuang mengharungi semester-yang-bukan-mudah ini. Harapnya mereka juga meraikan berita gembira di mana jua mereka berada. Terkenang kembali senarai pink yang menyakitkan mata itu, hatiku jadi kecut. Nyaris. Alhamdulillah. Bagi sahabat yang ditangguhkan Allah rezeki buat seketika, semoga kalian terus tabah meneruskan perjuangan. Yang paling penting, jangan lupa bersangka baik dengan Allah. Dia melihat setiap usaha kita. Dia tidak zalim.

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."(Al-Mu'minuun: 62)


InsyaAllah semester depan kita akan sama-sama meneruskan usaha ok! Semangat2! Bertenang tau jawab exam nanti. InsyaAllah akan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua dengan doa. Gambatte!

The one who kneels to Allah can stand up to anything.

FAMILY TRIP KE LANGKAWI

Wohohoho. Alhamdulillah, kali ini dikurniakan kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi. Dekat je dengan Penang. Alhamdulillah sempat jugak pegi sebelum cuti sekolah tamat. =)

Sangat gembira percutian 3D2N di sana. Lebih gembira kerana bercuti bersama orang-orang yang tersayang. Banyak sangat gambar yang disnap. Hampir 1GB. Mantop sungguh. Next, mahu pergi ke Lost World Tambun selepas ini. InsyaAllah.

LAWATAN SOSIAL KE SEKOLAH LAMA

Hehe. Ala ala bajet artis plak dok update pasal diri sniri. Biar la, dah nama blog sendiri. Ok back to the topic. Since sudah berkurun tidak menjejakkan kaki ke SMKA Al-Irshad, saya tidak mensia-siakan ajakan sahabat saya, Wan untuk ke sekolah berjumpa dengan guru-guru.

Sampai sahaja di sekolah, mula la terasa cuak. Hampir 6 tahun tidak ke sini, entah ada yang kenal entah tidak. Lokasi pertama, bilik sains. Hehe. Nyata sangkaan meleset tatkala cikgu biology Form 2 tersenyum ternampak kelibat saya. Alhamdulillah,ada jugak yang kenal. "Cikgu ingat tulisan awak la...". Urm,redha la dengan trademark sedemikian. Bersembang hampir 15 minit, kami meminta diri. Takut mengganggu sesi pengajaran cikgu. Lagipun kami masih ada beberapa destinasi untuk dituju. Banyak sunggguh perubahan di sekolah itu, bukti telah berkurun lama x melawat sekolah. Aish. Next, berjumpa dengan Cikgu Syidah dan Teacher Lela. URm, memang masih sama seperti 6 tahun dulu. Cikgu Syidah masih dengan sifat keibuannya. Teacher Lela dengan celoteh yang membuatkan saya dan Wan naik lenguh mulut sebab banyak sangat ketawa. Gumbira. Hampir 1 jam melayan komen-komen pedas teacher, kami mengorak langkah ke bilik pengetua. Yes, pengetua masih ingat. =) Sembang-sembang lagi then ikut pengetua ke kantin. Makan mee kari free hari ni. Alhamdulillah.

Mungkin akan mengadakan lawatan ke2. Kaunselor mintak buat program untuk students. InsyaAllah...


SUMMER ALMOST 4 MONTHS

Alhamdulillah. Since result dah released, insyaAllah bercuti selama hampir 4 bulan la saya di Malaysia. Jadi, haruslah memanfaatkan cuti sepenuhnya.

Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya: Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan kelapangan.
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]


Buku sudah dibeli, jadi tuan buku sila baca ye. Habiskan buku 7 habits ok! Harus juga menambahkan soft skills. Akan difikirkan kemudian insyaAllah.

Ok, malam sudah menginjak. Sudah pun membatalkan keahlian Kelab Jetlag. Senyum selalu semua!


0 Responses