Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah... Lebih kurang 6 hari saya sudah berada di rumah bersama keluarga tercinta. Syukur kerana dikurniakan nikmat seindah ini.
Hari pertama pulang, saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu antara Malaysia dan Ireland [sebenarnya tidak ada usaha untuk menyesuaikan diri]. Waktu tidur saya bermula selepas waktu subuh [astaghfirullah...] hingga ke waktu zohor. Waktu perkhidmatan saya sebagai pengawal rumah bermula selepas waktu tersebut hingga ke waktu subuh keesokan harinya. Tunggang terbalik jadual tidur saya. Haish. Mak dan abah tidak mampu berkata apa-apa. Begini juga keadaan saya tahun lalu, unorganized! Chronic jetlag.
Hari-hari seterusnya hingga kini, sleep cycle saya masih bengong. Masih malas menyesuaikan diri. Malas dan tidak sanggup berhadapan dengan kepanasan matahari Malaysia yang bukan kepalang. Rasa berpinar-pinar mata waktu tengah hari. Saya hanya bergiat cergas pada waktu malam,dengan alasan malam lebih sejuk! Benar, saya tak tipu... Tarbiyah panas Dublin x cukup untuk berdepan medan sebenar di Malaysia. Tergelak-gelak abah tatkala saya bercerita tentang panasnya Dublin dengan suhu menjangkau 20 degree. 'Itu macam dalam air cond je'. Haish,bagi la peluang 'orang putih celup' ni nak menyesuaikan diri.
Menariknya, kepulangan saya kali ini bakal mencatat kenaikan berat badan mendadak. Kalau di Dublin saya tidak lalu makan menjelang musim exam, sebut sahaja makanan apa yang tidak saya jamah di Malaysia ni. Malam kedua pulang ke rumah, mak dan abah membawa saya makan di luar. Menu paling terbaek! Satay! Sempat jugak berinterview dengan makcik penjual satay tu. Gaya sakit macam deep vein thrombosis tapi macam radical sangat pulak diagnosis saya. Mentang-mentang la baru belajar tajuk tu. Urm, xpe la makcik. Semoga cepat sembuh. =)
Ok, mari kita lihat!
Akif dengan posing favourite yang sukar difahami motifnya.
Kenyang saya tengok dia makan.
Gembira sungguh rasanya berada di samping insan tersayang. Paling menarik, tidak perlu memikirkan tentang study buat seketika. Tapi inilah nikmat kesenangan yang susah untuk saya hadapi. Setiap hari berlalu dengan mudah hingga kadang-kadang membuat saya risau. Takut hanyut dengan nikmat Allah yang 2 ini-kesihatan dan masa lapang. InsyaAllah hari ini kena kembali menjadi manusia yang produktif, bukan takat menghabiskan beras di rumah je. Doakan saya ye!