Assalamualaikum wrt wbt.
Selamat tengah hari semua! [bagi penduduk Malaysia]
Selamat pagi semua! [bagi penduduk Dublin]
Entri kali ini lebih bersifat mengisi masa lapang jadi harapnya kepada anda yang mempunyai kerja prioriti tinggi, sila laksanakan kerja anda terlebih dahulu.
Semalam adalah hari pertama saya keluar dari rumah pada waktu siang,di kala matahari masih terpacak gagah di langit. Bukan apa, sudah tidak keruan duduk di rumah dengan perasaan tidak produktif. By hook or by crook, saya kena rawat masalah jetlag secepat mungkin. Mahu hidup kembali normal. Ok sebelum terpesong daripada tajuk, saya keluar bersama mak, Awis, kawan Awis dan Akif debab. Saya ada misi untuk outing kali ni [teringat outing di bandaraya Gopeng suatu ketika dulu]. Misi cuma mahu membeli sedikit barangan keperluan diri dan survey broadband tapi seperti biasa, misi lain plak yang lebih2. Destinasi pilihan : Sunway Carnival.
Ini kali ketiga saya menjejakkan kaki ke shopping mall ini,pertama kali untuk tahun ini. Urm, pastinya jauh lebih besar daripada St.Stephen Green Mall saya yang comel itu. Tidak ramai manusia yang kelihatan,almaklum la,bukan hari minggu pun. Cuma saya yang bercuti hampir 4 bulan ini sahaja yang boleh bersuka suki di waktu begini. Jalan-jalan menyelesaikan misi saya. X banyak hasil tangkapan saya, masih berkira-kira, mengconvert2 duit.
Ok, hampir 3 kali tawaf Sunway Carnival. Femur terasa bagai mahu tercabut daripada capsule nya. Segala tibia fibula pula menjerit-jerit minta berhenti. Macam mana la rasanya intermittent claudication ek. Mesti sedey kan. Jalan sikit je dah sakit2. Ok,done with medical term. Next, cinema! Melihat-lihat poster di luar panggung wayang, saya hilang selera menonton filem. Tiada filem yang benar-benar menarik perhatian saya. Saya belikan tiket untuk Awis, Akif dan seorang kawannya. Murah jugak tiket,RM5 untuk kanak-kanak. Agak-agak saya bleh x dapat discount student ek? Tak tertanya plak kat akak jaga kaunter tu. Saya dan mak decide untuk window shopping instead of menunggu di luar panggung ala-ala statue.
Sekadar berkongsi, ini poster filem yang gagal menarik minat saya :
Frankly, saya agak terkejut melihat poster ini. Dengan sepantas kilat melihat ke sekeliling just to confirm I was in the correct place. Yes,this is Malaysia with not-quite-fair-skin people around, surely it's not Dublin or any other places in Hollywood. Tampar-tampar pipi sket,ok benar ini Malaysia. Quickly run my eyes over the actor and actress mentioned on the poster. [it's very obvious just by looking at the pictures, buat x kenal plak]. Bukan apa, poster ni dah ala ala hollywood plak. Filem ini adalah adaptasi dari sebuh novel. Saya pernah terlihat novel tersebut sewaktu saya berada di tingkatan 3. Kalau x salah, penulis novel tu Ahadiat Akashah. Jalan ceritanya saya x pasti tapi ini kisah remaja~menurut rakan saya yang membaca novel tersebut. Bukan isu jalan cerita yang menarik minat saya tapi poster tersebut. U can easily spot what I meant kan? Mungkin cerita-cerita begini patut menampilkan pasangan pelakon yang sudah berkahwin. At least terhindar fitnah dan pandangan manusia yang kurang berprasangka baik seperti saya [pening jugak nak berprasangka baik dengan poster begini]. Semoga kita semua mendapat petunjukNya. Allahuakbar. Nauzubillahiminzalik.
Ini filem yang menjadi pilihan adik-adik saya. Suka betul pengarah negara ini dengan isu rempit kan. Saya cuba bertanya2 dengan Akif, cuma cerita lawak yang melekat di kepalanya. Takut jugak kalau terikut dengan perkara yang tidak baik. Alhamdulillah tidak ada aksi Akif merempit dengan basikal lagi setakat ini. Nauzubillahiminzalik.
Rasa macam teringin nak tengok tapi xde la teringin sangat.
Salam kak lyn!!
Akhirnya jumpa blog kak lyn...
trailer lagenda budak setan mmg menarik tp bila bc sinopsis rsnya xde la menarik sgt citernye...lebih sesuai letak kt slot carekarama saja..terkejut gak tgk poster die huhu...
wassalam