Anda pasti tahu esok 15 November 2010.
Namun sedarkah anda 9 Zulhijjah menjenguk lagi tahun ini?

9 Zulhijah, Wukuf di Arafah .


Ibarat suasana di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat kelak, di mana hanya TAQWA menjadi perbezaan.

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

[HR Imam Ahmad]


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ”
(Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah”
(Riwayat Muslim)

Jom kita sama-sama PQRS:

[P]uasa

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Hadis Qudsi


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Q[iam]
Q[uran]

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat –
ditempat yang terpuji.”
(Al Isra: 78-79)

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartiil”.
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerusi siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat tiada Tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.”

[Al-Muzammil:1-6]


R[efleksi]
R[ajin] S[olat sunat/edekah/enyum/tudy]

Ambillah kesempatan berdoa sepanjang malam ini dan esok siang hari. Berdoalah agar segala dosa diampunkan oleh ALLAH.Apabila dosa diampun maka segala doa dan hajat, Insyallah, ALLAH makbulkan, Ameen.

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
[HR MUSLIM]

Jom bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu,,Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


Jangan lupa untuk senyum meskipun penat berpuasa!

Mungkinkah kita dapat bertemu lagi dengan hari-hari yang dimuliakan Allah tahun hadapan dan akan datang??

Manfaatkan masamu sahabat-sahabat!!


Allahualam.

bookmarks: 0 comments | edit post

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAHkesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAHdoa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAHNabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAHNabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAHAllah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAHpintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;

Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.

Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodierTiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladanAku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi.Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa, Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil, dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.; maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
HARI
AMALAN
1 hingga 9 ZulhijjahSunat berpuasa
8 ZulhijjahHidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  • Solat sunat qabliyah asar
  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  • Solat sunat tasbih
  • Solat sunat hajat
  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
  • 10 Zulhijjah
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
    Melakukan korban
    11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 ZulhijjahSelepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

    from : here

    bookmarks: 1 comments | edit post
    Assalamualaikum wrt wbt.

    Sepatutnya jam di dinding masih merangkak menuju jam 8 pagi namun disebabkan Daylight Saving Time(DST) telah pun bermula, maka saya bersyukur mempunyai lebihan satu jam untuk menulis. [masih enggan menukar waktu jam]. Sebentar lagi kehidupan sebagai pelajar perubatan akan bermula lagi (pernah ke berakhir?).Alhamdulillah, jadual kelas minggu ini agak kurang kejam di mana masih ada hari saya dapat pulang ke rumah pada jam 3 petang.

    Menghabiskan tuturial pada jam 5 petang bukanlah menjadi kegemaran sesiapa, apatah lagi terpaksa menunggu bas 27b yang tiba-tiba menghilang hingga jam 5.40 petang. Sampai ke Eden Quay pada jam lebih kurang 6.05petang dan meneruskan perjalanan pulang ke Desa Rathmines yang tercinta selama lebih kurang 15 minit. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, uniform pelajar perubatan ditanggal seketika dan diganti dengan uniform 'mini suri rumah'. Menunggu hingga waktu solat maghrib,tazkirah rumah, makan malam dan kemudiannya solat Isyak. Habis bacaan al-Mulk, mata mula menjadi lemah seperti keadaan pokok semalu menerima ancaman musuh. Ah, berjuang melawan mengantuk dan berjuang menelaah! ~seolah-olah kanak-kanak mengomel keletihan. Mungkin ini updates setelah beberapa lama memulakan sesi persekolahan baru. Terlampau banyak peristiwa yang berlaku meskipun kota Dublin ini baru menyambut kepulangan saya lebih kurang sebulan yang lepas. (baru sebulan?)Yes, harus bertabah!

    Allah burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned’ [Al-Baqarah:286]

    Allah does not give you more burdens than you can bear.

    Ok, sepatutnya masa yang berbaki 15 minit sebelum perlu bersiap-siap ke kelas ini harus saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Ini cuma sesi warm up setelah lama tidak menulis. Terkial-kial mencari perkataan yang sesuai. Saya berdoa semoga pagi yang indah ini akan menjadi sebuah permulaan kepada hari yang diberkatiNya. Rabbana yasir walatu'asir. [sambil menjenguk ke luar tingkap. Lidl masih belum buka.]

    Sobahan nur! [jawab :sobahan khoir]

    bookmarks: 0 comments | edit post