Anda pasti tahu esok 15 November 2010.
Namun sedarkah anda 9 Zulhijjah menjenguk lagi tahun ini?

9 Zulhijah, Wukuf di Arafah .


Ibarat suasana di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat kelak, di mana hanya TAQWA menjadi perbezaan.

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

[HR Imam Ahmad]


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ”
(Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah”
(Riwayat Muslim)

Jom kita sama-sama PQRS:

[P]uasa

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Hadis Qudsi


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Q[iam]
Q[uran]

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat –
ditempat yang terpuji.”
(Al Isra: 78-79)

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartiil”.
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerusi siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat tiada Tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.”

[Al-Muzammil:1-6]


R[efleksi]
R[ajin] S[olat sunat/edekah/enyum/tudy]

Ambillah kesempatan berdoa sepanjang malam ini dan esok siang hari. Berdoalah agar segala dosa diampunkan oleh ALLAH.Apabila dosa diampun maka segala doa dan hajat, Insyallah, ALLAH makbulkan, Ameen.

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
[HR MUSLIM]

Jom bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu,,Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


Jangan lupa untuk senyum meskipun penat berpuasa!

Mungkinkah kita dapat bertemu lagi dengan hari-hari yang dimuliakan Allah tahun hadapan dan akan datang??

Manfaatkan masamu sahabat-sahabat!!


Allahualam.

bookmarks: edit post
0 Responses