Assalamualaikum wrt wbt.

Saya rindu untuk menulis. Sungguh.

Alhamdulillah hari ini sedikit berkelapangan oleh Allah. Allahu, sedar tidak sedar saya hampir menghabiskan IC2 dalam masa beberapa minggu lagi. Masa berlari kian pantas, meninggalkan tanpa simpati mereka yang terleka. Saya tidak pasti status saya sama ada terlalu sibuk, tidak ada masa atau mengganggap ber'blog' bukan lagi prioriti tertinggi dalam hidup saya. Cukup sekadar saya mengadu, IC2 benar-benar menguji jiwa saya. Benar.

Banyak perkara menarik yang berlaku di Dublin. Saat ini saya mula berasa kesal kerana tidak mencoret barang apa satu pun di sini. Terus bertangguh hingga ke saat ini. No good leen...

Ok, sesuatu yang sangat menarik untuk dicatatkan di sini. Dublin mulai snow dengan lebat bermula sabtu lepas. Subhanallah,salji sangat cantik dan menenangkan!


-6?Malam itu buat pertama kalinya, effect snow di screen handphone membuatkan saya excited lalu mencampakkan nota microb ke atas katil dan berlari menuju ke tingkap, mencari kesahihah. Subhanallah, benar salji turun dengan lebat malam itu. Allahu, sungguh mendamaikan jiwa. Kedengaran bunyi bising dari bilik sebelah. Seminit kemudian, adik-adik rumah sudah pun berada di luar rumah. Memang super saiya mereka-mereka ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja saya turun menyertai skuad snowman di bawah tapi badan menjerit-jerit minta berehat. Sudah banyak kali saya menidakkan hak badaniyyah bagi menyelesaikan hal-hal yang dirasakan lebih penting. Akhirnya saya menyahut panggilan duvet dan dalam sayup-sayup bunyi bising di luar saya terlena ditemani salju yang semakin lebat.

Vibration handphone membangun saya pagi itu. Waktu subuh hampir menjelang. Suasana terasa sungguh nyaman di dalam duvet. Saya cuba untuk bangun tapi kesejukannya benar-benar menguji, terasa hingga ke tulang temulang. Dengan menggigil saya menguatkan heater bagi mengelakkan satu lagi snowman wujud secara tidak sengaja di bilik saya. Lantas saya menjenguk ke luar rumah. Ya Allah, dalam semalaman kota Rathmines berubah menjadi kota Prague! Salji meliputi segenap ruang, semua warna ciptaan Allah kini bertukar menjadi putih. Yups, segalanya PUTIH. Subhanallah, saya benar-benar berasa seperti di oversea. Huk3.. Memandangkan kelas saya bermula agak awal pada hari tersebut, saya bergegas mandi dan meneruskan rutin hidup seperti biasa. Saya tersenyum sendirian melihat manusia-manusia di sekeliling saya berjalan lebih perlahan daripada biasa. Dalam hati, "bukan senang nak tengok Dubliners walking at slow pace macam hari ni". Saya melintas jalan dengan agak mudah. Kuasa jalan raya telah berpindah kepada pejalan kaki. Kenderaan bergerak perlahan [ya, sama perlahan dengan keadaan sewaktu saya naek bus ke RCSI untuk exam JC2]. Semuanya berhati-hati. Syukur, bas yang ditunggu tiba tidak lama selepas saya melintas jalan.

Di perhentian bus, tidak kelihatan rakan-rakan seperjuangan. Mungkin mereka menaiki bus yang terdahulu daripada saya. Saya terus memerhatikan gelagat manusia. Adakalanya saya tersenyum, adakala terkagum sendirian. Bas 27b pun tiba lalu bermulalah perjalanan saya menimba ilmu. Menjejakkan kaki ke Beaumont Hospital, saya seolah-olah memakai uniform baru. Suasana lebih nyaman dan tenang. Bismillahirahmanirahim...

Allahuakbar, sesungguhnya ia hari yang sungguh istimewa. =)

bookmarks: edit post
0 Responses