Assalamualaikum wrt wbt!

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Hari ini memang istimewa melebihi hari-hari lain sejak saya memulakan 'persekolahan' di Beaumont Hospital. Saya sudah lali dengan kerunsingan mengejar bas seolah-olah menjadi subjek utama hidup saya setiap pagi. Namun, sekali lagi saya katakan, hari ini amat teristimewa dan insyaAllah akan menjadi kenangan 'terindah' buat saya hingga bila-bila.

Pagi itu pihak RCSI menghantar email memaklumkan kelas pada jam 10 akan direschedule kemudian. Tidak pasti apa masalahnya, namun yang pasti saya bersyukur kerana mempunyai lebihan masa untuk memperbetulkan PIH group project. Selagi tidak selesai, selagi itu demam PIH membayangi hidup saya. Saya bergegas menunggu bus tatkala menyedari diri sudah terlambat. Tiba di kelas, rakan-rakan saya sudah pun berada di tempat masing-masing. Saya mengambil tempat di barisan ke-4 dari depan seperti biasa. Hoho, lecture radiology yang what??. Belajar tentang pelbagai jenis fractures~urm mudah-mudahan tiada orang yang dimasukkan ke hospital atas kes fracture terjatuh dek jalan yang licin hari ini. Ameen! Huk3, kemudian menunggu untuk lecture yang ke-2 untuk hari tersebut. Dengan senyuman manis, lecturer yang kurang saya kenali memaklumkan bahawa lecturer untuk tajuk tersebut tidak dapat hadir. Aish, bergerak bersama rakan-rakan ke surau dan seterusnya menyerbu student lounge untuk makan friendship lunch! Urm, sungguh produktif.

Seperti biasa, lecture microb sentiasa mendapat tempat tertinggi di hati saya [ok,tipu]. Usai lecture antiviral, doktor tersebut memaklumkan kami bahawa sesi tutorial microb pada petang ini dibatalkan kerana khuatir akan keselamatan kami ketika perjalanan pulang ke rumah. Kami memandang sesama sendiri dengan muka keliru. Jam baru pukul 3 petang. Apa yang mahu dirunsingkan? Teruskan sahaja, bukan kami tidak biasa pulang ke rumah jam 5. Dalam keadaan masih tertanya-tanya, saya dan Dhil melangkah keluar ke tempat menunggu bus selepas menunaikan solat asar yang masuk pada jam 2 lebih petang. Sejuk amat hanya Allah yang tahu. Setiba di bus stand, kami pelik kerana tidak ternampak kelibat rakan-rakan yang lain. Nasib baik ada yang memaklumkan kami bahawa mereka sedang bergumbira bermain snow di side lain tempat bus tersebut. Ya Allah, gembira sungguh anak-anak Melayu ini di rantau orang. Ada yang kelihatan separuh manusia, ada yang sibuk mengumpal salji, tidak kurang jugak yang nakal mengattack kawan-kawan dengan serangan peluru salji. Allahuakbar, sudah lama tidak merasa segembira itu.

Bergembira di hospital. Urm..

Sedang kami leka baling-membaling, ada seorang rakan kami yang sudi memaklumkan bahawa semua perkhidmatan bus pada hari tersebut dibatalkan atas sebab cuaca teruk. Urm, terselit rasa bimbang di hati. Melihatkan rakan-rakan yang masih gembira bermain salji, saya tenangkan hati. Allah ada, sekurang-kurangnya saya tidak berseorangan. Masih ada rakan-rakan yang senasib dengan saya. Selepas sesi fotografi bersama pokok-pokok dan salji yang subhanallah indahnnya, kami meneruskan perjalanan ke luar perkarangan Beaumont Hospital dengan secebis harapan moga-moga bus 20b dan 16a masih beroperasi seperti biasa. Traffic luar biasa sesak. Jalan sangat licin, membuatkan kami menjadi begitu cermat dalam menyusun langkah. Teringat kembali lecture fracture pagi tadi, nauzubillah min zalik!

Kami masih berjalan dengan gembira hinggalah tiba di perhentian bus 16a dan 20b. Kelihatan beberapa orang sedang tabah menunggu ketibaan bus yang entah ke mana hilangkan. Omar, class rep kami menyapa dan memaklumkan bahawa sememangnya confirm perkhidmatan bus dihentikan pada hari tersebut. Sudah!Setelah mengadakan perbincangan ringkas, kami terus berjalan sambil memikirkan tindakan selanjutnya. Akhirnya kami akur untuk berjalan ke city centre. What? Yes, sesuatu yang di luar batas pemikiran akal sebelum ini. Sedangkan adik rumah saya yang menyatakan hasrat untuk berbasikal untuk ke Beaumont pun saya anggap satu lawak ujang, apatah lagi mahu berjalan kaki. Perjalanan 25 minit dengan menaiki bas kini mahu diganti dengan berjalan kaki selama..... Ya Allah, berilah kekuatan.

Bus yang tersadai di tepi jalan. Bukan senang mahu pintas kelajuan bus di hari-hari biasa.

Saya, Dhil, Syara, Nofee, Mira, Syira, Ekin, Wanie, Khadijah, Mimie, dan Najihah terus gagah melangkah di tengah-tengah kelicinan salji. Sampai di suatu simpang, entah bagaimana kami terpisah kepada 2 kumpulan. Satu mengikut route 16a, satu lagi mengikut 20b. Saya, Dhil, Jihah, Syara, Nofee, Mira dan Khadijah mengikut route 20b dengan diketuai oleh pemimpin berwibawa kami, Iqbal. Di awal perjalanan, saya memang taklid buta dengan Iqbal. Benar-benar mengikut tanpa mengetahui lokasi sebenar kami. Almaklum la, semua kawasan sudah diliputi ais, hippocampus saya masih gagal mengesan lokasi hinggalah tiba di sebuah simpang selepas lebih kurang 40 minit berjalan kaki. Allahuakbar. Kami turut bertuah menerima serangan peluru salji percuma yang tidak pasti motifnya. Perasaan bercampur baur~syukur dengan kekuatan yang Allah beri, geram dengan anak dole rasa nak penyet2 buat pekasam, gembira sudah menghampiri destinasi, tiada perasaan kerana terlalu sejuk, penat yang amat setelah berjalan penuh cermat sekian lama. Di pertengahan jalan, Syara, Dhil, dan Khadijah tekad menahan sebuah teksi yang alhamdulillah sudi mengambil penumpang. Kami melambai hiba. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan kami. Saya, Jihah, Mira dan Nofee bergigih mengikut Iqbal dari belakang. Teruskan perjalanan,ayuh!

Sedar tidak sedar, memang benar saya berjalan hingga menghampiri City Centre. Rasa mahu bersujud syukur di tengah-tengah salji yang memutih itu tatkala sampai. Sekilas memandang ke belakang, ternampak sinar harapan yang gemilang. Alhamdulillah, bus 128 masih beroperasi! Saya dan Jihah dengan machonya berlari menaiki jejantas menyeberang jalan untuk mengejar bus tersebut. Suatu perasaan yang sukar digambarkan tatkala berlari di atas jejantas yang memutih itu. Damai dalam kekalutan. Akhirnya kami berjaya mendapatkan bus tersebut. Suasana lebih sejuk di dalam bus. Kami sangkakan pengembaraan akan berhenti di situ namun hampa kerana pakcik driver tersebut awal-awal lagi memaklumkan bahawa bus tersebut hanya akan beroperasi hingga ke city centre dan bukannya Rathmines. Sedikit kecewa namun masih bersyukur. Di belakang kami tinggalkan rakan-rakan lain yang masih bertabah mahu mengharung salji. Ternyata bus tersebut bergerak dengan kelajuan yang amat membanggakan. 10m dalam masa sepuluh minit. Menjeling jam yang berkabus di tangan, waktu Maghrib hanya berbaki 40 minit. Setelah tiba di Busaras, saya dan Jiha turun dan bergegas ke Madina Mosque untuk menunaikan solat. Terserempak dengan Iqbal yang tiba terlebih dahulu dari kami. Sah,kelajuan berjalan kaki memang lebih tinggi berbanding bus hari ini. Isk,isk,isk. Jiwa terasa kembali tenang seusai solat. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berjaya tiba ke City Centre. Menepuk-nepuk pipi, hampir tidak percaya berjalan pulang hari ini dengan berjalan kaki. Kami tidak menunggu hingga Isyak lantas bergegas keluar untuk meneruskan perjuangan pulang ke rumah.

Kasut dan tudung sudah basah dek salji yang mula cair. Saya dan Jihah berpisah di City Centre memandangkan Jihah mempunyai destinasi lain. Saya melangkah laju berjalan ke rumah. City Centre ke Rathmines bukanlah jarak yang begitu jauh namun mengenangkan perjalanan saya yang sudah berjam-jam dari Beaumont, segala gluteus muscles mula menjerit. Saya tabahkan hati untuk tidak sentimental di tengah-tengah renyai salji. Saya memerhati setiap ragam dan kerenah tatkala kota Dublin dilanda snow lebat. Ada yang yang indah, tidak lupa yang pahit. Saya terus melayan perasaan, bertasbih memuji keagunganNya. Sesekali terserempak homeless di tengah jalan, hati menjadi hiba dan kembali bersyukur. Air mata yang bertakung cepat-cepat saya seka dengan tangan. Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan menghadapi musim sejuk yang menguji ini. Sekurang-kurangnya saya ada destinasi untuk dituju~sebuah bilik yang nyaman dan selesa sedangkan mereka tidak pasti mahu berteduh di mana malam ini. Allah, Allah, Allah.

Godaan Rico's di pertengahan jalan berjaya saya tangani tatkala kelihatan bus 15b meluncur laju dalam samar-samar. Saya berlari sekuat hati mengejar bus dan alhamdulillah sempat. Tenaga semakin lemah, tidak sabar untuk sampai ke pintu rumah. Setibanya di rumah, dapur adalah destinasi pertama saya. Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa.Itu sebabnya Nabi berpesan supaya jangan tunggu sehingga lapar untuk makan. Xpe, dah turun 10kg dah jalan 3 jam tadi. Ameen!Selesai makan, ayuh solat dan bersedia untuk meeting. Hampir terlena saya tatkala bermeeting di alam maya. Sambil-sambil itu membaca status kawan-kawan di Facebook dan Twitter. Entah pukul berapa saya tertidur.

Mengenangkan kembali setiap yang terjadi, saya tersenyum sendirian. Berjalan kaki dari Beaumont ke rumah. Bermain baling-baling snow bersama kawan-kawan. Otot-otot yang masih berbisa hingga sekarang. Anak-anak dole. Hampir tergelincir dan terjatuh. Segalanya adalah aturan Allah. Siapa sangka pagi yang begitu tenang dan indah akan berakhir dengan sesuatu yang di luar jangkaan akal. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Semuanya akan tersimpan kukuh di lipatan minda. Sesuatu yang berharga untuk diceritakan kepada anak cucu insyaAllah. Segalanya lebih bererti apabila disyukuri. Alhamdulillah.

nota metatarsal : akan merindui kalian semua. dan kota Dublin ini.


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. [Annur : 43]
bookmarks: edit post