Jan
02
Assalamualaikum wrt wbt.

A.I.R

Selama hampir 3 tahun berada di bumi Shamrock ini, antara benda yang paling saya suka ialah tidak perlu membayar bil air. Yup, di sini perkhidmatan air dibekalkan secara percuma ke seluruh negara. Jarang sekali berlaku krisis air di sini. Tidak seperti di Malaysia, pelbagai kerja pemasangan atau baikpulih berlangsung hingga menyebabkan bekalan air terputus.


Urm, tetapi sejak seminggu lepas, air mula merajuk. Mungkin marah dengan tindakan kami yang kurang menghargai air [baca:saya]. Kebanyakan aktiviti jadi terbantut. Pernah sehari terpaksa membeli makanan di luar akibat chef rumah tidak dapat membasuh ayam tanpa air. Allah, baru lah terasa betapa besar nikmat air untuk melakukan kehidupan seharian dengan senang hati. Usah bercakap tentang mandi, mahu mengambil wuduk pun terpaksa berjimat-jimat. Terasa seperti berwuduk di dalam kapal terbang pun ada.

Terpaksa berjimat-jimat.

Terpaksa.

Ok, sewajarnya tidak perlu terpaksa. Saya memang wajar berjimat meskipun tidak perlu membayar bil air dan bekalan air tidak putus-putus.

Moral of the story : HARGAI AIR.

p/s : Sakit jiwa saya. Baru sebentar tadi menerima tempias marah landlord about the cracking ceiling. Perasaan yang tidak saya gemari, kena marah. Tiada manusia yang suka dimarahi. Ingat! Only 10% of things happen beyond ur control, the other 90% is up to you. :)

Rindu cik Akif, ape kabar sedara?
bookmarks: edit post
2 Responses
  1. Ain Mardhiah Says:

    kak leen,
    jordan sangat kurang air! Laut takde. Just laut merah yang kongsi 3 negara dan laut mati yang masin terlampau tu je. Kitaorang once a week lori air dtg rumah isi tangki air which contained klorin 5x ganda lagi pekat dr klorin malaysia. Konfirm tak leh minum. Nak minum kena beli air dr syarikat air minuman.. Winter oklah boleh dpat bekalan hujan, but when summer we suffer. The whole 3 month without rain + panas, air tangki cepat habis.. So, jordanian's sangat2 gila air. It is a gift for us ^^,


  2. MasyaAllah. Seriuosly? Then mmg akak kena betul2 bersyukur dengan nikmat air kat sini. :) semoga tabah ainul!

    Teringin nak pegi mesir skali dengan jordan lagi. Semoga Allah kabulkan di suatu masa. Ameen. :)