Assalamualaikum wrt wbt. :)

On your mark,get set,go! Hari ini saya menjalankan tuntutan zahir untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan dan BMI(erk?). Terasa mahu tercabut jantung tatkala berlari-lari anak di sepanjang canal yang agak sunyi hari ini tanpa kelibat swan-swan putih. Alhamdulillah gembira sungguh hari ini bila dapat bersua dengan sahabat-sahabat usrah yang sudah lama tidak ketemu. Maklum lah, seorang ber'rotation' di hospital, ada yang sibuk mengisi masa cuti dengan benda-benda berfaedah (harapnya), dan saya sendiri masih terkapai-kapai mencari supervisor yang ke out station tanpa meninggalkan pesan. Bercakap tentang supervisor, tersohor jugak supervisor saya ni. (klik) Makin excited mahu memulakan minggu research. Cepat pulang supervisorku sebelum semangat ini kian pudar. Kembali ke cerita bersenam, Sundrive Park menjadi pilihan kami. Sekadar main baling-baling bola dan shooting sambil disapa oleh makcik-makcik Libya yang turut berminat untuk bermain. Akhirnya kami terpaksa berebut bola yang semakin di'conquer' oleh mereka. Cool sungguh bermain dengan memakai jubah. Gini la gamaknya kalau dah kahwin dan ada anak eh. Namun masih kekal aktif! :)

Saya jumpa something yang cool bila buka facebook.

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


Hukhuk. Sebenarnya saya sudah mula homesick. Namun tiket Emirates yang dibeli hanya boleh digunakan lagi 2 bulan dari sekarang. DAN, ada exam yang menanti anda cik leen. T_T Saya tahu Akif mesti dah rindukan saya apatah lagi mak dan abah. Kali ini harus pulang dan menjadi anak yang lebih berbakti insyaAllah. :) Tahun ini saya melibatkan diri dengan aktiviti yang agak banyak berbanding tahun lepas (ini tidak termasuk jemputan kahwin yang semakin terkumpul). Harapnya mak faham. Well, she always do. Cuma saya yang akan rasa bersalah. Semoga kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak mak dan abah akan menjadi bekalan di akhirat nanti. Ameen ya rabbal'alameen. :)

Sesuai dengan tajuk entry. Memang cacamerba. Everything is everywhere. Cuaknya nak exam tapi masih kurang courage untuk belajar. Guano nih?

bookmarks: edit post
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Slm. Ameen,bila ek bleh makan kenduri leen? Hehe.


  2. Wslm. InsyaAllah bila dah sampai apa yang tertulis di Loh Mahfuz. :) Doa2kan.