Assalamualaikum.

Kali terakhir mengupdate lebih kurang 3 minggu lepas sewaktu menjalani rotation di Cappagh Orthopedics Hospital. Sekarang saya sudah pun menamatkan rotation Geriatric (Orang-orang tua) di St.Mary's Hospital. Unik hospital tersebut. Betul-betul di dalam Phoenix Park. Alhamdulillah dapat menghirup udara segar setiap pagi dan diakhiri dengan dyspnoea beserta mild intermittent claudication (no, I have none of them. thankfully it's an exaggeration). Memandangkan ia merupakan sebuah hospital yang khusus untuk golongan tua, semua penyakit yang dibawa ke situ adalah penyakit kronik dan memerlukan penjagaan rapi. Dementia, Alzheimer's, stroke, Parkinson's, lung infection, heart problem, diabetes mellitus antara perkataan yang seringkali tercatat dalam fail pesakit-pesakit. Saya banyak belajar untuk menghargai di situ. Dan mula merindui mak abah di rumah,as always.

Tatkala berdepan dengan makcik dementia, naik pening kepala bertanya itu ini dan jawapan yang diberi ialah 'I don't know'. Saya kini rindu dengan gelagat penghuni hospital tersebut, ada yang lucu, ada yang sedikit mendebarkan, tidak kurang yang membuat hati jadi sesak dan sebak. Ia adalah tarbiyah buat hati saya yang selalu kurang mensyukuri nikmatNya. Kena banyak baca Quran supaya akan terhindar dementia ketika di usia tua. Semoga Allah pelihara kesihatan mak dan abah hingga ke akhir usia. Semoga saya akan menjadi anak yang mampu menjaga mereka sekurang-kurangnya tidak merungut dengan mereka. Ameen ya rabbal'alamin.

Dalam perjalanan ke hospital suatu pagi, saya terjumpa sebuah lagu di dalam mp4 saya setelah berkurun lama. Beratus-ratus lagu yang ada namun hanya satu dua yang saya ulang-ulang sampai bosan. Wanita-Dehearty. Inspiring :)


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


nota metatarsal : minggu depan akan kembali ke Beaumont Hospital, tempat bermain sewaktu kecik (ewah).
bookmarks: edit post
0 Responses