Assalamualaikum wrt wbt.

Amboih,lama sungguh hibernate dalam lab. Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan SSC di lab pada hari jumaat lepas. Tajuk SSC saya : Aromatase inhibitor in breast cancer : comparison of protein expression in sensitive and resistant cells. Kenangan berlari dari RCSI ke stesen bus 27b dengan beg seberat 4 kg sememangnya akan tersemat kukuh dalam ingatan. Itu lah akibatnya kalau terlampau bajet cool dan tenang. Namun alhamdulillah, saya masih berjaya menghantar had-copy write up saya ke meja Dr. Frances Meagher sebelum jam 4 ptg. Sempat menyelinap masuk bilik Prof. Hill untuk 'meminjam' stapler beliau. Fadzlina2..

Saya memang suka bekerja di lab,mungkin kerana ia memberi perspektif baru kepada saya tentang dunia perubatan. Benar-benar perubatan. Sangat berbeza suasana di dalam hospital yang penuh dengan pesakit dan chart tebal-tebal dengan suasana lab yang dipenuhi mesin canggih dan buku lab warna merah yang nipis. Di hospital perhatian lebih diberikan kepada mengesan symptoms pesakit, menjalankan ujian itu dan ini, lalu mem'prescribe' ubat yang dirasakan paling berkesan dan mengikut prosedur hospital. Setiap hari pasti ada benda baru dan unik. Di lab, saban minggu hidup bergelumang dengan PCR,western blot,immunofluorescent,staining, solution itu dan ini, dan pelbagai nama bahan kimia yang menguji ingatan. Tidak adil bagi saya untuk membandingkan dua suasana tersebut memandangkan saya berada di lab cuma 5 minggu. Namun, di sudut hati kecil, saya mula memahami kenapa saya memilih medicine.

Saya mula rindu untuk bertemu pesakit dan bukan lagi cell cultures yang berkomunikasi hanya melalui mikroskop. Sewaktu memerhatikan student phd yang bersama saya melakukan tugasnya, saya teringat bagaimana lenguhnya kaki berdiri untuk menyaksikan pembedahan hernia, proctocolectomy, hip replacement, and the list goes on. Di waktu senggang, di samping menyelak-nyelak research papers yang panjang dan penuh jargon, saya rasa buku Clinical Cases Ramachandran lebih memberi ketenangan. Undeniably, saya mula sedar saya minat dengan medic walaupun sebelum ini seringkali mengetuk-ngetuk kepala untuk mencari alasan kenapa memilih medic terutamanya tatkala exam menjelang.

Apa pun,pengalaman di lab memang priceless! Bila ke Drogheda untuk rotation surgery minggu depan, saya pasti akan rindukan lab. Manusia memang tak bersyukur, selalu mencari apa yang tiada kan. Saya akan buat kunjungan hormat ke lab bila-bila insyaAllah. :)

Saya tidak tahu kenapa. Saya memang sangat ternanti-nanti untuk ke Drogheda minggu depan. Saya perlu keluar dari kota Dublin yang terasa kian menghimpit ini. Semoga saya temui damai di Drogheda. Ameen. :)
bookmarks: edit post
2 Responses
  1. Afham Says:

    sungguh teruja utk merasai kenikmatan ic3 y diceritakan oleh kawan2


  2. insyaAllah, selepas cuti summer nanti. rasakanlah 'kenikmatan' IC3 yang menenangkan jiwa ini.