1. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Adab 1
Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?

Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat

Adab 2
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma bahwa beliau ditanya oleh seseorang: “Dengan apa anda bisa mendapatkan ilmu?”

Beliau menjawab: “Dengan LISAN yang selalu BERTANYA dan HATI yang selalu MEMAHAMI serta BADAN yang TIDAK pernah BOSAN.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:40 dan 61)

2. PETUA KETIKA MENGULANGKAJI PELAJARAN

a.. Duduk dalam keadaan seperti exam
b. Jauhkan pengacau anda (tutup laptop, silent phone, tutup pintu)
c. Berwuduk, solat sunat dan mengaji sebelum mula. Niatkan yg belajar kerana Allah dan bukan sekadar ingin pass exam.
d. Bagi yang mudah menghafal dengan gambar dan simbol, gunakan kaedah mindmap Tony Buzan
e. Berikan hak pada diri anda. Tidur dan makan yang cukup.
f. Quran disebelah. Break antara chapter untuk baca alquran.
g. Basahkan bibir dengan kalimah- kalimah Allah dan zikrullah apabila berhadapan dengan sesuatu yg tidak difahami, InsyaAllah akan ada ilham yg datang.
h. Tukar persekitaran belajar apabila kurang semangat atau 'mood' untuk belajar e.g. Tukar susun atur bilik, belajar di pelbagai tempat seperti perpustakaan, bilik orang lain, rumah orang lain, taman bunga
i. Usai saja mengulangkaji pelajaran, berdoalah kepada Allah dan tawakkal

3. PETUA PADA HARI PEPERIKSAAN

a. Berzikir dan selawat sepanjang perjalanan ke dewan peperiksaan
b. baca doa sebelum menjawab peperiksaan
c. Elakkan untuk keluar awal. Gunakan masa sehabis baik
d. Berdoa dan sujud syukur kepada Allah. Tawakkal.

4. PETUA SEBELUM, KETIKA, DAN SELEPAS PEPERIKSAAN

a. Pastikan kita tunaikan hak ibu bapa, kawan-kawan seperjuangan, InsyaAllah, Allah akan tunaikan permintaan kita..
b. Doa tak putus-putus, amalan sunat biar berterusan, kerapkan berjamaah di masjid - kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua


nota metatarsal : freaking out! Selama ni Allah tolong, insyaAllah He will this time. Banyakkan USAHA,doa dan kemudian tawakkal. USAHA!
bookmarks: edit post
0 Responses