Assalamualaikum wrt wbt.

Such a long time arrested in my own busy world.

And finally,I'm back.

Alhamdulillah kuasa Tuhan juga yang membawa saya memasuki alam 4th year Med yang dikatakan sebagai 'welcome to hell' di RCSI. Baru 4 minggu menjalani rotation Paediatrics, saya harus membenarkan kenyataan tersebut.

Rasa rimas kalau terdengar adik-adik junior merengek tentang pembelajaran yang makin susah dan sibuk. Kadang-kadang terkeluar juga luahan membantah, namun selebihnya hanya dibalas dengan senyum. 'Been there,done that'. :)

Kepulangan ke Dublin yang baru 4 minggu tempohnya sudah terasa begitu lama. Bumi Dublin bukan lagi kota asing. Malah,bila perlu ke kota damai Waterford untuk rotation Paeds selama 2 minggu, hati menjerit-jerit mahu pulang ke kota Dublin bertemu isinya. Waterford memang sungguh condusive untuk menuntut ilmu dan mengulangkaji tanpa gangguan. Tapi saya masoh manusia biasa yang tidak boleh lari dari kehidupan sosial. :)

Bila dah masuk usia ke-4 pembelajaran sebagai pelajar perubatan, pastinya semua akan jadi lebih sukar dari sebelumnya. Tambahan pula tahun ini saya perlu memantapkan diri dengan ilmu sub specialities -Paeds,Obsetric&Gynaecology,Psychiatry,General Practitioner dan ulangkaji Clinical MEds dan surgery. Tahun yang sibuk dan pastinya memerlukan sabar dan kekuatan. :)

Sehingga waktu ini, kekuatan saya naik dan turun seperti keadaan cuaca di kota Dublin. Cerah,mendung dan hujan silih berganti but life still goes on. :) That's most important. Tahun ini perlu perbaiki hubungan dengan Pencipta,manusia dan masyarakat. InsyaAllah.

Saya kurang masa untuk bercerita tentang banyak benda. Menjadi kakak 'sulung' di rumah sedikit sebanyak memberi tekanan meskipun sudah biasa menghadapi kerenah 3 hero di rumah. Ada juga komitmen lain yang tidak boleh saya tolak ke tepi. InsyaAllah, ini mungkin cara Allah mahu saya dekat denganNya :)

Doakan saya ok!

nota metatarsal : hari ini masak nasi ayam! hari ini harus kembali ke waterford! hari ini harus habiskan 3 chapter buku sunflower! hari ini mesti call mak! hari ini mesti habiskan semua kerja tertunggak!banyakkan baca isu semasa! insyaAllah. :)

put that magical curve on ur lips! :)
bookmarks: edit post
3 Responses
  1. Afham Says:

    hohoho, tak sabar pulak nak merasa hell versi RCSI.mendengar cite tiger dengan rota o&g sungguh menceriakan. haha.

    aku sedang menikmati seni-seni REGUB yang sungguh menguji memori.

    all the best!


  2. All the best~~~ :)

    stress post kali ni... tapikan, InsyaAllah... :]


  3. ee : ur time will come. no worries. :) hehe. selamat la berREGUB. mmg jelas nyata ujian memorinya. apa pun all the best too!

    herie : thanks :) it is,unfortunately. tapi insyaAllah manageable :)