Assalamualaikum wrt wbt.
Angin menderu di luar. Cuaca kian pelik. Peluh hangat di kala musim sejuk. Sesungguhnya ini juga tanda kekuasaanNya. Salji yang dinanti,haba panas yang tiba.
Mula berhibernisasi sejak pulang dari membaham taco fries petang tadi ditemani seorang rakan yang kesedihan menghantar pulang sepupunya di airport. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat menjamah makanan yang tidak pernah membosankan itu. Seriously, 4 years and still counting, taco fries tetap di hati,sama macam Aldi. Hikhikhik.Cuma taco fries sekarang sedikit masam, mengeliat nak menghabiskan part-part terakhir hidangan tersebut.
Tatkala jam menginjak ke angka 12, baru saya terbangun dari hibernasi yang agak panjang. Melatonin yang melambung-lambung tadinya kini kian reda (boleh bukak tingkap terjun bumbung kalau still rasa mengantuk!) Usai menunaikan solat Isyak dan witir, saya terduduk di birai katil (urm,birai lah sangat)
PUISI akan berlangsung kurang dari 2 hari. MasyaAllah, ini tahun keempat saya! Siapa sangka dulu peserta, kini sebagai faci. Haruslah saya ini tidak layak, tapi sampai bila nak tunggu layak? Habislah kalau Nabi dulu tunggu lengkap turun satu Quran baru nak menyampaikan.
PUISI akan berlangsung kurang dari 2 hari. MasyaAllah, ini tahun keempat saya! Siapa sangka dulu peserta, kini sebagai faci. Haruslah saya ini tidak layak, tapi sampai bila nak tunggu layak? Habislah kalau Nabi dulu tunggu lengkap turun satu Quran baru nak menyampaikan.
Allah tahu kita mampu, sebab tu Dia bagi kan? Lepas ni kena makan dan hadam bacaan yang diberikan oleh team module yang berwibawa. Kagum saya melihatkan kesungguhan adik-adik ini yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga Allah kurniakan keberkatan masa dan ilmu kepada mereka,dan kami juga. Ameen. Berkali-kali saya berpesan, keberkatan bukan entiti yang boleh dikira dengan kalkulator (malahan GDC sekalipun!). Ia kurniaan Allah, jadi kena minta. Selain itu, sunnatullah perlu seiring dengan syariatullah. Usaha,usaha,usaha,doa dan tawakal!
Allahumma yasir wala tua'sir.
Rotation saya selepas ini ialah Clinical Medicine di Kilkenny. Masih belum mendapat sebarang email berkenaan attachment berkenaan. Bagi peluang untuk kami cuti sepenuhnya kot? Saya agak look forward untuk rotation clinical meds tapi bukan surgery. Allahu, kena tingkatkan minat kat surgery ni! Alhamdulillah kali ni saya bersama dengan travel partner saya,maka tiada lagi episod duka brekafast,lunch dan dinner roti. At least semangat sikit nak makan kalau ada orang teman. :) maka, expect juga la higher BMI.
Owh, Akif kini sudah kembali girang gumbira seperti sediakala selepas beberapa hari menjadi kerang busuk. Hebat sungguh penangan orang lepas bersunat ni. Hehe. Semoga menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat. X boleh manja-manja mengalahkan kakak ok.
Jam sudah pukul 3am. Perut mula berkeroncong zapin sekarang. Ayuh bersahur dan puasa esok!
Memang tinggi BMI lepas ni!
Subhanallah,beautiful TV programme.
Minit ke-24 : Rasullullah seorang yang berbadan kurus. Contohilah baginda, insyaAllah.