Assalamualaikum wrt wbt.

Freezing! Literally freezing. Macam mana la ada orang boleh decide untuk menetap di Alaska, Finland, Sweden dan negara lain di mana matahari menyapa cuma lebih kurang sejam dan selebihnya bergelap dalam kesejukan. Variasi sungguh ciptaan Tuhan ni. :)

Hari ini adalah hari yang agak sibuk di surgery (bukan OT,surgery=clinic=small room for consultation). Usually it would be really quite on Tuesday but today is exceptional, so many people get affected by the freezing weather I guess. I saw aplenty of good cases today~family conflict, massive ovarian cyst, varicose veins, thyrotoxicosis, tons of respiratory illness, psych problem, meibomian cyst (fancy name for 'ketumbit'), and list goes on. I know, I know it's not as interesting as the case u might come across in the hospital. But still, common thing are still common, and u must know them by heart. It's funny how the medical staffs use the word 'interesting' for severe/rare disease. The more severe it is, the more interesting it would be.

Right,so today I learnt a couple of good lessons.

(Melayu semula,takut GP google nama saya dan jumpa) Sesungguhnya saya kena banyak-banyak bersyukur dilahirkan dalam Islam yang telah menetapkan hukum hakam yang terbukti mempunyai banyak hikmah. Betapa banyak penyakit yang terjadi disebabkan alkohol,rokok,zina dan pelbagai kebiasaan lain yang ada di dunia Barat ini (well,sadly kat Malaysia pun dah banyak). Setelah 4 tahun bergelar pelajar perubatan, terutama sekali ketika berada di clinical year, betapa terbukti pengetahuan Allah sebagai Pencipta tentang kemudharatan yang boleh dibawa oleh benda-benda yang diharamkan dalam Quran atau sunnah.

Sebagai contoh, Ireland merupakan salah satu negara yang begitu terkenal dengan 'binge drinking' mereka. Malam jumaat bagaikan pesta bagi seluruh isi kota (kecuali masih ada yang anti alcohol for medical reason). Tatkala berjumpa dengan pesakit yang datang dengan pelbagai penyakit hati (liver disease), alcohol adalah antara penyebab utama mereka mendapat katil berbayar di hospital. Kadang- kadang dalam rasa simpati,terbit juga perasaan 'padan muka' kepada golongan ini. Sanggup berhabisan duit semata-mata untuk merosakkan hati sendiri. Say no to alcohol! (klik)


Merokok juga isu biasa. 60 batang rokok sehari. Celah mana mereka jumpa masa nak merokok pun tak tahu la. Lebih kurang 4 batang rokok dalam masa sejam kalau ditolak waktu tidur (itu pun mungkin mimpi rokok?) Isu ini sama sahaja diperkatakan di Malaysia, namun isu ini lebih menjadi-jadi di sini. Suhu yang sejuk selalu dijadikan alasan, padahal banyak je heater yang ada kat sini. Kalau di Malaysia, jangan buat hal. Dah sah-sah haram. Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. Saya sangat bersyukur abah sudah berhenti merokok tidak lama dahulu. Saya faham berhenti merokok memerlukan masa dan jihad yang cukup kental. But think about it, kan dapat pahala jihad? Sekarang pun dah banyak nicotine patch dan siap ada klinik berhenti merokok lagi. Tak guna melabur untuk kematian. Lebih elok melabur dengan Takaful Ikhlas. :D


Zina. Aish, saya rasa bersalah setiap kali berjumpa dengan pesakit di sini. History taking yang baik perlu meliputi segenap aspek perubatan, keluarga dan sosial. Janggal sungguh rasanya bila pertama kali terserempak dengan seorang wanita yang mempunyai 3 anak namun bila ditanya tentang suami, beliau dengan selamba menjawab. 'Umm,I'm not married. I'm living with my mum now'. Bagi budak kampung seperti saya, mahu rasa nak tercabut rahang mendengar jawapan tersebut. Nasib baik mata tidak tersembul keluar dan masih mampu meneruskan history taking. Setelah beberapa lama berada di clinical years dan acapkali berjumpa dengan kes begini, saya jadi semakin lali dan biasa dengan isu begini. Ia adalah budaya biasa mereka,tiada apa yang pelik. Lali dan biasa. Tiada lagi jatuh rahang atau mata tersembul. Malah boleh pula minta maaf kalau tersalah guna perkataan 'husband' instead of 'partner'. Namun, ketika mendengar ceramah seorang ustaz tidak berapa lama yang lalu, saya rasa sungguh bersalah kerana menjadikan isu 'single parent' sebagai list perkara biasa dalam history taking.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman. [HR Muslim]

Membenci dengan hati, dan itu selemah-lemah iman. Selemah-lemah iman. Kalau perkara seperti arak, rokok dan zina dianggap perkara biasa/rutin dalam history taking, maka di tingkat mana lagikah iman di hati? Allahu, ampunkan saya. Mulai sekarang, perlu cuba menasihati mereka dan sekurang-kurangnya tergetus rasa benci di hati. Ini bukan perkara biasa, ia perkara yang Allah murkai.

Sesungguhnya peluang belajar di tempat orang ini banyak memberikan pengajaran secara tidak langsung kepada saya. Kadang-kadang hati jadi kagum dengan 'keislaman' orang bukan Islam di sini apabila bercakap tentang aspek kebersihan dan budi bahasa. Betapa cara tarbiyatul aulad mereka sedikit sebanyak perlu dicontohi. Keterbukaan mereka dalam berkongsi buah fikiran memang tidak dapat dinafi. Sayang sekali rasanya beberapa orang yang tersangat baik yang saya jumpa, namun masih belum mendapat hidayah Allah. Semoga Allah yang memegang hati makhluk mengurniakan hidayah buat hati ini dan mereka yang berada di sekeliling.

time for GP portfolio!smile and no stress!

nota metatarsal : bila ditanya tentang betapa peliknya saya menahan diri dari makan dan minum (puasa) oleh GP, serentak itu saya berkata 'well,apparently nobody dies from fasting.but aplenty do due to alcohol,isn't it?' funny.
bookmarks: , edit post
0 Responses