Assalamualaikum wrt wbt.
Bertemankan semangkuk mee segera dan se'mug' milo, saya membuka puasa sunat 9 Muharram sendirian di golf house yang mewah dan selesa ini. Ironi,rumah besar tapi makan megi. Apa nak buat,saya bukan jenis yang begitu kisah dengan makan, apa sahaja saya terima except seafood. Funny,medical student tapi hentam jugak makan megi. Darurat ni, tak lalu dah makan roti Aldi. (mesti mak menangis kalau terbaca ni)
Sepatutnya 'kelas' saya bersama GP tamat pada jam 5 petang namun GP saya begitu teruja bercerita tentang kisah memancing, sesi fotografi, cerita rindu pada anak-anaknya, membawa saya melawat studio beliau yang 'wow' di tingkat atas surgery (aka klinik), cuaca di Malaysia, dan beberapa isu non-medical lain, saya cuma tercegat di pintu pagar luar menunggu teksi tatkala jam menginjak pukul 6.10 minit. Musim sejuk telah bermula sejak pertengahan bulan November lepas. Saya benar-benar maksudkan sejuk. Sejuk di mana cuaca mencecah 5-6 celcius. Buka peti ais dan duduk di dalamnya buat seketika, macam tu la :) Tapi alhamdulillah masih belum snow. Ada ura-ura mengatakan Ireland tidak akan dilawati makhluk putih dari langit itu tahun ini tapi siapa tahu... It's Ireland anyway. Bandar bersebelahan, Belfast sudah pun dilitupi salji. Dublin, tunggu saya balik dulu kalau nak snow pun ok!
Usai menghabiskan megi yang dimakan dengan perasaan bersalah, saya terfikir-fikir perbincangan saya dan GP di surgery petang tadi. Berkali-kali beliau menasihati saya supaya mempunyai hobi/interest. 'Have something that would make u look forward to wake up the next morning'. Kemudian terus bercerita tentang minat beliau yang memang wow. Fishing,photography, music arrangement, choir recording,list goes on. Bagi GP saya,beliau mahu mengejar kepuasan hidup, melakukan apa sahaja yang beliau minati tanpa halangan. How could he has time for all of that? I wonder, that's why he ends up as GP instead of becoming a consultant in the hospital anyway. But he's a really nice guy. Inspiring in some way :)
Apa yang membuatkan kita bangun setiap hari? Apa yang kita kejar tatkala matahari mula menjenguk bumi? Apa yang menjadikan kita terus tabah menjalani setiap hari yang disulami beraneka perasaan? Apa yang mendorong saya untuk melepaskan pelukan duvet dan tegar melangkah ke kelas setiap hari? Apa yang benar-benar memberikan motivasi buat saya?
Hidup tanpa tujuan ibarat kapal tanpa layarnya. Jauh perjalanan tanpa arah. Sesat dan rugi. Lalu apa sebenarnya tujuan hidup saya? Itu perkara yang perlu difikirkan sepanjang hari ini insyaAllah. Tujuan yang akan memandu setiap perlakuan dan reaksi. Khalifah bagaimana yang saya ingin jadi?
Putting my thinking cap on.
nota metatarsal : syukur bukan hanya dengan mengucapkan 'alhamdulillah'. itu hanya lafaz syukur. syukur yg sebenar ialah membesarkan Yang Memberi Nikmat melalui perlakuan.