Assalamualaikum wrt wbt.
Pelbagai aktiviti saya cuba lakukan untuk membuang rasa malas ke rotation yang bersarang sejak pagi di lubuk hati. Dari mengemas buku, masak, baking, mendengar ceramah, bertapa menyiapkan Clinical Encounter Sheet (baca:EBM), hinggalah ke masa ini mengupdate blog.
Dengan suhu di luar yang semakin menjunam. Sejuk terasa hingga ke tulang. Sweater RCSI yang telah lama bersemadi di dalam almari kini menjadi teman 24 jam. Bayangkan mahu mengharung kesejukan ini ke Heuston Train Station dan menunggu taxi di Portarlington Train station. Allahu!
in denial nak g rotation.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Jadi,mahu atau tidak. Berat atau ringan. Saya mesti teruskan perjalanan hari ini ke bumi Portarlington untuk menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie yang sudah banyak ilmu pun sanggup belayar membelah lautan untuk menuntut ilmu, apatah lagi saya yang sangat cetek ilmu di dada. Bongkak benar kah?
Barangsiapa yang menempuh satu jalan semata-mata untuk mencari ilmu,nescaya Allah akan memudahkan baginya dengan usahanya itu satu jalan ke syurga (Hadith riwayat Muslim)
Lalu saya menyeru diri sendiri untuk menjadi lebih rajin dan produktif minggu ini. Malam ini sampai di bumi Portarlington yang damai dan serba mewah itu, saya ingin menyiapkan sekurang-kurangnya 50% assignment saya. InsyaAllah.
Doakan saya :)
nota metatarsal : musim sejuk juga sinonim dengan musim exam. Maka buat mereka yang sedang bermujahadah bersengkang mata untuk exam, semoga Allah permudahkan urusan. Jangan lupa usaha,doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan setinggi-tinggi kecemerlangan,kejayaan yang mendekatkan diri kepada Yang Memberi Nikmat.