huhu..alhamdulillah. masih dikurniakan ATP untuk menaip. kemalasan yang bermaharajalela telah membekukan tangan ini untuk menaip..(apekah...)
alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku dan rakan-rakan(seperti dlm gambar) selamat melabuhkan sayap dengan 4 buah kereta. sememangnya perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam itu menuntut kesabaran terutamanya kepada akak-akak senior yang memandu. terasa ke'best'an pertama kali menaiki kereta selain daripada teksi di bumi asing ini. wee! (euphoria tetiba lak). kak raihanah setia menjadi pemusing stereng kpd aku,jihah, dan izyan. tenkiu kak rai!

kak rai pemandu yg tekun dan sabar
kami tiba di Cork tatkala matahari sudah terpacak di atas kepala. kami terus saja singgah di rumah seniors yang terletak tidak jauh dari bandar Cork. Ya Allah.. terharu kami dengan sambutan yang penuh mesra. terasa sangat ukhwah tu. sibuk2 diorang pun masih ada ruang waktu untuk melayan kami sbg tetamu. peluang menginjakkan kaki ke bilik seniors benar-benar mencabar keimanan. besar glest bilik diorang! dgn hanya 240euro sebulan, bilik da macam bilik hotel plak. huhu.. 'sabar leen... ada hikmahnya dok kat Dublin yg mahal tu..' aku sekadar mampu bermonolog sendirian melihatkan cermin bilik akak tu yg besar gabak dan almari bajunya yang mampu memuatkan sebuah kereta kancil. serius! ape pun, kenangan bersama akak-akak yang tersangat la baik akan menjadi kenangan yang terindah utk pertama kalinya di bumi Cork. tenkiu!
sepagi di bumi Cork yang....cantik!
rumah senior 5th year UCC
sempat melawat UCC
rumah senior 5th year UCC
sebaik meninggalkan rumah seniors dengan perasaan yang berbelah bahagi darab, kami meneruskan jaulah kami ke Blarneys Castle. terdengar perkataan 'castle' sudah cukup membuatkan kami mengalami symphatetic response. yang terbayang di ruang minda hanyalah keseronokan bergambar dgn bangunan2 usang. eh silap, istana. insyaallah..akan ada sesuatu yang akan aku peroleh dari sana. bukan sekadar foto. dan kenangan.
kesempatan bertandang ke University College Cork membuatkan hati sekali lagi dibuai perasaan cemburu. seluas mata memandang. kicauan burung mendamaikan. hijau kuning pepohon menambahkan keharmonian suasana. huu.. terkenang RCSI ku yang 'luas' itu. cepat-cepat ku sedarkan kembali hati yang lalai dan sering merungut. bersyukur dgn apa yang ada. bukan semua orang dapat memegang ID card RCSI as what i got. alhamdulillah atas kurniaanMu..
perjalanan ke 'Istana Blarney' tidak terasa dek keasyikan menyaksikan pepohon yang telah bertukar warna. subhanallah. keindahan musim luruh yang tersangat lain dari bumi Dublin. kagum benar aku. sampai sahaja di Blarney Castle, kami dengan berat hati terpaksa menghulurkan 8euro dgn senyuman kepada penjaga kaunter tiket. xpe.. 8euro yang akan penuh bermakna! hehe..
lunch roti. solat. main teka-teki. kenangan ikan paus bersalut tepung mimie dan cerita gajah masuk peti ais kak firdausi membuatkan aku tersenyum mengenangkan saat manis itu. indah. meriah. tiba-tiba aku terasa bagaikan begitu dekat dengan keluarga. mungkin suasana itu tak mungkin pernah sama dengan detik bermain teka-teki bersama amin dan awis mahupun adegan cubit mencubit dgn akif. tapi.. terasa kekosongan itu sedikit terisi. rindu sedikit terubat. terima kasih teman2 dan akak2... kenangan yang sungguh bermakna. tak mampu diungkap dengan petikan keyboard.
time to explore the castle! wee! pertama kali menjejakkan kaki ke istana lama itu, hati terdetik untuk bertanya pada diri. 'perlu ke aku datang sini ek? nak tengok istana je?' yup,luaskan pandangan. buka minda. hanya yang mencari bakal menemui.
selesai sesi bergambar secara besar-besaran, kami bertolak pulang ke bumi yang dirindui, Dublin (kononnye..padahal malas btol nak g class the next day). perjalanan pulang benar-benar menguji ketahanan akak-akak senior yang terpaksa memandu kami pulang. berbekalkan cappucino, akhirnya kami selamat tiba dgn selamat di depan rumah. alhamdulillah. terharu dgn layanan yang amat istimewa. terima kasih atas segalanya. pengalaman yang amat-amat berharga. ternyata berjaya merapatkan ukhwah antara kami. gonna miss the moment being together!

panjangnye tulis..hehehe....autumm ko macam kat jepun ar..hahahha
tu la pasal. yang ko g bace bwat pe..hehe.. kan da abes bp minit..