saya sedih!

sangat....

tapi...

ALLAH SAYANG KITA…

pejuang_syahid menulis "Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


sememangnya realiti kehidupan tak pernah seindah yang kita impikan. banyak perkara di luar kawalan kita. tapi, bersabarlah leen.. Allah ada sebab. Allah knows best kan.. jangan sesekali lupa tu. takkan tak percaya rezeki di tangan Tuhan. c'mon! makan pisang n smile! kita mesti tabah. perjalanan masih panjang kan... =)

7 Responses
  1. cYiD Says:

    adakah ini berkaitan dengan card signing?!?!?!
    don't worry leen, 2.5% jerk...
    tue pos senior cakap dak2 dapat straight A's pon x confirm 2.5%!

    x pe, exam da dekat!
    gambatte ne for that!
    let's strive for excellence!



  2. Anonymous Says:

    ehmmm...ape pasal lak nie??...ce story sket..huhu...


  3. loOkinoomz Says:

    go On leen. just gO on..


  4. Anonymous Says:

    haha... if you get tension or tired, PISANG will make u smile


  5. Anonymous Says:

    salam..

    leen, inilah hidup, tiada ujian maka suramlah kehidupan.

    bila akak sedih, akak suka betul motivasikan diri dengan al quran. tau tak kenapa? sebab dulu, masa rasulullah sedih2, allah pujuk nabi melalui ayat-ayat cintaNya. dan dengan ayat-ayat cinta itu lah rasulullah bangkit dan tidak pernah putus asa membawa risalah Nya. jadi, bila kita manusia biasa ni ditimpa sedikit kesusahan, ketahuilah dengan sentuhan ayat cinta daripada allah, percayalah segala kekusutan pasti terurai dengan izin allah.

    senyumlah kerana senyuman itu pengubat duka!

    with love,

    kak wani
    sheffield,UK


  6. tenkiu kak wani.. sy stuju. di saat2 cam xde orang lain yang faham dan mampu buat kita tenang, cuma Allah je pengubat. lgpun dgn redha tu hati akan lebih tenang. =)