alhamdulillah. selesai tugas sebagai babysitter..

perjalanan ke balbrigan mengambil masa lebih kurang 1 jam (termasuk tempoh menunggu abang nizam-suami kak ain- yang seterusnya memandu kami pulang ke rumahnya). alhamdulillah pertama kali aku menjejakkan kaki ke atas train yang saling tak tumpah macam LRT kat malaysia. (hati kecilku terasa bangga dgn sistem LRT malaysia yang lebih best dan nampak canggih..heee) mengisi ruang perjalanan, kak ain dan abg nizam bercerita tentang latar belakang mereka dan tidak lupa, pengalaman mereka di luar negara. aku paling sgt gembira tatkala abg nizam mengkhabarkan bahawa dia berasal dari penang. x tahu kenapa. statistik yang aku jalankan secara x rasmi di ireland sepanjang 3 bulan keberadaanku menunjukkan sgt sedikit kot orang penang di ireland. uish3.. tetiba semangat kenegerian. seronok sungguh aku dapat ber'ghapla jingga' dgn abg nizam. =) abg nizam membuktikan kerajinannya membaca buku apabila dia dengan begitu lancar bercerita tentang kisah nabi, rahsia di sebalik sambutan krimas(geram plak aku dgn Raja Roman), cerita Thanksgiving. huuu.. sgt tertikam jiwaku. refleks pada diri. aiyo... sgt kurang pengetahuan am. space for improvement. =)

sampai di rumah kak ain,kami dijamu dengan hidangan nasi minyak. (x payah tunggu kay kawin.haha) sedap sungguh..uuu dah lama x makan la katakan. kemudian, kak ain menghantar kami ke destinasi sebenar-rumah kak Adib. kuciwa aku dan mimie sebaik sahaja kak rina(babysitter rasmi anak-anak kak Adib) memberitahu yang budak-budak tu dah tidur. urm.. masa untuk aku dan mimie juga beradu. terselit rasa takut. kak rina garang btol. babysitter berhemah! *tabik spring*

bangun pagi.matahari yang indah. frost! dari dalam rumah pun aku dapat merasai kedinginan suhu -6celcius di luar.


terdengar suara kanak-kanak. aku dan mimie menjenguk ke bilik yang bising itu. itulah detik perkenalan kami dengan...

dari kiri : luqman,muaz,anas,zubair

memandikan diorang di pagi hari. pakaikan baju. sediakan sarapan. sungguh comey. x lupa,nakal. aktif sungguh. hari itu aku kenal perwatakan mereka satu persatu. luqman yang manja dan kadang-kadang rasa nak cubit je. muaz yang ignorant dan cakap english pelat irish~phew! anas yang paling sensitive dan mendengar kata. zubair yang sgt independent walaupun umur baru mencecah 1 tahun. kembali dekat dengan kanak-kanak setelah hampir 3 bulan aku tinggalkan akif. uuuuu.... biar gambar berbicara.


tgk cartoon-mainan bersepah xleh kemas-makan2-byk lagi sebenarnye yang x dirakam

bosan. kehidupan seharian mereka berlegar di kawasan ruang tamu rumah.dari bangun pagi hinggalah ke malam hari. aku sendiri terfikir. mengulang-ulang aktiviti yang sama setiap hari. bosan2. terlupa yang hari-hari lain masa mereka mungkin banyak terisi di sekolah. urm... mereka independent. sedangkan zubair yang berusia setahun yang belum betul tumbuh gigi pun seperti sudah biasa bermain sendiri. terbayang aku kanak-kanak seusia itu di rumahku dulu. akif~manja sungguh. mungkin sebab mak tersangat la ada masa di rumah. aku yakin kanak-kanak itu akan membesar dengan baik. lebih matang dari usia mereka. didikan di luar negara. entah kenapa aku rasa berbeza dgn malaysia. yang penting, asas agama masih diberi penekanan. alhamdulillah. =)

urm.. seharian menemani budak-budak bermain. ujian mental. tapi masih sempat aku mengadap buku anatomy. memandangkan minggu depan aku akan menghadapi cardsigning yang terakhir,aku harus bersedia. konsep usaha, doa, tawakal. malu kot nak mintak kat Tuhan kalau sedar diri usaha tak sebanyak mana. yang penting mesti yakin. "Allah ada" ~teringat tiap kali mak menenangkan aku dengan ayat itu.

keesokan harinya,kak ain dan abg nizam dtg mengambil aku,mimie,kak rina dan kanak-kanak yang mula kusayangi itu ke rumah mereka. disambut dengan hidangan mc D kak ana yang sungguh menyelerakan. uuu.. cheese + mayonese = perfect! terasa seperti saudara hubungan yang terjalin itu. kak ana yang tidak kering idea bercerita tentang pengalamannya mengambil lesen memandu. juga cerita ayahnya yang garang. kak rina dengan gaya diktatornya mengarahkan muaz,anas,luqman, dan zubair supaya makan dgn sopan. seronok kanak-kanak tu bermain dgn anak2 kak ain-aqlan,aqilah dan yusuf.kak ain dan abg nizam yang sgt sporting. uh...walaupun tidak banyak, hilang sedikit rindu pada keluarga. alhamdulillah. =)

bersama Kak Ain & Abg Nizam di Dunnes Store


car boot sale! kak ain dan abg nizam sgt berbaik hati membawa aku dan mimie ke hujung bandar Balbriggan. buat pertama kalinya, aku shopping agak sakan di situ. tedy besar comey 2euro(slps penjual tersebut bergaduh dgn suaminya),koala bear 1 euro yg sgt2 comey, knitwear yang aku pun x pasti sebab aku membelinya(mungkin tertarik dengan design yang pelik),pisang yang sgt murah(2 sikat 2 euro. wee!), perfume 2euro, dan ubat gigi. detail sungguh. teruji kesabaran kak ain dan abg nizam dgn kejakunan kami. haha.. cian2... layan je la... tapi sgt best! terdetik dalam hati, "ni nak babysit ke shopping.. adeyh" ~x sempat amek gambar.seronok sgt shopping.

pulang dari car boot sale,kami pulang ke rumah. lebih banyak mengenali keluarga itu. makin mesra dan selesa. selepas menjamu selera dengan sup ekor kak ain dan roti canai kak ana, kami dihantar pulang oleh abg nizam dan kak ain. betul2 sampai depan pintu 314. sungguh layanan VIP. terima kasih abg nizam, kak ain, kak rina, kak ana, muaz, anas, luqman, zubair, aqilah, aqlan, dan yusuf. tak lupa kepada penganjur utama kak adib. atas sebuah kenangan yang cukup bermakna. pengalaman yang tersemat kukuh di ingatan. terima kasih semua! =)

aku belajar lebih banyak tentang erti hidup. sekurang-kurangnya aku dapat lari dari hidup sekadar lecture, anatomy, cardsigning, tutotial. aku belajar membina sebuah keluarga. tidak menilai seseorang dari luaran. menyesuaikan diri dengan keadaan. dan sedikit sebanyak gambaran kehidupan aku pada masa akan datang. ternyata tidak sia-sia aku memenuhi permintaan kak adib. meskipun aku tidak di rumah untuk fokus sepenuhnya terhadap buku,buku,buku. terima kasih Tuhan. Engkau sentiasa tahu yang terbaik buatku.
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    bagus2...jadi babysister...ti da kawen senang sket...


  2. Anonymous Says:

    eh,apsal kene jd babysitter?


  3. sanie : ok2..maksudnye da bleh kawin la ni?yay!haha.. mmg best. tmbh pengalaman.

    echizen : well,saje je isi 'masa lapang'.lgpun dpt je upah. dpt tlg kak adib tu gak.byk manfaat tau.


  4. Anonymous Says:

    "aku paling sgt gembira tatkala abg nizam mengkhabarkan bahawa dia berasal dari penang"

    kesian puan azhana,, paling dan sgt tak ley disatukan bersama yerk


  5. haha..hiperbola di situ. =p