alhamdulillah! berlalu jugak akhirnya paper NE (nutrition & energy) yang amat aku geruni. sangta banyak!! sebab combine 2 module. so mmg sgt22 la banyak. rase nak termuntah dah membaca notes2 tu (macam la hafal smua kan). huhu.. hanya budak RC je yang akan faham dan insyaallah menyetujui ape yang aku ckp ni..

sebelum pegi exam tu, aku menangis2 call mak. adeyh.. x ilang lagi perangan sensitif x tentu pasal ni. xtau la nak bwat camne.. *sigh* terasa mcm kne compress sangat. x tau ape yang patut aku expect. takut sgt kalau aku blur time jawab soalan tu. to make it perfectly worst, kalau langsung xde idea nak tulis ape. or macam x penah tengok je??... huhu.. so terlepas la perasaan kat mak. cian mak. mesti risau kat anak pompuan dia sorg ni. tersensitif plak. well, mesti la.. tengah tertekan gle takut x dpt jawab, dengar suara mak angkat phone je trus mengalir laju plak air mata. huhu.. terima kasih mak.. memang selalu layan je anak dia yang suka nangis ni. mak tenangkan aku.

"Allah ada, jangan risau sgt. tarik nafas. tenangkan diri.. mak sentiasa doakan. malam ni mak solat isyak lambat sikit. masa kakak masuk exam mak doakan."

urm... tu la mak. senang sikit hati aku. walaupun masih x dapat nak hilangkan perasaan gementar tahap dinasour tu. tenang2...

orait.. ni la part paling menarik. selesai je solat jamak zohor dan asar (sbb x sempat nak solat after exam), aku dan housemates ku yang tersayang berjalan la tunggu bus. sejuk sangat cuaca arini. shaking aku sambil membaca notes2 yang mudahan2 melekat dalam otak. berusaha hingga ke akhirnya! selepas x berapa lama, bus pun tiba. kami pun naek la dgn perasaan yang x berperasaan. duduk tingkat atas. bincang2 sket pasal ape yang kami dah baca. berkongsi perasaan cuak yang hanya Allah je tau.

lama.... lama sungguh rasanya perjalanan ke RCSI arini. disebabkan khusyuk sgt dok membaca notes, aku x sedar pun rupanya jalan tgh jam gle.. bus bergerak tahap semut je. jalan kaki lagi laju. memandangkan ktorg dah bayar tiket, duduk la jugak. sampai la kay tetiba bangung.

"weyh, dah lambat r!jom jalan. x sempat dah ni!"

aku pun ikut je la dgn malasnya. adeyh.. da la agak sopan arini. berbaju kurung. dengan boots lagi. malehnya nak jalan. turun dari bus, aku tengok jam. subhanallah! terhenti seketika degupan jantung. 1.52pm! tak2.. jam aku KENA salah! gile! 8 minit lagi exam nak stat! tengok kiri kanan. aku sendiri x dapat nak cam jalan. ya Allah.. kat mana ni.. x dapat pulak aku nak capture maklumat tempat tu dalam otak. ni jalan yang asing bagiku. argh.. redah! ikut je ade 3 guys dekat umah kitorg tu. dengan harapan dorang tau jalan. amin....

dengan berbaju kurung, lengkap berboots agak tinggi, aku berlari! ya Allah.. nasib baek ni bukan kat Malaysia. kalo x... haih.. mungkin terpaksa kuar rumah dgn memakai tudung saji utk tutup muka. okayo.. sambung cite... time lari tu, cuma Allah je tau perasaan aku. dah la ni paper yang paling aku geruni. membayangkan soalan MCQ yang sgt 'wordy' tu, aku x dapat nak bayangkan macam mana kalau sampai lambat ke dewan exam. ujian Tuhan. teringat status ym aku before kuar rumah, "bersangka baik thadap Allah". cepat2 aku lempar jauh2 lintasan hati yang buruk tu. insyaallah, mesti ada sebab Allah buat macam ni. mana penah Allah kejam kat hambaNya. positif leen! berlari sambil melayan perasaan. cuak. takut. berdebar. adrenaline makin tinggi.

setelah berlari tahap marathon, akhirnya sampai jugak kat dewan RC tu. penat tuhan je yang tau. sampai2 je terus masuk dewan. tempat duduk pulak dah ubah. perfect! merayau2 seketika aku dlm dewan exam tu mencari arah. dah nampak sorg mamat org putih tu, ok. sebelah orang tu. cuba menenangkan diri... menggigil tangan aku time tulis nama kat answer sheet MCQ tu. parkinson sebab penat dan sejuk. x sempat aku nak menenangkan diri, invigilator tu dah ckp START! subhanallah... aku yakin cakap mak, Allah ada. aku percaya dengan pegangan aku, Allah knows best. kawal pernafasan. minum air. bismillahirahmanirahim....start!

alhamdulillah. tanpa sedar, aku dah pun menamatkan paper NE. syukur hanya Allah yang tau. pastinya agak kekantoian beberapa soalan. xpe.. ciri2 org beriman : setelah berusaha, dia bertawakal, kemudian dia redha dgn apa jua yang terjadi. sampai saja di rumah, aku terus msg mak. takut2 mak masih risau dgn anaknya yang sorg ni. insyaallah. walau apa pun yang bakal berlaku, Allah ada sebab. sengaja dirahsiakan. tapi pastinya ada ganjaran.

teringat saudara2 ku di Palestine. pastinya lebih hebat dugaan kalian. kami berlari mengejar exam, kalian berlari menyelamatkan diri. malah lebih hebat lagi, berlari menentang musuh yang hanya menjanjikan kematian. mati di jalan Allah. pasti manis. huuu... masih banyak yang perlu aku perbaiki. ini bidang yang aku pilih. insyaallah,inilah jihadku. meskipun sekadar dgn mata pena. berusaha. doa. tawakal. insyaallah... chaiyok2!

kelajuan dublin bus

moral value of the story : naek bus dalam keadaan sedar. bukan separa sedar mcm aku tadi. sedar2 lagi 8 minit nak start exam. and lagi satu, sentiasa bersangka baik dengan Allah. mana tau. mungkin kalau sebab x berlari tu, aku x ckup adrenaline nak jwb soalan NE. well. sape tau... ape pun, terima kasih Allah.

5 Responses
  1. Afham Says:

    salam
    hahaha, kelakar giler
    aku (ngn aus dan Izzat) pun kuar umah kul 1.15ptg tapi Leh dh warning traffic jam..so meredah hujan tp smpai awal la rc

    hohoho aku sempat tengok ko kelam kabut cari seat tadi..hehehe


  2. hoho..cm nak pengsan je time tu..serius! punye la khusyuk. x sdar kul bp. insyaallah x kan berulang.


  3. cYiD Says:

    i totally agree...
    banyak tu banyak la...
    bace tue bace la...
    hafal? hah... caught myself there!

    hahaha...
    confession on the dance floor!
    aku pon msg mak aku!
    mak aku teros call! air mate?
    mane bley... control2...
    takot mama risau gitew...

    hahaha...
    aku agak menggelak terguling2 dalam hati mase ko citer kat aku lepas exam tue...
    yg best part...
    berbaju kurung tue! hehehe

    tp btol2...
    my mum pon pesan...
    bace dah... skang doa n tawakkal...
    all the best for anat...
    and the rest of the exam next week!
    then ape lagi...
    souvenier la dr spain (ejaanku amatlah x btol kot di sitew)


  4. loOkinoomz Says:

    oho..
    ak memahami part berlari itu
    kmi juga pnah mrasenye..
    bezanye..ktog waktu mlm
    n nsib bek bkn bju kurung nih..
    =p

    nway,
    all the best 4 the rest papers
    mge ALLah permudahkn
    urusan2 shbt2ku


  5. Ain Mardhiah Says:

    salam..

    nak tanya. ni kak fadzlina 2nd batch gopeng yg rumah delima dulu ke? correct me if i'm wrong..

    kalau betul, pekabar akak??!! hehe.. tak taulah akak ingat say ke tak.. saya ainul arina. 3rd batch. rumah mutiara, pengawas gak dulu. ingat lagi?

    btw, good luck exam. semoga berjaya! saya pun tgh exam gak skrg. doakan sama ye..