A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H!
alhamdulillah...akhirnya tamat jugak sesi bertapa dalam bilik. kesudahan yang baik insyaallah untuk HBS (Health Behaviour & Society). x disangkal paper yang terakhir ini agak 'menarik'. x sia2 rasanya aku menghafal statistik dlm notes. apa pun tawakal. Allah lebih tahu.

"Ya Allah, engkaulah yang memegang hati manusia. Maka, kau lembutkanlah hati pemeriksa kertas kami. Kau hijabkanlah kesalahan kami dari pandangannya.Tenangkanlah hatinya ketika menanda kertas kami ya Rabbi. Sesungguhnya, hanya engkau yang mampu mengubah segalanya. Berikanlah kesudahan yang baik buat kami. Ameen..."

syndrom-habis-exam pun bermula. malam tadi aku telah selamat menangis bercucuran air mata menonton filem Pensil. menarik. aku suka dengan story line cte ni. kisah si Badrul yang cacat fizikal tapi hampir sempurna tingkah lakunya. sebenarnya dari Malaysia lagi aku dah semangat nak tgk cte ni tapi x tersampai hajat. semalam la dgn bantuan Hajah Youtube, selamat aku mengkhatam cte tu. bagi sape yang x tgk lg, tgk la... ambik isi ye.. =)

urm plan aku seterusnya - Wonderful Life-. ada sahabat aku yang mengrecommend cte ni. best katanya. ok la.. layan... tapi baru tgk satu episod aku dah stop plak ni. tulis blog. sungguh x istiqamah menonton. hehe. xpe2. sebelum g spain, akan aku habiskan jugak cte tu. yup!

lagi plan... owh ye! nak jugak abeskan baca buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'. yang ni painpal (penpal) yang suggest aku baca. tambah pengetahuan. n improve social skills. insyaallah. mmg menarik pun(walaupun aku br sempat flip thru beberapa pages sebelum terlena. haih....) insyaallah, aku akan bawak buku ni ke Spain nanti. mesti habiskan leen!

oraito.. bab jalan-jalan pulak. 28hb ni aku dan housemates ku yang terchenta(ejaan lama) akan berangkat ke Spain. urm... terlupa plak yang aku ni x kaji lagi pun pasal sejarah Islam kat Spain. aiyok.. sempatkah nak tgk movie lagi, nak g jalan-jalan lagi, nak qada tido lagi... btol2 skill time management ni. xpe2.. insyaallah sempat. confident tu perlu. hehe.

"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dgn kembali (taat) kepada Nya, tetapi apabila Dia memberi nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia doakan kepada Allah sebelum itu..."
Al-Zumar : 459

urm..tersentak jap time baca quran tadi. terasa benda berat yang ghaib menghempap kepala. mungkin aku x sedar, ayat tu Allah dah bagitau dari dulu lagi. Allah kan Maha Mengetahui. faham dengan fitrah manusia. tapi aku x nak la jadikan 'dah fitrah manusia, nak bwat camne' sebagai alasan. insyaallah. istiqamah dengan setiap amalan. sememangnya musim exam, makin ramai orang yang mula terasa ringan untuk tunduk menyembah bumi, menadah tangan, menangis menyerahkan diri. memohon pertolongan dari Yang Esa. tapi, selepas exam, terlampau seronok membalas dendam untuk masa sebelumnya yang diluangkan hampir sepenuhnya untuk study. huhu.. x salah rasanya nak memberi ruang untuk diri dan minda berehat seketika. sebelum semester baru menjelang. tapi, kena selalu ingatkan diri. kita ni Islam bukan nya time exam je. muslim sepenuh masa ye. insyaallah, pesanan utk leen yang selalu sgt lupa. ingat ye cik leen... Allah tu dekat bila2 masa je.

nota metatarsal : mungkin aku sniri x nampak kesinambungan dlm entry kali ni. sekadar nak menulis. malas nak pk kesinambungan ke ape ke.
bookmarks: edit post
3 Responses
  1. loOkinoomz Says:

    Men are from Mars, Women are from Venus'

    Leen???!! hang ade buku nih ka..
    mne hang angkut..
    best x?
    in english ehhhh..
    hua3..
    seronok exam da abes nmpak..huhuhu
    selamat berspain..jln leklok r kwn2..
    ingt, jgn naek taxi!!! hehehee..


  2. ye syg.. in english la. da penpal aku yg soh bce,dia la bg.. hehe.. aku penah cari kat msia dulu tp xjmpe. nk pnjm ke? mmg menarik. serius.. hehe. tuhan je tau betapa bestnye da abes musim hibernate kat umah. hehe.. baek2.. maybe aku drive nnti. whoa!


  3. Azri Haris Says:

    aku jumpe je lin buku tuh...ko carik kt memory lane mmg x jumpe carik la kt mph ke popular ke...haha....btw asal 'painpal' yer??hurmm....pain ke??hehe....