assalamualaikum..atuk oo atuk *nada upin ipin* (mengikut ringtone message hp ku)

setelah sekian lama menghibernatekan diri sepeninggalanku ke Spain, sgt byk perkara yang berlaku. mungkin x cukup tangan nak menaip kalau nak diceritakan semuanya. exam, spain, dublin snow, bla2...okayo, most important comes first.

rasanya x sedap kalau aku x berkongsi pengalaman di Spain yang sangat2 berharga dgn kalian semua. kalau ada yang sudi membaca la kan. tapi perlukan istiqamah yang lebih untuk mengadap laptop lebih lama utk mengupas lebih lanjut (mcm gempak) peristiwa2 di Espana. xpe, insyaallah i owe u d story.

sedar x sedar, esok aku akan memulakan hari pertama ke sekolah semula. membenamkan diri di kerusi lecture theatre semula dari pagi sampai la ke petang. haih... *jangan mengeluh!* agak x berperasaan. mungkin sebab masih kepenatan pulang dari spain. mungkin jugak sebab dah banyak kali kembali ke sekolah kot. entah la.

petang tadi aku usrah bersama dgn Kak Aida dan Kak Anis. turut sama rakan-rakan RCSI yang dah lama x bersua muka. habis je exam smua pakat bertaburan. hehe. topik kali ni macam agak menyeramkan. huuu.. exam! bercerita tentang pengalaman masing2 saat memberanikan diri menyemak result exam. huhu, yang pastinya, perjalanan ku di Malaga hari itu agak 'diserikan' dengan perasaan cuak mengenangkan result yang akan keluar. xtau apa nak expect. btol... balik je dari jalan2 kat pantai, aku la orang 1st yang mengagahkan kudrat untuk membuka webpage vle RCSI. alhamdulillah... pertolongan Allah itu benar. Allah menjawab 'ya' dalam doaku. namun, terselit sedikit rasa kecewa.

'i should have done better'.
suara lain berkata, 'tu la... study last minute lagi...'
'study awal pun bukan ingat. well, it's in the gene. memang style study last minute.'
menjawab dgn x nak kalahnya.

urm...apa pun, no point nak argue benda yang dah lepas. yang penting ambik pengajaran. semester baru dengan semangat baru! insyaallah lebih konsisten. x boleh kecewakan sesiapa lagi terutamanya mak dan abah. owh, sponsor yang disayangi juga. yang penting sebagai orang Islam, mesti aim untuk jadi yang terbaik.

"shoot for the moon. even if you fail, you'll land among the stars"

sekadar nak berkongsi pengalaman seniors yang lepas, especially for RCSI students la ye. but rasanya some of the points applicable je for all. urm, first time tengah byk masa lagi before nak exam ni, rajin2 la bwat list tajuk2 for every modules. make sure before exam, kte dah baca every notes tu at least 3 kali. first nak faham, second nak ingat, third nak check balik pemahaman dan ingatan kita (kalau la dapat dilaksanakan confirm mantap!). then, revise balik notes after class. well, ni mungkin sejak dari sekolah rendah kot cikgu dok ulang2. sangat penting ni, sebab takut kang makin lama makin meng'everest' plak ketidakfahaman notes tu. ingat ye cik leen. doa sebelum dan selepas belajar. simple tapi kadang2 aku terlupa jugak. sekuat mana pun kita berusaha, pergantungan pada Allah tu yang paling amat sangat penting. yups!

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
At-Taubah : 40

talking about exam. ada yang pass dengan 'warna terbang'. ada yang pass cukup2 makan. ada yang fail. macam2 hal result. hatiku sedikit tak tenang tatkala mendengar khabar ada antara sahabat-sahabatku yang gagal dalam exam semester ni. mungkin x sepenuhnya merasai apa yang mereka rasa. tapi sedikit sebanyak aku mengerti apa yang mereka alami. kecewa. takut. risau. gelisah. ujian Allah itu luas. ada yang diuji dengan kegagalan. ada yang diuji dengan kejayaan. insyaallah, kita sama-sama beringat dan be strong ye! we've gone so far. Allah knows best. Dia penentu yang terbaik. pasti ada hikmahnya... aku sendiri, sungguh2 aku rasa ini pertolongan dari Allah. macam agak horror gak la exam aritu. tawakal sungguh2 je. alhamdulillah. rezeki ku dimurahkan.

hoho. 2nd sem! insyaallah dengan semangat baru yang akan sentiasa aku perbaharui. xkan pudar. remind me ye. sama2 semangat!


2 Responses
  1. haha..kami kat cni br nak start berhibernasi..walaupun sekejap ja tp cukupla...nak pg spppaaainnnn..huhu
    x ajak pun...xnak kwn


  2. aiyok..nak ajak la. tp korg kan asyik nak hibernate bce buku je. huk3.. penat la. arini da start class. adeyh..