Bismillahirahmanirahim
Subuh di Dublin sekarang bukan calang-calang awalnya, memang amat menguji. Mau x, pukul 3.34 am dah subuh. Syuruk plak pukul 5.26 am. Terasa berat duvet bertambah-tambah dari 1 kg ke seberat kapal korek. Haih... Namun, kena la gagahkan diri jugak bangun. Azam melawan syaitan! Lagipun, aku penah dengar, orang yang solat di awal waktu, dia bersolat dengan para malaikat dan nabi-nabi. Urm, x pasti sumbernya. Tapi sedikit sebanyak membuatkan aku bermotivasi la jugak nak solat awal waktu (thou terlepas jugak solat lambat. huhu) Apapun, semoga Allah terima amal ibadah kita. Atas dasar keikhlasan sifat hamba.
Selepas subuh, tido semula. Haih... Resolusi x nak tido lepas subuh terpaksa digubal semula nampaknya. Kena cari kaedah lain ni. Urm, jangan tido lepas subuh tapi tido sebelum zohor. Ok? Nanti masalah lain la plak. Time zohor tu banyak plak benda nak kena bwat. Tau2 je dah zohor. (toink2.. pening mencari jalan). Ok sambung, dah nama tido lepas subuh, 'ter'bangun lambat la plak. Terkulat-kulat tengok jam dinding. Selari dengan angka 3. Wajib bangun! Ada lagi 6 jam sebelum Clinical Competencies revision class. Hari ni x de study group aka IRP. Hehe.. freedom sket (kantoi malas). Huish2, ape malas2 ni..
Bekerja secara efektif sebagai suri rumah kejap, then start breakfast. Bagi mengisi masa sambil mengunyah nasi yang Kak Mar masak, bukak la jap internet. Ligat serebrum mencari apa yang nak ditaip pada keypad. Tink! Luangkan masa tengok berita TV3. Cite PM nak naikkan pangkat pegawai penjawat awam. Bagus2, sokong. Berita pasal nak majukan belia-belia di Malaysia. Subhanallah, bagus juga. Kemudian masuk berita luar negara, cerita tentang Palestine. Hari Nakbah? Apekah itu? Lalu jemari kembali bertindak aktif, dengan sebelah lagi tangan menggaul2 nasi. H.A.R.I. N.A.K.B.A.H. Mr. Google membantu aku ke satu page yang menerangkan tentang hari nakbah. Haih, ceteknya ilmu...
Istilah nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestine.
Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestine (يوم النكبة - Hari al-Nakbah) pula merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestine secara sistematik dengan bantuan British dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal Bumi Palestine, orang Arab dan dunia Islam secara globalnya.
Urm... 15 Mei ni bukan sahaja penting sebab esok hari guru (dan birthday Kak Dya), tapi 15 Mei juga adalah hari untuk kita kembali mengingati rakyat Palestine yang sekian lama ditindas. Buat yang sedikit terlupa (seperti saya), ayuh kita bersemangat kembali!
"Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya" (H.R. Muslim)
"...Istilah nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia ..."
toing. terkene panahan! oops...
no worries.. aku lagi la.. cm kne lastik je. benjol kpale.. huhu..