http://www.sumintar.com/wp-content/uploads/2008/07/sumintar-saling-memberi-223x300.jpg

"Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

Tertarik dengan ungkapan ayat di atas yang aku petik dari sebuah filem yang baru selamat aku habiskan. Laskar Pelangi. Subhanallah, menarik sungguh. Filem yang menepati citarasaku- tiada cerita cinta yang bosan, bukan skrip yang kaku, kaya dengan mesej yang penuh bermakna. Bukan lah tujuan nak promote cte ni. (perhatian kepada yang sedang exam : jangan terinduce nak tengok filem ni ye. Save the best for the last. After exam pun insyaAllah bleh tengok lagi) Sekadar nak berkongsi intipati cerita ni.

http://katakandengankata.files.wordpress.com/2008/12/10child1.jpg
Gambar hiasan semata-mata

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak kampung yang rata-rata berasal dari keluarga miskin. Pendek kata, mereka ni x mampu nak menghadiri sekolah formal di bandar atas dasar ketiadaan wang. Nasib baik ada golongan yang sanggup berkorban nak bekerja secara percuma demi nak mendidik anak-anak yang berpontensi ni. Subhanallah, keadaan sekolah diorang memang daif sangat. (jadi, cuba bersyukur dengan keadaan RCSI yang tidak seluas bangunan universiti lain.Alhamdulillah, masih ada O'Flan yang luas dan selesa.) Penekanan ilmu agama sangat jelas dipertontonkan. Ilmu dunia penting, ilmu akhirat tu kewajipan.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
-Al-Rum : 64-

"Sekolah ini adalah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Keterdasaran bukan dilihat dari nilai-nilai, dari angka-angka itu. Bukan... Tapi dari hati..."

Banyak sangat adegan menarik dalam filem ni. Kagum... Paling aku terharu, kalkulator VS lidi. Teringat zaman Darjah 1 dulu, guna lidi kat sekolah. Up sikit, guna kalkulator 350/570. Sampai la ke tahap KMB, guna GDC yang mahal itu. Urm, teknologi memang membantu namun dalam kehidupan, usaha tenaga insan dan keazaman merupakan elemen terpenting. Teknologi jatuh di tangga kedua. Dengan berbekalkan lidi pun, anak-anak kampung tu boleh berjaya. Apa yang penting? USAHA!

"Dan orang-orang yang bejihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan"
-Al-Rum : 69-

Ada juga adegan cikgu dorg bercerita tentang Perang Badar. Simple. Yang penting adalah ibrah. Keinginan yang kuat utk mencapai cita-cita. Keberanian dan semangat pantang menyerah. 313 VS 3000. Bukan calang-calang. Keyakinan kepada Allah mesti kuat!

"Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskanNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa"
-Al-A'raf : 128-

Ok,setakat itu. Back to books!

http://gadissworld.files.wordpress.com/2008/09/lp.jpg
bear the Indon slang~heee. silap pemilihan pakaian je...
7 Responses
  1. i-sYah Says:

    baru tgk gak citer ni..
    i'm luv it...
    membuat diri in byk berfikir (^_^)


  2. cYiD Says:

    ulasa yang menarik...
    (tp x tergode utk tgk sblm exam nie sbb diri ini ingin tgk bende2 laen - gossip girl, greek 90210 and so on... huhuhu)


  3. Professor Pain Says:

    Baru pagi td cakap pasal pelangi. tiru! =.P


  4. i-sYah : eh? cmne leh smpai sini? jauh perjalanan.. hehe.. lama x jmpe. yups,luv d story too! =)

    cYiD : cyid, x soh tgk pun. =p bile nak bg cte team medical dragon? huhu

    Prof. Pain : urm, rasanya entri ni ditulis smlm. =p so sape tiru sape?


  5. Afham Says:

    A very reflective movie...
    Bersyukur la kita dikurniakan biasiswa utk belajar :)

    p/s: kekecewaan Boy slpas Alin berlepas ke Jakarta mmg takleh blah..hahah..seolah2 mengerti perasaannya :(


  6. hehe. owh da tgk juga cte tu? urm... xpe ee, aku mengerti perasaan itu. =p


  7. i-sYah Says:

    biasalah dunia tanpa sempadan...
    mrantasi ke sana hehe...
    lama x dengaq crita...
    msti bez kn blajaq sana...