Dalam kesibukan mengadap nota, cuba menghadam sebaik mungkin gambar-gambar yang 'menghiasi' nota (esp nota PB Collins), alhamdulillah Allah masih memberi ruang kesempatan untuk aku dan sahabat2 ku yang disayangi berkumpul selepas agak lama x bersua (ye ke?). Terasa macam best je sesi share masalah. Baru la tahu yang sebenarnya semua orang ada je masalah yang tersembunyi di dasar hati. Cuma x terluah je. Dari masalah jiwa sampai la ke bab study. Hehe.. Masalah memang bunga-bunga hidup. Tak meriah hidup tanpa masalah. Dalam kesempatan yang singkat tu, sempat la ktorg menyelak2 buku hadis 40. Kali ni hadis yang dipilih ialah hadis ke-19. Terasa nak sangat share kat sini.

HADIS 19

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahaianak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:

Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran
telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


Pokok Perbincangan Hadis :


1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:

Subhanallah. Kalau kita laksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan, Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta. Akan dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram. Ada ke orang lain yang nak offer benda macam ni?


2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:

Jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah. dalil bantuan/ Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).


3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:

memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.

bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.


4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar :

- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).


5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .


6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).


7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).


8) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .



Rasa sejuk je hati baca hadis ni, kan?

0 Responses