“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Luqman: 14)
Sempena Hari Ibu yang menjelang tiba, sekali lagi, blog ni menjadi tempat nak mengekspresikan perasaan nak balik Malaysia.
Hadith Pertama
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak dapat membalas ayahnya, kecuali anak tersebut mendapati ayahnya menjadi budak kemudian ia membelinya dan memerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Dawud)
Hadith Kedua
Dari Abdullah bin Mas'ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Amalan apakah yang dicintai oleh Allah?” Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah bersabda SAW: “Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Hendaklah kamu menjaga kehormatan nescaya isteri-isteri kamu akan menjaga kehormatan.” (Riwayat Thabrani dengan sanad Hasan)
Dari Asma binti Abu Bakar RA ia berkata: “Ibuku mendatangiku, sedangkan ia seorang wanita musyrik di zaman Rasulullah . Maka aku meminta fatwa kepada Rasulullah dengan mengatakan: “Ibuku mendatangiku dan dia menginginkan aku (berbuat baik kepadanya), apakah aku (boleh) menyambung (persaudaraan dengan) ibuku.” Baginda bersabda: “Ya, sambunglah (persaudaraan dengan) ibumu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: “Ketika kami sedang duduk dekat Rasulullah , tiba-tiba datang seorang lelaki dari (suku) Bani Salamah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, apakah masih ada sesuatu yang aku dapat lakukan untuk berbakti kepada kedua orang tuaku setelah keduanya wafat.” Baginda bersabda: “Ya, iaitu mendoakan keduanya, meminta ampun untuk keduanya, menunaikan janji, menyambung persaudaraan yang tidak disambung kecuali kerana keduanya, dan memuliakan kawan keduanya.” (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu (dari perbuatan) derhaka kepada para ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, menahan apa yang menjadi kewajipanmu untuk diberikan, dan menuntut apa yang tidak menjadi hakmu. Allah juga membenci tiga hal bagi kamu (yakni) desas-desus, banyak bertanya, dan mensia-siakan harta. (Riwayat Bukhari)
1. Beradab sopan seperti berlemah lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka. Bagi kita yang berjauhan ni, rajin2 la call mak. We'll never know how much it means to them. Trust me. ~abah pun kena call juga. ^_^
2. Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahir dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh, dan mencari rezeki.
3. Menziarahi mereka dan bertanya khabar. ~mungkin boleh menziarahi mereka dalam mimpi. Huhu. Doa senjata muslim. Gunakan!
4. Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan Islam. ~baik!azam saya cuti summer ni!
5. Tidak membantah kata-kata mereka.
6. Tidak menyakiti perasaan mereka. ~never ever!
7. Memberi sumbangan kebendaan terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
8. Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
9. Merawati mereka ketika sakit. ~Yes! InsyaAllah Dr.Fadzlina akan berkhidmat utk mak!
10. Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
11. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
12. Berakhlak mulia demi menjaga maruah ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita!
Urm, tidak dilupakan buat yang telah kehilangan ibu mahupun ayah. Yakinlah, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Jangan bersedih ye. Teruskan berdoa. Antara yang boleh dilakukan :
1. Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
2. Menunaikan janji mereka.
3. Memuliakan rakan-rakan mereka.
4. Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka.