Assalamualaikum.

11 days to go! 11!


MasyaAllah, mandi x basah, makan x kenyang [dah makan banyak pun x kenyang?], tidur tak lena macam dulu. Macam-macam bermain dalam otak. Ligat berputar-putar, pi mai pi mai tang tu. Semua benda dirasakan serba x kena. Immune system pula mula buat hal. Virus berjaya jugak meng'invade' semua immunity barrier, maka jadilah demam dan selsema. Rasa mahu cabut hidung, tapi itu hanya itu keselesaan sementara. Akibat ketidaktahanan, akhirnya si anti-ubat menggagahkan diri menelan Panadol Actifast setiap 4 jam sekali. Benar bagai ditulis, relieve symptoms tapi tidak pasti sejauh mana keberkesanannya merawat the actual problem-viral infection. Saya berdoa semoga immuniti badan mampu menentang kuasa jahat yang datang dengan perkasanya. Berusaha T cells dan konco2!

Syndrome yang sama melanda setiap kali musim ini tiba. Bukan musim spring, tapi musim exam. Tapi kali ini brain compression terasa lebih kronik dari biasa. Mengenangkan nota hardcopy mahupun softcopy yang meng'everest' tingginya, terasa unexplained palpitation. Urm, tapi sampai bila harus rasa begini? Masa 11 hari yang berbaki mesti digunakan dengan sebaiknya. Yes! Jangan tension hingga rasa nak campak buku, ia tidak membawa anda ke mana cik leen. Berusahalah dengan sedaya upaya ok. Ambil masa untuk bertenang dan be smart! Kalau tension di luar kawalan, call mak. Bila rasa tiada manusia yang mampu memahami bahasa manusia, call The Creator yang tidak pernah tidur atau pun lupa.

"Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction." [Ar-Rad :28]

Jangan lupa lazimi Al-Quran, banyak motivasi yang Allah beri. Luangkan sedikit masa bersiar-siar di St Stephen Park yang sangat indah ini. Belum pasti tahun depan [belum tentu esok juga], anda akan dapat berjalan-jalan di situ lagi. Jaga hubungan dengan manusia, dan jangan lupa hubungan dengan Allah. Nag Him!

"When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he called on Me: let them also, with a will, listen to My call, and believe in Me: that they may walk in the right way." [Al-Baqarah :186]



Mintalah pada Allah wahai manusia yang lemah. Dia Maha Mendengar. Tunaikan segala yang wajib, perbanyakkan segala yang sunat. InsyaAllah, Dia dekat. Jadi, teruskan berdoa ok! Jangan lupa berusaha juga! Gambatte!

~kembali mengadap nota Microbiology. Urm, macam mana pulak la bentuk virus dalam badan saya ek. Spiral ke?
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah,kini Ireland benar-benar dihiasi bunga-bunga. Subhanallah,cantik sangat! Sempat berpicnic bersama geng usrah setelah menghabiskan weekdays yang memenatkan di Beaumont. Jazakillah sisters!

Geng usrah saya! Gonna miss u guys this summer.

Setiap hari berjalan melalui kawasan ini. Terdetik hati mahu membawa anak berjalan-jalan di waktu petang. Bilakah.... Terima kasih teman dan adik-adik. Sepetang di Stephen's Green Park yang sangat indah,seindah tautan ukhuwah kita.

Subhanallah. Tidak perlu ke Holland untuk permandangan sebegini. Buat teman-teman, mari melawat Ireland!

Ok, izinkan saya ubah mood spring yang indah ke isu semasa. Bertukar! Baru semalam rasanya kami berhalaqah bercerita tentang berita menarik global mahupun tanah air.

Cerita Iceland yang menakjubkan. 'valcano dalam peti sejuk'.

The science of volcanic eruptions


Eyjafjallajökull Volcano: Volcanic ash causes travel disruption

Alhamdulillah tiada kecederaan yang dilaporkan. Cuma masalah flight delay je. Mampukah kita escape ketika bumi digoncangkan dengan sangkakala Israfil nanti? Paling penting, sudahkah saya bersedia?

Hari ini berkesempatan menjengah berita di tanahair yang dirindui. Dimulai dengan Utusan Online. Urm, headline tersebut benar-benar menyentap jiwa saya.

Astagfirullah..Mengucap panjang saya membaca keratan berita ini. Ini benar-benar melampau. Syaitan pun pastinya gerun dengan ke'syaitan'an manusia kini. Negara saya ke ni?

Termenung lagi. Geleng kepala. Tersenyum pun ada membaca berita ni. Bukan kelakar,sekadar pelik. Malaysia oh tanahairku...

"In family and personal matters, Muslims in Malaysia are governed by Shariah or Islamic law, which forbids the consumption of alcohol." -owh ye? Alhamdulillah KALAU betul-betul dijalankan.

The Malaysian show's official Web site said "the party is only open to non-Muslims aged 18 years and above. Previous major pop concerts in Malaysia, including one by the Black Eyed Peas in 2007, have always been open to Muslims." -moga Allah hindarkan mana-mana muslim.

She said the concert would not have been permitted at all under normal circumstances because government regulations forbid alcohol companies from organizing concerts. But authorities made an exception on the hopes the event would boost tourism, the official said on condition of anonymity because she was not authorized to make public statements. Guinness must not use its logo in concert publicity material, she said.

Urm, meriah lagi la jalan raya di Selangor nanti. Boleh teduh jalan dipayungi bendera-bendera. Budak-budak plak, happy la dapat pungut duit tampal poster. Paling kurang mesti ada 5-6 pondok-pondok tepi jalan, giat berkempen. Ada 4 calon- P Kamalanathan (MIC), Zaid Ibrahim (PKR) dan 2 parti bebas- S Chandran and Johan Mohd Diah. Semoga pemimpin terbaik yang akan diangkat naik nanti. [MasyaAllah, baru teringat. Belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Ish3, balik ni mungkin bleh ke pejabat pos berdekatan ye. Jalankan amanah anda.]

*klik headline untuk bacaan lanjut.

Ok,sekian sahaja sesi stretching. Back to work.
Berpinau mata menelaah nota? Mari pinaukan lagi mata anda.


Are these red lines are straight or wavy?

zoptic12.gif


These lines are straight although they do not appear so

http://i2.tinypic.com/xbhfmh.gif

Is the shape below a perfect square?

http://i1.tinypic.com/xbhhlt.gif

Black dot seems to appear everywhere in the intersection

Sorte Prikker.jpg

Circle Illusion, stare the circle in the centre of the picture.

zoptic5.gif

Scroll this page up and down and watch the center square magically move.

http://i2.tinypic.com/xbhkbt.jpg

Stare at the image below and slowly move your head toward and away from the screen.

http://i3.tinypic.com/xbhks9.jpg

Look at the red lines, do they appear to be wavy?

http://i1.tinypic.com/xbhl53.gif

Focus on the middle of the square

zoptic11.gif

Spider Effect

http://i2.tinypic.com/xbhlqr.gif

bookmarks: 0 comments | edit post
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'... (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Saya semakin kurang terurus, perlukan masa untuk kembali kuat mengharung hidup. Ya, memang sedikit lemah namun keyakinan saya pada pertolongan Dia tak pernah sirna. Semoga doa penduduk langit yang sentiasa bertasbih memujiNya ditambah dengan doa hamba yang tidak kenal jemu meminta, dapat mengarahkan pandanganNya kepada saya, meskipun pandangan itu adalah pandangan yang hina. Allah, bantulah aku dan mereka.

Hanya Allah yang tahu betapa ingin kembali ke sisi mereka yang disayangi. Namun perjuangan masih berliku sebelum sampai ke persimpangan itu. Semoga Allah jadikan liku-liku ini sebagai medium saya menjadi matang(yes!). Akif, 1 1/2 months to go! Gambatte!

bookmarks: 0 comments | edit post

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Pokok yang saya beli di Dunnes sudah makin berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah, berseri bilik saya dengan bekalan oksigen. Masih belum berkesempatan untuk buat taman bunga so sepasu pokok pun jadi la. Moga ia akan terus mendoakan saya.


Pagi ini cuaca cerah. Suka melihat keadaan di luar,terang benderang namun siapa jangka suhunya masih lagi mencecah 8 celcius. Biarlah kota Dublin ini terus bermain dengan kitaran cuacanya bak ECG (mungkin PQRS complex fluctuate lebih teruk lagi).

Ada hari cuaca indah sangat, siap boleh picnic kat Merion Park!


Ada hari cuaca suam-suam kuku, dah macam dekat sangat dengan summer
(bagus,dah makin dekat nak balik Malaysia)


Ada hari...masyaAllah, panas bukan main. Rasa nak campak coat.


Tengah elok-elok panas, tiba-tiba hujan pulak.


Paling menarik, salji pun x melepaskan peluang menjadi rakyat asing ketika musim spring ini. Haih, dublin dublin....


Urm, apa pun bersyukur la dengan setiap kurniaanNya. Sekurang-kurangnya masih dapat menggunakan semua deria untuk mengesan perubahan cuaca di Dublin. Sesiapa yang ingin berkunjung ke Dublin, pastikan anda bersedia dengan 'keunikan' cuacanya. Sediakan payung sebelum hujan ok! (sediakan duit lebih kerana payung anda mungkin akan patah 2,3 kali sebelum sampai ke destinasi)

Terfikir juga, memang begini ke cuaca Dublin sejak dulu? Urm, atau sebenarnya Allah berbisik, "dunia semakin tua dan tenat". Ya, dunia makin tua tapi saya? Makin wahan-cintakan dunia,takutkan mati? Astagfirullah....

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Al Hadid (57): 20)

Think of your brain as a muscle: It gets stronger with exercise. Your everyday mental tasks are like walking, but how about a real workout? Try these simple exercises to boost your brain power and clear away the fog of forgetfulness.

1. Use your non-dominant hand
Tackling new tasks improves brain capacity in younger people and has a restorative effect on mental faculties that are declining. Boost your brain power right now by performing everyday activities with your non-dominant hand. If you're right-handed, use your left hand to eat, drink, comb your hair, and brush your teeth. Try writing your name with your non-dominant hand or put your mouse pad on the other side of the keyboard.

Why does this work? The human brain starts declining after the age of 30 especially in women with each successive pregnancy. By exercising your brain through the use of non-dominant hand, you are stimulating the opposite side of the brain and activating blood flow, which
slows down the brain aging process and improves mental capacity. Evidence from functional brain imaging shows that the process of neuroplasticity -- the brain's natural ability to form new connections -- can be enhanced by studying new things, especially hand-eye coordinated exercises like developing the use of your non-dominant hand and practicing visualization meditation. For an effective guided visualization that will also increase your years, check out Meditations to Live to Be 100.

Stimulating communication between the two hemispheres even helps physical balance. Mind-body exercises like tai chi coach people to use the right and left side of the body equally. Try switching it up in sports. For instance, in tennis, switch the racquet to your non-dominant side and play.


2. Work out your brain
You have to use it or lose it! You can work out your mind just like you work out your body. Mental exercises that will keep your brain fit include doing crossword puzzles, playing chess, or memorizing names, shopping lists, and phone numbers. When I was a young boy, to keep my brain function strong, my father had me memorize Tang Dynasty poetry. Every day I had to memorize a new poem and recite it back. Learn the words to a poem or a new song and repeat them back from memory. Set aside the calculator and add manually instead. Keep challenging yourself with tasks that are new to you.

Whatever mental exercise you choose, the key to success is to practice every day at the same time; you are developing and activating new neural pathways, and consistent cycles will keep the brain on track.


3. Move your fingers to improve your brain
Many people marvel that Asian children seem so intelligent. It could be because they use their fingers more frequently. They eat with chopsticks and at one time, they used to compute with an abacus in school. In fact, some studies have been done with children who use an abacus daily, and findings show that engaging the fingers stimulates nerve endings that go directly to the brain, increasing circulation. Take advantage of this by practicing motor activities that use your fingertips, like crocheting, knitting, and other arts and crafts where you are manipulating small parts. Try playing the piano or a stringed instrument.

Here is an exercise you can do anywhere, at any time. Put one finger on top of the one next to it, then try to stack the next finger on top of that. Or hold a pencil or pen between your index and middle fingers, roll it over until it's balanced between the middle and ring fingers, then again to between the ring finger and pinky. This exercise has a beneficial impact on brain health for anyone at any age, but especially for people in their 40s, 50s and beyond -- when signs of brain aging starts to set in.

Why does this work? A map of the brain shows that the nerve endings on your fingertips correspond to more areas of the brain than any other body area, except perhaps the tongue and lips. Therefore, finger exercise and movements can be useful in stimulating the neurons in the brain. The National Institute of Mental Health conducted experiments that showed finger exercises enlarged the capacity of the participants' brains, increased connections between neurons, forged new neural pathways, and increased circulation to the brain areas. The researchers concluded that finger exercise contributed significantly to brain plasticity, the ability of the brain to renew itself. Increased circulation means more oxygen and nutrients for the brain cells and decreased waste products that clog up the brain.

4. Stimulate brain acuity with self-massage
To improve concentration and memory try this self-massage that stimulates two easy-to-find
acupressure points on your neck at the base of the skull. Cross your hands behind you with the palms cradling the back of your head, your thumbs in the grooves on each side of your neck, and your index fingers crossing one another below the skull, just above the thumbs. Sit in a chair, lean your head back, and let it rest against the pressure of your thumbs and index fingers. Slowly inhale deeply through your nose and exhale through your mouth, letting your whole body relax. Do this for three to five minutes. You'll increase blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles, which often tense up in response to stress, constricting blood vessels in the area.

You can find these, and many other brain boosting tips in my new book,
Second Spring. I invite you to visit often and share your own personal health and longevity tips with me.

May you live long, live strong, and live happy!

From: http://health.yahoo.com/experts/drmao/

bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

"Jangan tidur lepas subuh,nanti rejeki mu dipatuk ayam". Memetik dialog ibu Azam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Bangun hari ini dalam keadaan kurang ceria. Kenapa? Banyak sebabnya. Semoga Allah gantikan kepedihan ini dengan kesenangan,jadikan kesedihan ini di awal kebahagiaan dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. La tahzan!

Alhamdulillah tatkala membelek2 laptop,ada junior (jazakillah Erma) menyapa saya di YM, ajak join dengar kuliah subuh online di skype. Walaupun saya tidak mengenali Kak Rohana Mat Nor yang merupakan penceramah jemputan kuliah tersebut, kuliah yang diberikan memang mantop skali. Hadiah dari Allah di awal pagi tatkala kekuatan diri terasa agak goyah.

Tajuk yang dibawakan : 'BIDADARI ITU ADA DI BUMI'. Suka benar saya dengan tajuk tersebut. Sweet. As expected,masalah suara tersekat-sekat agak mentensionkan tapi sabo je la. Meh saya share pengisian pagi tadi.

GAMBARAN TENTANG NIKMAT DI SYURGA

“Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik, sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Waaqi’ah: 22-24)

“Seakan-akan bidadari itu permata yaqut dan marjan” (Ar-Rahmaan: 58)

“Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik” (Ar-Rahmaan: 70)

“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit di dalam rumah.” (Ar-Rahmaan: 72)


CHARACTER BIDADARI SYURGA

Imam Ath-Thabrany mengisahkan sebuah hadis dari Ummu Salamah.

"Wahai, Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli?" Beliau menjawab, "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, serta rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar."

"Lalu, bagaimana tentang firman Allah, 'Laksana mutiara yang tersimpan baik'." (QS Alwaqi'ah [56]: 23). Jawabnya, "Kebeningannya seperti mutiara di kedalaman lautan yang tidak pernah tersentuh tangan manusia."

"Jelaskan lagi kepadaku firman Allah, 'Di dalam surga-surga itu, ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan lagi cantik-cantik'." (QS Arrahman [55]: 70). Beliau menjawab, "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita."


Saya berkata lagi, "Jelaskanlah firman Allah, 'Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik'." (QS Ashshaffat [37]: 49). Beliau menjawab, "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit telur bagian luar."


PENCIPTAAN WANITA

“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari sari tanah, kemudian kami menjadikannya air mani pada tempat yang kukuh dan terpelihara (rahim) kemudian kami menjadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging kami jadikan tulang-tulang, maka kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta” (Al-Mu’minun: 12)


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” (at-Tiin: 4)


Anugerah Allah: akal, hati/ perasaan (jiwa), cantik, lemah lembut dan fana' (tua dan mati)


"Manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari yang bermata jeli?" Rasulullah berkata, "Wanita-wanita dunia lebih utama dari bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak dengan apa yang tak tampak."


"Karena apa wanita dunia lebih utama dari mereka?" Beliau menjawab, "Karena, shalat, puasa, dan ibadah mereka. Sehingga, Allah meletakkan cahaya di wajah mereka. Tubuh mereka seperti kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas."


BIDADARI BUMI


“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah.”

“Barangsiapa yang ingin melihat wanita bidadari syurga, hendaklah melihat Ummu Ruman.” (Hadith)

Nak berkenalan dengan Ummu Ruman? Klik sini


CHARACTERISTIC

Karekter bidadari syurga adalah cerminan bidadari Bumi. Kesempurnaan ciptaan Allah (wanita) lebih sempurna dengan kembali kepada Allah.


1. Kenali Allah (makrifatullah)

-rububiyah

-uluhiyah


2. Kenali diri sendiri

-hakikat seorang hamba

-setiap yang hidup pasti merasai mati -ini wanita bijak!


3. Taat kepada perintah Allah swt

- mencintai Allah dan Rasul Nya melebihi dari yg lain2

“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar ..” (Luqman: 13)


4. Keelokkan akhlak yg tinggi


Ini bukan cerita Miss World di mana nilaian kecantikan diletak atas kayu ukur cantik dan bijak. Bidadari Bumi akan menjadi ketua bidadari di syurga insyaAllah. Jadi, kena la behave selayaknya kan.

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak (manusia)”


5. Syurga adalah cita-cita tertingginya.


MasyaAllah. Bersyukurlah kita diciptakan sebagai wanita.


Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji“. (Luqman: 12)


Dengan nature agak emo2, Allah bagi kita ujian untuk berikan ganjaran yang best di akhirat kelak. Kalau pun kita x dapat menang Miss World, jom kita berusaha jadi bidadari di syurga dari bumi, insyaAllah. Kalau anda lelaki, didik isteri anda agar menjadi ketua bidadari di syurga nanti ok.

Pengisian yang diberikan ada dalam buku ini.


"Kejarlah redha ALLAH pada amalmu,Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi,tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit"


bookmarks: 3 comments | edit post