This is going endless!
Sudah 4 hari saya dan beberapa orang housemates berkemas membersihkan rumah ini. Tapi masih ada sahaja yang berbaki. Sampah bertimbun-timbun, tidak tahu di mana destinasi akhirnya. Tong sampah sudah membukit,tidak mampu lagi menerima muatan tambahan. Gastrocnemius muscles sudah mula membengkak di kedua-dua belah kaki. Turun dan naik tangga bukan sesuatu yang mudah sekarang. Setiap sendi menjerit-jerit.
Sudah 4 hari tidak call rumah. Selalu sedar2 Malaysia sudah pun pukul 2,3 pagi. Tidak mahu mengejutkan mak yang mungkin sedang enak tidur. Bad. Saya mungkin menangis sebaik sahaja mendengar suara mak. Itu pasti merisaukan mak. Not good.
Buku dan nota masih tidak bersentuh. Terlampau selesa exam akan bermula lagi 2 minggu? Tidak! Cuma terlalu penat untuk menelaah buku. Malam yang tinggal selepas seharian digunakan untuk mengemas rumah adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk tidur.
Ditinggalkan housemates yang bakal pulang ke Malaysia dalam beberapa hari. Saya tidak tahu apa yang bakal terjadi.
Penat + homesick + low motivation.
Ini tidak bagus. TIDAK BAGUS.
I know.
Doakan saya.
Selamat berpindah ke rumah baru lah. Menarik gak setiap tahun berpindah, aku jugak bakal duduk umah sama utk tahun ke 4.
selamat berjuang la utk exam. Mesti lps punya. Btw, cantik layout blog n nama blog baru~
Tidak menarik ee. Tidak menarik.
Tenkiu. Doakan kami di sini. :)