Ini bukan baru konflik bagi saya. Sejak dari kecil hingga saat ini, meninggalkan sifat bersangka buruk terhadap orang lain terasa begitu sukar bagi saya. Bukan saya tidak pernah cuba, namun seringkali terlupa. Memandang ke arah orang yang tinggi, 'eleh,bangga la tu'. Memandang kepada yang rendah, 'ish2, apa la dia buat ni. x penah kemas umah ke apa?' etc . Pantang ada yang tidak berkenan di mata atau mana-mana pancaindera, secara automatik lintasan jahat berselerakan memenuhi ruang hati, bersepah. Bezanya, ada yang dizahirkan dengan lisan, ada yang hanya sekadar dipendam dan kemudiannya makin bercambah-cambah. Allah, ampunkanlah keterlanjuranku.
Seorang kakak pernah mengingatkan, tundukkan pandangan ketika berada di mana-mana terutamanya ketika di rumah orang. Jangan biarkan hati berserabut dengan lintasan yang bukan-bukan. Btol3.. Penat sebenarnya bersangka buruk dengan orang ni. So, marilah kita sama-sama mengelakkan sifat bersangka buruk dengan orang lain. Hidup mesti lebih bahagia dan ceria seperti Upin dan Ipin! =D
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Seperti mana kita jangan bersangka buruk dengan manusia, jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Al-Khalid [lebih kepada pesanan untuk diri sniri]. Sentiasa yakin dengan qada' dan qadar yang telah ditetapkan untuk kita. Ilmu yang dipinjamkan Allah ini tidak sampai setitis daripada seluruh lautan yang ada. Jangan tension ye. Risau pun jangan. Allah kan ada. Dia Maha Mengetahui. Allah itu dekat kepada setiap hamba-hambaNya.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang ( pengetahuan ) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, " [Qaaf : 16]
"Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini : Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda ( pengabulannya ) demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya." [HR. Imam Ahmad dan AI-Hakim]
Kesimpulannya, elakkan bersangka buruk dengan sesiapa pun. Seperti mana kita mahu menerima pandangan yang baik daripada orang lain, orang lain juga mempunyai hak yang sama. Jangan sangka buruk dengan orang ek leen.
Siapalah saya untuk menafsir orang lain sedangkan diri penuh dengan cacat cela.
p/s : Pineal gland, anda x nak plak rembes melatonin banyak2 ek after exam. Before exam bukan maen lagi ye..