Assalamualaikum wrt wbt.

Freezing! Literally freezing. Macam mana la ada orang boleh decide untuk menetap di Alaska, Finland, Sweden dan negara lain di mana matahari menyapa cuma lebih kurang sejam dan selebihnya bergelap dalam kesejukan. Variasi sungguh ciptaan Tuhan ni. :)

Hari ini adalah hari yang agak sibuk di surgery (bukan OT,surgery=clinic=small room for consultation). Usually it would be really quite on Tuesday but today is exceptional, so many people get affected by the freezing weather I guess. I saw aplenty of good cases today~family conflict, massive ovarian cyst, varicose veins, thyrotoxicosis, tons of respiratory illness, psych problem, meibomian cyst (fancy name for 'ketumbit'), and list goes on. I know, I know it's not as interesting as the case u might come across in the hospital. But still, common thing are still common, and u must know them by heart. It's funny how the medical staffs use the word 'interesting' for severe/rare disease. The more severe it is, the more interesting it would be.

Right,so today I learnt a couple of good lessons.

(Melayu semula,takut GP google nama saya dan jumpa) Sesungguhnya saya kena banyak-banyak bersyukur dilahirkan dalam Islam yang telah menetapkan hukum hakam yang terbukti mempunyai banyak hikmah. Betapa banyak penyakit yang terjadi disebabkan alkohol,rokok,zina dan pelbagai kebiasaan lain yang ada di dunia Barat ini (well,sadly kat Malaysia pun dah banyak). Setelah 4 tahun bergelar pelajar perubatan, terutama sekali ketika berada di clinical year, betapa terbukti pengetahuan Allah sebagai Pencipta tentang kemudharatan yang boleh dibawa oleh benda-benda yang diharamkan dalam Quran atau sunnah.

Sebagai contoh, Ireland merupakan salah satu negara yang begitu terkenal dengan 'binge drinking' mereka. Malam jumaat bagaikan pesta bagi seluruh isi kota (kecuali masih ada yang anti alcohol for medical reason). Tatkala berjumpa dengan pesakit yang datang dengan pelbagai penyakit hati (liver disease), alcohol adalah antara penyebab utama mereka mendapat katil berbayar di hospital. Kadang- kadang dalam rasa simpati,terbit juga perasaan 'padan muka' kepada golongan ini. Sanggup berhabisan duit semata-mata untuk merosakkan hati sendiri. Say no to alcohol! (klik)


Merokok juga isu biasa. 60 batang rokok sehari. Celah mana mereka jumpa masa nak merokok pun tak tahu la. Lebih kurang 4 batang rokok dalam masa sejam kalau ditolak waktu tidur (itu pun mungkin mimpi rokok?) Isu ini sama sahaja diperkatakan di Malaysia, namun isu ini lebih menjadi-jadi di sini. Suhu yang sejuk selalu dijadikan alasan, padahal banyak je heater yang ada kat sini. Kalau di Malaysia, jangan buat hal. Dah sah-sah haram. Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. Saya sangat bersyukur abah sudah berhenti merokok tidak lama dahulu. Saya faham berhenti merokok memerlukan masa dan jihad yang cukup kental. But think about it, kan dapat pahala jihad? Sekarang pun dah banyak nicotine patch dan siap ada klinik berhenti merokok lagi. Tak guna melabur untuk kematian. Lebih elok melabur dengan Takaful Ikhlas. :D


Zina. Aish, saya rasa bersalah setiap kali berjumpa dengan pesakit di sini. History taking yang baik perlu meliputi segenap aspek perubatan, keluarga dan sosial. Janggal sungguh rasanya bila pertama kali terserempak dengan seorang wanita yang mempunyai 3 anak namun bila ditanya tentang suami, beliau dengan selamba menjawab. 'Umm,I'm not married. I'm living with my mum now'. Bagi budak kampung seperti saya, mahu rasa nak tercabut rahang mendengar jawapan tersebut. Nasib baik mata tidak tersembul keluar dan masih mampu meneruskan history taking. Setelah beberapa lama berada di clinical years dan acapkali berjumpa dengan kes begini, saya jadi semakin lali dan biasa dengan isu begini. Ia adalah budaya biasa mereka,tiada apa yang pelik. Lali dan biasa. Tiada lagi jatuh rahang atau mata tersembul. Malah boleh pula minta maaf kalau tersalah guna perkataan 'husband' instead of 'partner'. Namun, ketika mendengar ceramah seorang ustaz tidak berapa lama yang lalu, saya rasa sungguh bersalah kerana menjadikan isu 'single parent' sebagai list perkara biasa dalam history taking.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman. [HR Muslim]

Membenci dengan hati, dan itu selemah-lemah iman. Selemah-lemah iman. Kalau perkara seperti arak, rokok dan zina dianggap perkara biasa/rutin dalam history taking, maka di tingkat mana lagikah iman di hati? Allahu, ampunkan saya. Mulai sekarang, perlu cuba menasihati mereka dan sekurang-kurangnya tergetus rasa benci di hati. Ini bukan perkara biasa, ia perkara yang Allah murkai.

Sesungguhnya peluang belajar di tempat orang ini banyak memberikan pengajaran secara tidak langsung kepada saya. Kadang-kadang hati jadi kagum dengan 'keislaman' orang bukan Islam di sini apabila bercakap tentang aspek kebersihan dan budi bahasa. Betapa cara tarbiyatul aulad mereka sedikit sebanyak perlu dicontohi. Keterbukaan mereka dalam berkongsi buah fikiran memang tidak dapat dinafi. Sayang sekali rasanya beberapa orang yang tersangat baik yang saya jumpa, namun masih belum mendapat hidayah Allah. Semoga Allah yang memegang hati makhluk mengurniakan hidayah buat hati ini dan mereka yang berada di sekeliling.

time for GP portfolio!smile and no stress!

nota metatarsal : bila ditanya tentang betapa peliknya saya menahan diri dari makan dan minum (puasa) oleh GP, serentak itu saya berkata 'well,apparently nobody dies from fasting.but aplenty do due to alcohol,isn't it?' funny.
Assalamualaikum wrt wbt.

Bertemankan semangkuk mee segera dan se'mug' milo, saya membuka puasa sunat 9 Muharram sendirian di golf house yang mewah dan selesa ini. Ironi,rumah besar tapi makan megi. Apa nak buat,saya bukan jenis yang begitu kisah dengan makan, apa sahaja saya terima except seafood. Funny,medical student tapi hentam jugak makan megi. Darurat ni, tak lalu dah makan roti Aldi. (mesti mak menangis kalau terbaca ni)

Sepatutnya 'kelas' saya bersama GP tamat pada jam 5 petang namun GP saya begitu teruja bercerita tentang kisah memancing, sesi fotografi, cerita rindu pada anak-anaknya, membawa saya melawat studio beliau yang 'wow' di tingkat atas surgery (aka klinik), cuaca di Malaysia, dan beberapa isu non-medical lain, saya cuma tercegat di pintu pagar luar menunggu teksi tatkala jam menginjak pukul 6.10 minit. Musim sejuk telah bermula sejak pertengahan bulan November lepas. Saya benar-benar maksudkan sejuk. Sejuk di mana cuaca mencecah 5-6 celcius. Buka peti ais dan duduk di dalamnya buat seketika, macam tu la :) Tapi alhamdulillah masih belum snow. Ada ura-ura mengatakan Ireland tidak akan dilawati makhluk putih dari langit itu tahun ini tapi siapa tahu... It's Ireland anyway. Bandar bersebelahan, Belfast sudah pun dilitupi salji. Dublin, tunggu saya balik dulu kalau nak snow pun ok!

Usai menghabiskan megi yang dimakan dengan perasaan bersalah, saya terfikir-fikir perbincangan saya dan GP di surgery petang tadi. Berkali-kali beliau menasihati saya supaya mempunyai hobi/interest. 'Have something that would make u look forward to wake up the next morning'. Kemudian terus bercerita tentang minat beliau yang memang wow. Fishing,photography, music arrangement, choir recording,list goes on. Bagi GP saya,beliau mahu mengejar kepuasan hidup, melakukan apa sahaja yang beliau minati tanpa halangan. How could he has time for all of that? I wonder, that's why he ends up as GP instead of becoming a consultant in the hospital anyway. But he's a really nice guy. Inspiring in some way :)

Apa yang membuatkan kita bangun setiap hari? Apa yang kita kejar tatkala matahari mula menjenguk bumi? Apa yang menjadikan kita terus tabah menjalani setiap hari yang disulami beraneka perasaan? Apa yang mendorong saya untuk melepaskan pelukan duvet dan tegar melangkah ke kelas setiap hari? Apa yang benar-benar memberikan motivasi buat saya?

Hidup tanpa tujuan ibarat kapal tanpa layarnya. Jauh perjalanan tanpa arah. Sesat dan rugi. Lalu apa sebenarnya tujuan hidup saya? Itu perkara yang perlu difikirkan sepanjang hari ini insyaAllah. Tujuan yang akan memandu setiap perlakuan dan reaksi. Khalifah bagaimana yang saya ingin jadi?

Putting my thinking cap on.

nota metatarsal : syukur bukan hanya dengan mengucapkan 'alhamdulillah'. itu hanya lafaz syukur. syukur yg sebenar ialah membesarkan Yang Memberi Nikmat melalui perlakuan.
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Pelbagai aktiviti saya cuba lakukan untuk membuang rasa malas ke rotation yang bersarang sejak pagi di lubuk hati. Dari mengemas buku, masak, baking, mendengar ceramah, bertapa menyiapkan Clinical Encounter Sheet (baca:EBM), hinggalah ke masa ini mengupdate blog.

Dengan suhu di luar yang semakin menjunam. Sejuk terasa hingga ke tulang. Sweater RCSI yang telah lama bersemadi di dalam almari kini menjadi teman 24 jam. Bayangkan mahu mengharung kesejukan ini ke Heuston Train Station dan menunggu taxi di Portarlington Train station. Allahu!

in denial nak g rotation.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Jadi,mahu atau tidak. Berat atau ringan. Saya mesti teruskan perjalanan hari ini ke bumi Portarlington untuk menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie yang sudah banyak ilmu pun sanggup belayar membelah lautan untuk menuntut ilmu, apatah lagi saya yang sangat cetek ilmu di dada. Bongkak benar kah?

Barangsiapa yang menempuh satu jalan semata-mata untuk mencari ilmu,nescaya Allah akan memudahkan baginya dengan usahanya itu satu jalan ke syurga (Hadith riwayat Muslim)
Lalu saya menyeru diri sendiri untuk menjadi lebih rajin dan produktif minggu ini. Malam ini sampai di bumi Portarlington yang damai dan serba mewah itu, saya ingin menyiapkan sekurang-kurangnya 50% assignment saya. InsyaAllah.

Doakan saya :)

nota metatarsal : musim sejuk juga sinonim dengan musim exam. Maka buat mereka yang sedang bermujahadah bersengkang mata untuk exam, semoga Allah permudahkan urusan. Jangan lupa usaha,doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan setinggi-tinggi kecemerlangan,kejayaan yang mendekatkan diri kepada Yang Memberi Nikmat.
Assalamualaikum wrt wbt.

Sebulan dan terus mengira. Alhamdulillah hari ini diberi ilham untuk kembali melawat blog yang kian bersawang ini. Sedikit updates, saya kini sedang ber'rotation' GP (general practice). Saya dihantar ke Portarlington,County (maksudnya daerah) Laois,lebih kurang 40 minit dari Dublin dengan menaiki train.

Unlike rotation Paeds yang agak sibuk, rotation kali ini agak relaks dan memberi saya banyak peluang untuk 'menggodek' video-video di Youtube yang selama ini hanya tersimpan di ruangan 'watch later'. Masa lapang ini agak membunuh saya. Seriously. Tambahan pula, saya ditempatkan di sebuah golf house milik hotel 5 bintang bersama seorang rakan RCSI dari Singapore. 4 bilik,3 bilik air,spacious kitchen,dining hall,2 living room with tele. Allahu,memang x zuhud langsung!

Saya di'assign' seorang GP, Dr.FM, seorang lelaki berusia separuh abad yang sangat baik hati. Unik benar GP saya kali ini. Di tingkat atas surgery beliau terdapat studio untuk merakam lagu. Ya, dia memang agak obses dengan muzik. Selain subjek medicine,saya juga diajar tentang beberapa alatan muzik dan lagu tradisional Irish oleh GP saya yang cool ini. Kadangkala hal yang kami bincangkan lebih bersifat falsafah dan pengalaman hidup. Rasa seperti bercakap dengan seorang datuk gayanya. Berkali-kali beliau berpesan 'Different people has different intention of why they decide to be a doctor. As u said, some people want to help others,which is very noble. But some of them are so money-oriented. Don't be one'. InsyaAllah,tidak. Tegur saya sama ada dengan lemah lembut atau keras andainya saya menjadi seorang yang mementingkan duit. Video ini cukup inspiring buat saya :


'Kalaulah saya tidak bermanfaat lagi pada dunia ini dan keluarga,biarlah Allah ambil saya. Selagi saya bermanfaat, panjangkanlah umur saya sebab nak buat manfaat sebanyak mungkin sebab Allah paling sayang orang yang bermanfaat'

Allahu,5 kali menonton video ini dan saya masih lagi boleh menitiskan air mata. Betapa hebatnya wanita ini dengan acuan Islam yang benar-benar diserlahkan dalam perlakuan. Benarlah orang kata, 'benda yang ikhlas datang dari hati akan terus menuju ke hati yang lain'. InsyaAllah masih ada peluang untuk berusaha menjadi sehebat itu. :)

For now, please finish your GP upload fadzlina. :) I'll be back.

Tiba-tiba teringat nak makan daging lembu. Dah lama asyik makan ayam je.



Err...macam x menjawab soalan je?

tenang pun boleh dapat sokongan.


bookmarks: 0 comments | edit post