And this worldly life is not but diversion and amusement. And indeed, the home of the Hereafter - that is the [eternal] life, if only they knew. [Al-Ankabut:64]
urm..dalam kesemangatan nak membaca ni. terjumpa satu artikel.
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."
Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.
Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.
Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.
Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”
Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.
Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.” Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!
Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.
Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.
Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.
Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.
Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).
Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.
Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.
Lama sungguh x update blog ni.. haih.. Konsep istiqamah yang masih samar-samar. urm.. leen2... Sebenarnya x ada benda penting pun yang ingin aku kongsikan. Tetiba tangan terasa ingin menulis. di saat mulut terasa berat nak berbicara. huhu... lambatnya hari ini berlalu. mengenangkan project HBS yang masih belum siap, ok... hari cepat berlalu. kontradiksi monolog dalaman dalam konteks yang berbeza. urm, tinggalkan seketika cerita monolog dalaman yang x abes2.
tadi selepas maghrib, bercerita seketika dengan housemates2 ku yang tetiba ceria laen macam. haih... aku plak yang kemonyokan tanpa sebarang sebab. (well, mungkin ada). urm tajuk hari ni, buku yang anda suka baca. aiyak! toink3...
sedar diri plak dah lama x sentuh buku. buku selain daripada monkhouse dan lippincot la. urm, teringat kembali azam lama nak habiskan buku "Men Are From Mars, Women Are From Venus". haih... masih jauh perjalanan nak habiskan buku tu. insyaallah, akan mula baca balik buku tu. masih berbaki satu lagi buku yang aku target nak habiskan chapter Upper Limb Monkhouse, kemudian insyaallah aku akan mengadap kamu ye buku yang sangat best. =) this time for REAL. hehe...
mengenangkan topik bacaan yang diutarakan tadi, serebrum pantas mengimbau kembali kenangan time form 3 dulu. klaka la ingat kawan2 aku semangat je baca buku novel cinta. Ahadiat Akasyah. Sharifah ape ntah. banyak la. takut kena rampas, siap balut macam hadiah lagi. pass around buku tu then sama2 buat ulasan sendiri. hehe. aku je jadi pihak terkecuali. jelas, novel cinta bukan untuk aku. biar la orang kata baca novel boleh timba pengalaman pun. x terbuka pintu hati nak baca pun. biar la pengalaman tu aku yang corak sendiri. kalau susah2 sangat, kay kan ada. our dr.love. hehe...
zaman muda2 dulu, aku baca buku apa ek.. urm ingat lagi zaman tu suka sangat baca crita budak2 kat asrama. ala yang cerita kembar perempuan tu. sapa ingat? owh.. time tu sangat semangat pinjam kat library sekolah. memang habis la aku baca sampai abes siri tu. semangat. baca jugak Enid Blyton. siri penyiasatan. hehe.macam2...
sekarang ni. zaman dah berubah, dunia dah maju. so, aku pun kena la maju jugak seiring dengan zaman. hehe. xleh la jadi macam zaman dulu2 lagi. bahan bacaan kena la 'up' lagi jugak. parallel dengan umur yang dah 'up'. *tua plak rasa* so, seperti biasa, nak buat resolusi baru. kena habiskan at least satu buku sebulan! kena. kena. kena. penegasan 3 kali ye. insyaallah.
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan; Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia" Al-Alaq : 1-3
nak jadi doktor pun, kena la jadi doktor yang berilmu. bukan takat ilmu anatomy je. x cukup dengan hanya biochemistry. bak kata mak, 'jadi doktor ni susah, bukan nak rawat penyakit yang nampak je, penyakit yang x nampak pun doktor kena ambik tau'. hehe... teringat mak aku yang bengang2 crita pasal doktor gigi yang sangat la suka ati je cabut gigi mak dgn kasar. bengang mak. well, sakit gigi la katakan. 'mungkin doktor tu gaduh ngan suami dia kot'. aku cuba membuat hipotesis. hehe. jarang nampak mak marah. jadi kali ni aku tau la yang doktor tu memang btol2 cari pasal. mak2... rindunya... sempat jugak mak ingatkan aku, 'nanti kalau nak rawat pesakit tu, jangan lupa baca doa atau sekurang-kurangnya bismillah. tenang sikit pesakit tu'. macam2 pesanan mak- penangan geram dgn dentist tu.
mak btol. insyaallah tengah berusaha la ni nak tambahkan ilmu kat dada ni. insyaallah. kena banyakkan membaca. yes! mari kawan2. jom baca!
"Dunia ini tidak akan mencapai kebaikan dan umat manusia tidak akan mencapai kerehatan, ketenteraman, ketinggian, keberkatan, kesucian dan keselarasan dengan undang-undang alam buana dan fitrah hidup yang suci melainkan dengan kembali kepada Allah" -Muqaddimah Fi Zilal Al-Quran by Sayyid Qutb-
indahnya malam ini. tenang. sambil mendengar alunan lagu Melawan Kesepian, aku menyelak2 lecture notes. haih...moga dipermudahkan urusanku. moga Allah berkati ilmu ni. urm... terus membaca.
tetiba otak aku teringat sesuatu. urm...hari ni Maulidur Rasul. sunyinya suasana. kalau sekarang ni kat Malaysia, mungkin dah sibuk2 buat sambutan Maulidur Rasul. kalau kat KMB(Kolej Mara Banting) plak, mungkin ada perarakan sempena mengingati kelahiran Rasullah s.w.t yang amat kita sayangi. huhu... yang kita sayangi.
huhu. terasa sayu hati membaca khutbah wida' Rasulallah yang kita sayangi. terus aku tukarkan lagu yang aku tengah dengar dengan selawat nabi.
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'
"cukupkah dengan selawat nabi? xde ke apa2 yang lain untuk sambutan maulidur rasul kali ini selain selawat?" aku mula menyoal diri. bertanya pada akal yang telah lama berhenti menilik nota Molecular Medicine. saban tahun, ini yang akan aku lakukan. alhamdulillah kelompok persekitaranku yang baik selama ini sentiasa menyedarkan aku dari lalai mengingati tarikh kelahiran nabi. alhamdulillah. namun, entah kenapa, tahun ini aku terasa kekosongannya. aku mahu lebih dari sekadar berselawat ke atas nabi, mendoakan Baginda.
dalam keadaan yang hampir nak demam semula, hatiku turut sama terasa sakit. sesak. ini bukan dyspnoea pastinya. haih.. besarnya harapan Rasulallah.. kalau la Baginda ada bersama hari ni.. ya Allah... kecewa. huhu. mungkin baru sekarang aku sedar. tanda kita sayangkan Nabi bukan sekadar selawat. ikutilah sunnah Baginda. jauhi apa yang Baginda larang. yups! kalau itu yang aku buat sebab menyayangi mak dan abah, perasaan sayang ini akan kuterjemahkan dalam makna yang lebih dalam -perbuatan.
sekurang-kurangnya malam ini, aku tak lagi terasa kekosongan yang teramat. bagiku, sambutan kelahiran Nabi cahaya seluruh alam pada tahun ini lebih bermakna. menangis terasa ingin benar bertemu kekasih Allah yang satu ini.
Do not undermine your worth by comparing yourself with others. It is because we are different that each of us is special.
Do not set your goals by what other people deem important. Only you know what is best for you. Do not take for granted the things closest to your heart.
Cling to them as you would your life, for without them, life is meaningless. Do not let your life slip through your fingers by living in the past nor for the future. By living your life one day at a time, you live all of the days of your life. Do not give up when you still have something to give. Nothing is really over until the moment you stop trying. It is a fragile thread that binds us to each other.
Do not be afraid to encounter risks. It is by taking chances that we learn how to be brave. Do not shut love out of your life by saying it is impossible to find. The quickest way to receive love is to give love. The fastest way to lose love is too hold it too tightly. In addition, the best way to keep love is to give it wings
Do not dismiss your dreams. To be without dreams is to be without hope. To be without hope is to be without purpose. Do not run through life so fast that you forget not only where you have been, but also where you are going.
Life is not a race, but a journey to be savored each step of the way.
sempena kedatangan musim spring yang pastinya indah, Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) menganjurkan satu program yang catchy lagi comel - Cuti-cuti Musim Bunga. sebelum aku fly dulu, penah la gak dgr senior2 dok cte pasal aktiviti kat sini. sungguh excited aku time tu. well, syndrome b4 fly. hehe.. alhamdulillah skang ni Allah pilih gak aku untuk merasai sendiri pengalaman ccmb kat sini!
haih...mati2 la aku ingat CCMB tu macam PUISI. maksudnya program yang skali harung je seminggu ke. ala2 camp la. rupa2 nya aktiviti sebulan (walaupun actually hujung mggu je yang ada xtvt). urm.. secara paksarela dah pasrah jugak la aku jadi AJK Penerbitan. mula-mula tu macam x stuju gak la kan tetiba je diberitahu, 'anda dilantik sebagai AJK Penerbitan' haih... sabo je la.. tapi relek je. xde la marah2 pun. hehe..
hoho sebab jd AJK Penerbitan ni la aku da boleh menggunakan wordpress instead of blogger je. penekanan ye.. 'boleh' dan bukannya cekap. memang btol la ckp qilah tepung. wordpress ni memang agak complicated. tambahan pulak untuk orang yang x de la mahir mana sangat pun pasal IT. aku la tu. xpe la. usaha tangga kejayaan. =)
alhamdulillah.. setelah menghabiskan masa sehari suntuk dengan jayanya tanpa menyentuh langsung lecture notes, terhasil la jugak blog CCMB (klik) yang serba sempoi ni. alhamdulillah!
ok sambung study. saje je nak stretching2 jari ni. kot2 la bleh melegakan flu kan. (haih... penat MARA antar blaja sampai ireland. ape kaitan la exercise jari dengan immune system.. heeee.) jom! chaiyok2!
p/s : mari kte sama2 doakan sahabat saya yang kehilangan basikal a.k.a bini pertamanya. amin...
urm... tetiba tangan ni terasa ringan nak menulis setelah sekian lama menghibernatekan diri. tengah menunggu waktu tengah malam untuk call mak tersayang. haih.... lambatnya nak balik Malaysia (dalam pada masa yang sama,cepatnya dah nak exam sem 2!!!) uhuk3....
bagi meraikan tajuk yang aku pilih untuk entry kali ni, memang ada tujuannya aku memilih untuk meluangkan masa menulis kali ini. sebagai ingatan untuk diri sniri yang x penah2 reti nak ingat kot. sebenarnya azam cuti sem 1 aritu -nak abeskan movie marathon wonderful life x berjaya dilaksanakan. aku memang kurang istiqamah sket. haih.. tapi mungkin ada sebabnya jugak kot. urm...
kebetulan, sebelum aku sempat nak menghabiskan marathon movie dengan jayanya, aku ada la pegi satu program ni kat Galway. alhamdulillah... ada sebab Allah pilih aku ke sana. Allah always knows best.
urm...video ni ditayangkan before kitorg bwat LDK. menarik sangat2 la LDK tu. kena berlakon jadi watak syaitan dan watak manusia. memang pandai gle kot budak2 kat situ berlakon termasuk la aku skali kan. klaka pun ada. sakit perut nak pecah usus asyik sangat dok gelak. haih... x kering gusi dan gigi asyik dok gelak. riuh btol... tapi, jauh di dasar hati, aku tau, aku sedang gelakkan diri sendiri. entah kenapa aku paling tersentuh waktu lakonan syaitan tengah memujuk manusia time tengok movie. movie korea. bingo! pelakon2 sangat la berbakat. aku terbayangkan situasi tu di bilik aku. ya Allah selama ni macam tu ke syaitan ni keliling aku. patut la asyik dok melagha je. gelak tu gelak jugak,tapi rasa bodoh tu lebih menguasai diri. bodohnya manusia...
aku rasa geram sangat tengok video tu! mungkin ramai je yang dah penah tengok youtube tu tapi aku x penah tengok lagi la. alhamdulillah aku memang susah kena virus youtube kot. virus laen tu bleh tahan la. adeyh... urm.. nak kata ape ek.. bukannya Allah x pesan dalam Quran.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
Ya Allah leen... apa nak jadi ni...masa tu aku rasa sedih sangat. tertipu dengan syaitan. mesti syaitan gelak2 je. baek la aku baca monkhouse ke, buat benda2 yang lebih berfaedah daripada tengok movie. alhamdulillah, Allah sayangkan aku. Selama 21 tahun hidup, Allah pilih Galway sebagai tempat aku sematkan azam dalam diri. SAY NO TO KOREAN MOVIE! sebenarnya bukan aku x sedar aku x dpt pape pun tengok movie korea tu. sedar je diri. tapi xtau kenapa susah sangat nak sekat kemeluapan perasaan nak tengok cite yang banyak orang cakap best gilest! sempat aku tengok sampai episode 6 kot. dalam pada khusyuk2 tengok tu pun aku terasa gak cam buang masa je tengok tapi...tu la kan syaitan yang dedikasi menjalankan tugas. haih...
jadi, dengan ini, aku berazam. xnak buang masa tengok cite korea lagi. tapi logik akal ade je nak je melawan.
"ala relax r, kalo tengok cite korea pun, nanti buat benda melagha laen plak...". "lorh.. bleh pe blaja sumthin dari movie korea ni. leh la blaja ckp korea/jepun. senang nak g lawat negara orang."
huhu... apa pun alasan yang hati dan otak aku nak bagi, insyaallah aku akan tetap dengan resolusi kali ni! aku lebih kenal diri sendiri. kenapa nak cari alasan untuk buat benda yang salah leen? dah la... xnak kena tipu dengan syaitan lagi. at least bukan dengan melagha tgk cte korea. so remind me if i forget. correct me if i'm wrong ye.
46 chromosomes. A muslim, a da'ie, a medical student, a daughter, a sister, a friend. This is where my stories lie and hopefully end with husnul khatimah. Ameen ya rabb.
You are the best community ever raised among the people: you advocate righteousness and forbid evil, and you believe in GOD. If the followers of the scripture believed, it would be better for them.