Assalamualaikum wrt wbt.

Tergelak membaca entri lepas yang sungguh emo. Sakit Allah bagi sebab Dia ingat kita leen :)

Hari sabtu lepas, saya berbicara panjang dengan mak, as always. Antara inti perbualan kami adalah tentang sebuah cerekarama baru-Aku Mahu Terbang.

Zaman Form 1-2, drama kungfu petang2 seperti Fong Sai Yuk, Smart Kids menjadi kegemaran saya. Tatkala menginjak ke Form 3, saya tidak pernah melepaskan peluang menonton cerekarama setiap malam sabtu. Ia adalah program wajib dalam jadual setiap malam sabtu. Sama ada cerita komedi yang membuatkan saya tergelak-gelak atau mengkritik penuh suka hati, cerita sedih yang membuatkan lacrimal gland tidak senang duduk, atau cerita keagamaan yang menginsafkan.

Hingga terbang jauh ke bumi Dublin, cerekarama masih menjadi pilihan utama saya :) Mungkin budaya dan isu yang diketengahkan lebih dekat dengan budaya saya dibesarkan. Tertarik dengan cerita mak tentang kesungguhan Akif menunggu cerekarama minggu ini, saya pula jadi tidak sabar-sabar mahu menonton cerekarama tersebut.

Alhamdulillah, tatkala diri sudah sihat dan bersemangat menyeterika baju untuk ke hospital esok, saya terjumpa link cerekarama yang mak cakapkan tu!


"Di balik sebuah mimpi,ada sebuah harapan"

Memang comel, tulus dan penuh pengajaran :) Seorang budak ni,Rezki namanya, sangat fokus dengan cita-cita nak jadi pilot. Semua hobi berkisar tentang penerbangan. Walaupun miskin, pakai kasut koyak ke sekolah dan sering dibuli (pandai sungguh watak pembuli,saya pun rasa nak cubit-cubit je budak2 tu), dia sangat tabah dan positif. Dia berkawan baik dengan kawan sebaya usianya Busran, seorang yang lumpuh. Bus ni memang baik sangat, dia banyak sokong Rezki. Kisah persahabatan dua orang budak ni memang sangat touching, saya yang masih demam pun boleh nangis terharu melihatkan keakraban ukhwah 2 sahabat ni. Di pertengahan cerita, Bus diserang meningitis (xtau viral atau bacterial.dush!) dan akhirnya meninggal. Pada masa yang sama, Rezki dapat keputusan yang baik dalam exam dan masuk sekolah asrama. Dia jadi pelajar yang cemerlang dan rajin. Kehidupan mak dan abangnya di kampung pun semakin baik. Tapi pengarah cerita ni sengaja nak menyedihkan lagi cerita yang sedih. Dalam perjalanan melawat Rezki, abang dan maknya mati dalam kemalangan. Dalam kesedihan yang teramat tu, boleh plak si Rezki ni nak bunuh diri. Kalau cita-cita itu disandarkan kepada makhluk yang mengikut hukum alam~hidup dan mati,maka cita-cita akan lumpuh bila sandaran asbab itu telah tiada. Sebab tu la,kalau buat apa-apa pun, kena masukkan kerana Allah :) Alhamdulillah cerita ini tidak ditamatkan dengan kesudahan yang sedih. Rezki berjaya mencapai cita-citanya untuk terbang! Saya tertarik dengan kata-kata jurulatih Rezki :

"Bila Allah izinkan masalah datang dalam hidup kita, dia mesti jugak hadirkan jawapan untuk masalah itu. Kita jangan gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat makbulkan doa kita. Jangan mengalah"


Everything starts from a dream kan? Saya dulu sangat semangat nak jadi doktor. Kalau main doktor2, saya mahu jadi doktor setiap masa. Kalau dipaksa jadi pesakit, mula la menggerakkan 60 otot muka dan mengadu pada mak. Alhamdulillah, dah dapat peluang ni kena gunakan sepenuhnya :) Jangan mengalah,aite?

nota kaki : Akif, sila belajar rajin-rajin kalau nak jadi engineer. Jangan asyik upah Awis buat kerja sekolah je!!
bookmarks: 0 comments | edit post
"Kenapa suara kakak sengau ni? Tak sihat lagi?" mak mula risau.

"Ala, tak best la kalau Leen tak sihat, rasa macam Leen berubah jadi orang lain"

"Banyakkan minum air, buah. Jangan lupa makan ubat!"

Saya cuba sedaya mungkin melawan virus yang semakin bermaharajalela. Batuk, selsema, pening dan demam bukanlah kombinasi yang menyenangkan hati.

Penat. Sakit. Lemah.

Kadang-kadang terlepas juga keluhan kecil. Kenapa setiap kali memulakan rotation, pasti akan menerima serangan virus. Setiap kali.

Allahumaa'fini fi badani.

Allah menguji kerana Dia sayang leen :) supaya kamu jadi lebih menghargai nikmat kesihatan.
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Usai mengemas rumah yang agak tidak tersusun seminggu dua ini, saya membelek Facebook yang kini menjadi sumber saya untuk mencari video atau tazkirah menarik. Terjumpa dengan gambar Ustaz Don yang segak bergaya mengenakan sut kot dan kemeja. Teringat dengan video yang telah sekian lama ter'pending' di dalam Watchlater akaun YouTube saya.


Peringatan yang sungguh cantik dan kena pada masanya. Untuk rujukan saya sebagai anak pada masa kini, dan bakal ibu pada masa depan insyaAllah.

1. Memandikan Mayat

Salah satu daripada mandi yang diwajibkan ialah memandikan mayat dan adalah fardu kifayah dan disyaratkan :

1. Mayat itu mayat orang Islam.

2. Mayat itu ada tubuh walau sedikit sekalipun.

3. Mayat itu bukan mati syahid ma’rakah.

Cara Memandikan Mayat

Sebelum seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa perkara supaya setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang dan dibawa ke kubur untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan lagi itu :

Disediakan air mutlak secukupnya.

Air daun bidara atau sabun mandi.

Air kapur baruh. Ketiga perkara ini alat untuk memandikan mayat.

Kain kapan secukupnya.

Kapas satu bungkus.

Air mawar.

Serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya).

Pengusung mayat (keranda).

Kayu tudung liang lahad atau lung.

Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung ke kubur.

Ugupan (kemenyan) dan bekas bara api.

Setelah semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang pun ada, mayat dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat yang sesuai untuk dimandikan mayat, mula-mula :

Disalinkan pakaiannya (pakaian-pakaian basahan).

Diletakkan di atas tempat tinggi atau diriba oleh keluarganya. Dan orang yang memandikan mayat seelok-eloknya memakai sarung tangan.

Dibersihkan najis pada tubuh jika ada.

Dihilangkan perkara yang menegah sampai air ke seluruh badannya.

Diangkatkan sebelah atas tubuhnya (sebelah kepala) dan disandarkan punggungnya ke paha atau sesuatu. Dan diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit dengan perlahan-lahan supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari duburnya (Nguwam) kemudian dibasuh duburnya seperti biasa.

Mayat ditelentangkan, dimandikan dengan air mutlak meratakan tubuhnya dan digosok, seperti mandi wajib daripada janabat, haid atau sebagainya, supaya meratai air ke seluruh badan termasuk celah-celah paha. Lipatan-lipatan dan sebagainya.

Disugikan mulutnya dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas baginya dan dicungkilkan di celah-celah kuku jika perlu, dan diselati celah-celah jari atau janggutnya jika ada dan perlu disisir rambutnya.

Kemudian dibalik badannya sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucur air mutlak, digosok-gosok dan dicucur air hingga rata.

Dibalik pula tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke bawah dan dicucuri air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa melintang, menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang segala kekotoran dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur baruh atau sabun bagi memudahkan hilang kekotoran daki jika ada.

Sekali rata semua tubuh sekali. Kemudian dicucur lagi hingga tiga kali rata air rata, kemudian dicucur air daun bidara diakhiri dengan air kapur baruh (semolek-moleknya 3 kali).

Orang yang berhak memandikan mayat

Orang yang lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang terdekat jika ia pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya yang lebih dan beramanah walau macam mana sekalipun mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh orang lelaki atau isterinya atau orang yang haram nikah dengan si mati, begitu juga mayat wanita hendaklah dimandikan oleh wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah dengannya.

Jika ketiadaan mereka-mereka seperti ini ditayamumkan sahaja, seperti mayat perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya atau mahramnya begitu juga sebaliknya.

Setelah selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan kain yang bersih.

Semasa menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka auratnya dan di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak hanya orang yang perlu sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati dan seorang kerabatnya yang terdekat.

Fardu Kifayah yang Ketiga

Fardu kifayah yang ketiga wajib dilakukan ke atas mayat orang Islam ialah sembahyang iaitu setelah selesai kapan, mayat diletakkan di tempat yang suci atau di dalam usungan. Jika mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri orang yang hendak sembahyang ke atasnya, dan kakinya di sebelah kanan mereka tersebut.

Dan jika mayat perempuan adalah sebaliknya dan diletak terlentang melintang kiblat di sebelah hadapan. Orang hendak sembahyang ke atasnya dan ditudung dengan kain yang bersih.

Rukun Sembahyang Mayat

Rukun sembahyang mayat tujuh perkara :

1. Niat sembahyang ke atas mayat.

2. Takbir Allahuakbar empat kali.

3. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa.

4. Membaca Al-Fatihah selepas Takbiratul Ihram.

5. Berselawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kali yang kedua.

6. Doa bagi si mati selepas takbir yang ketiga.

7. Memberi salam “Assalamualaikum warahmatullah” selepas takbir yang keempat.

Cara-cara sembahyang ke atas mayat

Mula-mula berdiri betul dan bertakbiratul Ihram “Allahuakbar” disertakan dengan niat iaitu jika mayat orang lelaki :

أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat lelaki empat takbir kerana Allah Taala.

Jika mayat perempuan dewasa lafaz niatnya :

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ الْمَيِّتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat perempuan empat takbir kerana Allah Taala.

Dan lafaz niat bagi mayat kanak-kanak lelaki :

أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ الطِّفْلِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak lelaki empat takbir kerana Allah Taala.

Dan jika mayat kanak-kanak perempuan lafaz niatnya :

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ الْطِّفْلَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak perempuan empat takbir kerana Allah Taala.

Dan lafaz niat bagi sembahyang mayat yang ghaib :

أُصَلِّي عَلَى مَيِّتِ فُلاَنٍ بْنِ فُلاَنٍ الْغَائِبِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak si anu yang ghaib empat takbir kerana Allah Taala.

Jika mayat ghaib itu perempuan :

أُصَلِّي عَلَى مَيِّتَةِ فُلاَنَةٍ بْنِت فُلاَنٍ الْغَائِبَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak perempuan si anu yang ghaib empat takbir kerana Allah Taala.

Semua lafaz ini bagi sembahyang berseorangan, jika berimam sebut jadi imam atau mengikut imam mana yang berkenaan.

(اِمَامًا ِللهِ تَعَالَى)

Atau

(مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى)

Jika mayat yang hadir itu ramai, lafaz niatnya :

أُصَلِّي عَلَى هَؤُلاَءِ الأَمْوَاِتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas semua mayat ini empat takbir kerana Allah taala.

Jika seorang diri tetapi jika berimam sama seperti lafaz di atas tadi menyebut imam atau mengikut imam.

Selepas takbiratul Ihram baca surah Al-Fatihah dari awal hingga akhirnya, setelah habis Fatihah takbir kali yang kedua “Allahuakbar”

Selepas takbir ini berselawat ke atas Nabi SAW iaitu seperti :

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dan sunat ditambah

كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ , وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .

Kemudian takbir kali yang ketiga, selepas takbir ini baca dengan doa bagi mayat seperti:

اللّهُمّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ. وَاعْفُ عَنْهُ.

Dan sunat menambah

وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ. وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ. وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثّلْجِ وَالْبَرَدِ, وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ. وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ. وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ertinya : Ya Allah ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungkan dia daripada seksa kubur dan seksa neraka.

Ini lafaz doa bagi mayat lelaki jika perempuan semua ha’ dhomir ditukar kepada haa seperti :

اللّهُمّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا. وَاعْفُ عَنْهَا

Dan seterusnya kecuali :

وَفِتْنَتِهِ

Dikekalkan hi berbaris di bawah iaitu :

وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Dan jika mayat kanak-kanak lelaki doanya :

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا ِلأَبَوَيْهِ , وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا , وَأَفْرِغِ الصَبْرَ عَلَى قُلُوْبِهِمَا وَلاَ تَفْتَنْهُمَا بَعْدَهُ , وَلاَ تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ .

Dan doa bagi mayat kanak-kanak perempuan :

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا فَرَطًا ِلأَبَوَيْهَا , وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقِّلْ بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا , وَأَفْرِغِ الصَبْرَ عَلَى قُلُوْبِهِمَا وَلاَ تَفْتَنْهُمَا بَعْدَهَا , وَلاَ تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهَا .

Selepas itu takbir “Allahuakbar” kali yang keempat kemudia membaca doa :

اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Doa ini kepada mayat lelaki dan jika mayat perempuan dhomir berbaris hadapan di ganti dengan haa seperti :

اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا

Dan seterusnya.

Ertinya : Ya Allah, janganlah Engkau tahankan kami ganjaran pahalanya dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas kematiannya, ampunilah kami dan juga dia yang telah mati dan ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman dan jangan Engkau jadikan di dalam hati kami kebencian / kecemburuan terhadap orang-orang yang beriman sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi Pengasih dan Penyayang.

Doa ini sunat jua tidak rukun.

Kemudian memberi salam “Assalamualaikum warahmatullah” seperti lain-lain sembahyang jua iaitu disudahi dengan memberi salam.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Aish,keluh kesahnya rasa hati hari ini. Bangun pagi tadi badan masih terasa suam-suam panas, suara masih garau semacam, kepala sedikit berputar. Sakan sungguh virus memporak-perandakan immune system saya.

Allahu,lamanya saya tertidur semalam. Motor neuron disease, Gullain Barre syndrome dan Parkinson's yang saya jumpa di hospital semalam masih belum saya telaah. Penatnya ya Allah bila nikmat kesihatan ini ditarik perlahan.

Cuba memakai stokins dengan sebelah tangan memegang sandwich bujang. Susahnya! Terkial-kial anak jari cuba menangkap stokin yang dipegang lemah tangan sebelah lagi.

Allahu, besar sungguh nikmat Allah selama ini cuma hati ini tidak sedar dan sering lupa. Lempar jauh-jauh rasa gelisah. Allah kan ada bersama.

Allahumaa'fini fi badani ya Rabb.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.


Direzekikan Allah berjumpa dengan video di atas. Subhanallah, video tazkiyatun nafs ini menginsafkan saya betapa kerdil dan lemahnya manusia di sisiNya. Kita bukannya Nabi yang jantungnya dibasuh 2 kali oleh malaikat semasa kecil, lalu menjadi maksum,jauh dari dosa. Tapi ia bukan alasan untuk terus berputus dan terus selesa dengan sifat-sifat kelemahan yang Allah jadikan. Ia satu cabaran untuk menjadi manusia luar biasa dengan keluar daripada kepompong sifat kebiasaan makhluk.

Yang cantiknya, dalam setiap ayat Quran yang Allah turunkan untuk menggambarkan kelemahan sifat makhlukNya ini, Allah selitkan sekali penyelesaian dan cara-cara untuk melenyapkan sifat-sifat mazmumah tersebut. Allah sudah lama ajarkan kita cara terbaik untuk mengkritik kelemahan orang~mesti nyatakan kritikan bersama dengan cadangan penambahbaikan. Itu baru lah kritikan membina, bukan mengumpat. Allahu akbar!

Jangan juga lupa kuasa doa. Doa ialah ibadah yang sangat agung,yang tidak boleh dipalingkan selain kepada Allah. Hakikat doa adalah untuk menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah dan berlepas diri dari daya upaya makhluk yang lemah. Doa merupakan tanda ubudiyah yakni perhambaan diri secara total kepada Allah. Doa merupakan lambang kelemahan manusia. Rasulullah bersabda "Doa itu adalah ibadah" Hadith riwayat Tarmidzi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Ya Allah,tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan" -Hadith Riwayat Muslim.

"Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku, kejahatan syaitan dan bala tenteranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain" Hadith Riwayat Abu Daud.

"Ya Allah,cukupilah aku dengan rezekiMu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurniaMu (supaya aku tidak meminta) kepada yang lain selainMu" -Hadith riwayat Tarmidzi

"Ya Allah,ampunilah dosaku,curahkanlah rahmatMu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi darjatnya" -Muttafaq ' alaih-

Imam Ahmad meriwayatkan Semasa perang Uhud, tatkala orang-orang musyrikin telah pergi, Rasullullah saw bersabda : "Berbarislah,kerana aku hendak memanjatkan pujian kepada Tuhanku yang Maha Agung, kemudian para sahabat pun membuat barisan di belakangnya, lantas Rasulullah berdoa. Ya Allah segala puji bagiMu. Ya Allah tidak ada yang dalam menggenggam apa yang Engkau hamparkan dan tidak ada yang dapat menghamparkan apa yang Engkau genggam. Tidak ada yang dapar memberi petunjuk kepada orang yang Kau sesatkan. Dan tidak ada yang dapat menyesatkan orang yang Engkau berikan hidayah. Tidak ada yang dapat memberi barang yang Engkau halang dan tidak ada yang dapat menahan barang yang Engkau beri. Tidak ada yang dapat mendekatkan apa yang Engkau jauhkan. Dan tidak ada yang dapat menjauhkan apa yang Engkau dekatkan. Ya Allah hamparkanlah kepada kami keberkatan-keberkatanMu,kasih sayang, anugerah dan rezekiMu. Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu nikmat yang kekal abadi, yang tidak berubah dan hilang. Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu pertolongan pada hari kesusahan dan keamanan pada hari ketakutan. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu dari keburukan yang Engkau takdirkan kepada kami serta keburukan yang Engkau tahan daripada kami. Allah,timbulkanlah rasa cinta kami kepada iman serta hiasilah ia dalam hati kami, dan timbulkanlah rasa benci kami kepada kekufuran dan kefasikan dan penderhakaan serta jadikanlah kami dari kalangan yang mendapat bimbingan. Ya Allah matikanlah kami sebagai orang Islam dan hidupkanlah kami sebagai orang Islam serta temukanlah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa merasa hina dan terfitnah. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustai rasul-rasulMu serta menghalang manusia dari jalanMu. Jadikanlah hukuman dan seksaanMu terhadap mereka. Ya Allah perangilah orang-orang kafir yang mereka pernah diberi kitab. Engkaulah tuhan yang sebenar" -Riwayat Bukhari-

"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari hati yang tidak khusyuk, dari doa yang tidak didengar, dari jiwa yang tidak puas, dari ilmu yang tidak dimanfaatkan. Dan aku berlindung kepadamu dari golongan mereka yang empat jenis itu" -Riwayat Tarmidzi-

"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan sesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, perbuatan zalim atau dizalimi, perbuatan bodoh atau dibodohi." -Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majah.






bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Selamat hari lahir, Fadzlina :)


Hidup adalah anugerah. Indeed.

Terima kasih yang tidak terhingga buat mak abah yang melahirkan saya ke dunia, membesarkan dengan penuh kasih sayang, dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar. I love u both. Rindunya ya Allah.

Kepada hero-hero tercinta saya yang mendoakan yang terbaik buat saya. InsyaAllah, kakak balik Malaysia tahun ni,jangan lupa belanja makan. Especially Akif,kena simpan duit dalam tabung beli hadiah kakak ok :) Tahun ni nak tambah ikan kakak dan beli akuarium canggih sikit. ;) Sayang Amin,Awis dan Akif.

Buat sahabat,teman dan rakan yang sudi menyelitkan saya dalam ruang ingatan. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dunia akhirat kepada kalian.

Allahu,benarlah ini suatu nikmat dan anugerah. Masa lalu bukan untuk disesali tapi untuk dibawa taubat nasuha atas setiap khilaf, semoga kebaikan yang tidak seberapa selama ini Dia terima di sisinya.

Allah,bantu saya untuk mencintaiMu, mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai amalan yang mendekatkan diriku padaMu.

Alhamdulillah for everything. Tidak terhitung nikmatMu.

Mati syahid atau hidup mulia,insyaAllah!
bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Baru lepas menjelajah vle RCSI sebentar tadi. Guess what I found.

SENIOR CYCLE 1

Written

Oral

Clinical OSCE

PSYCHIATRY

06/05/12

11/05/12

PAEDIATRICS

14/05/12

17&18/05/12

OBS/GYNAE

19/05/12

23,24,25/05/12

23,24,25/05/12

MED/SURG/GP

29/05/12

31/05&1/06/12


Yes, you have the right to feel 'cuak','nak pengsan' or haematemesis now. So please dear self, focus on your study okeh! :)
bookmarks: 0 comments | edit post
Imam Ghazali pernah berkata,

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dah jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah, dan yang syadaqah"

1) Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2) Wanita Mananah
Wanita yang suka mengungkit-ungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

3) Wanita Hananah
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya kepada tiap sesuatu lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang tersebut dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah
Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan mengasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia),lagi membisingkan. Dush!

Dalam mencari pasangan hidup, Rasulullah s.a.w bersabda:

Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara ;kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama.

(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)


Electrocardiogram (ECG)

I had a fantastic tutorial on ECG in St.Mary's Hospital from Dr.forget-the-name. This is just for my own reference when I get 'demented' every time I get asked to interpret an ECG.

1) Make sure you start by mentioning the details of the patient. U can easily obtain this from the ECG strip.

This is the ECG for Mr/Mrs/Ms_(px name)_, _(px age)_ years old, taken on _(date of ECG done)__.

2) Look at the rhythm lines at the bottom of the ECG.

1- RATE (beats per minute/bpm)
Rate can be calculated depending on the rhythm :
a. If regular : 300/(number of small boxes in R-R)
b. If irregular : (number of R-R in 6 secs/30 small boxes) X 10

2- RHYTHM
a. sinus rhythm : there is P wave before every QRS complex
b. irregular : no P wave before QRS complex -> consistent with Atrial Fibrillation

3-AXIS
a. normal : Both lead I and AVF are +ve
b. right axis deviation : Lead I -ve, AVF +ve
c. left axis deviation : Lead AVF -ve, I +ve (hypertrophy)

4- P-R interval
a. normal : <0.2sec (1 big box)
b. prolonged : >0.2sec (1 small box) -> consistent with atrioventricular (AV) block /drugs-beta blocker,digoxin

5- QRS complex
a. normal : <0.12 secs (3 small boxes)
b. widen : 2 possibilities ;
*(1) conduction delay : bundle branch block (BBB) - look at V1 and V6
-right BBB (RBBB) - MarroW : M shape in V1, W shape in V6
-left BBB (LBBB) - WilliaM : W shape in V1, M shape in V6
*(2)hypertrophy : height [(R wave in V5 or V6) + (S wave in V1)] > 35mm

6- S wave
a. normal
b. invertion : infarction (myocardial infarction)
c. depression : ischaemia

7- T wave
a. tall tented T-wave : hyperkalaemia
b. inverted T wave : ischaemia
*peak T wave over infarcted area = early MI

LEADS
*I,AVL,V1,V2 : superior
*V3,V4 : anterior
*V5,V6 : lateral
*II,III,AVF : inferior
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Kini saya berada di kota Kilkenny untuk meneruskan pengajian Tahun 4. Sekarang bermulalah rotation Clinical Medicine/Surgery saya. Otak yang sedikit berhabuk dengan ilmu-ilmu perubatan perlu digilap semula insyaAllah.

Berhenti sejenak menghadap buku Kumar & Clark dan website Emirates (eh?).

Jom belajar tajwid semula! Hari ni kita belajar Qalqalah ok. Familiar kan? Yups, tapi betul ke bacaan? Jom check.

QALQALAH

* Apa huruf-huruf qalqalah?
-Ustazah saya ajar dulu ingat : (ق ط ب ج د )- قطب جد

*Bila kena qalqalah?
-Apabila 5 huruf diatas ada sukun/kita waqf (berhenti) bacaan pada huruf tersebut.

* Macam mana bacaannya?
-pastikan ada 'echo' atau lantunan huruf supaya dapat jelas didengari huruf tersebut.

*Qalqalah terbahagi kepada 3 tahap iaitu :
1) Qalqalah sughra - lantunan paling rendah. Huruf qalqalah sukun terletak di tengah ayat:


2) Qalqalah kubra - lantunan sederhana. Huruf qalqalah terletak di hujung ayat tetapi tidak bersabdu :



3) Qalqalah akbar - lantunan kuat. Huruf qalqalah terletak di hujung ayat beserta sabdu.


Ok jom praktis sungguh-sungguh dulu. Esok belajar hukum lain pulak orait? :)
bookmarks: 0 comments | edit post