alhamdulillah...

"kakak jangan risau. mak ok je ni. jangan risau tau. nanti mak kirim barang yang kakak pesan tu ek.."

mak..mak...tengah sakit-sakit pun ingat jugak dia pasal ikan kering yang aku pesan.. itulah kasih seorang ibu.

syukur Ya Allah. ku tak mampu untuk berada dekat di sisi mak di saat ini. apatah lagi untuk menyuap makan minumnya, menemani tidurnya. tapi aku yakin ya Allah. Kau pasti mampu menjaganya lebih daripada dayaku...

maafkan kakak mak sebab kakak x dapat jaga mak. tapi ketahuilah, kakak sentiasa mendoakan mak dan berharap mak cepat sembuh. kakak sayang mak!


saya nak balik Malaysia!
entah kenapa pagi tadi aku terdetik menelefon mak. rindu. pastinya. panggilan ku berjawab. tapi itu bukan suara mak. suara sepupuku,linda. hati diusik rasa hairan. kenapa bukan mak yang angkat? lintasan hati itu akhirnya terzahir melalui lisan.

"eh nanti call balik ek. tengah sibuk2 ni..."sepupuku membalas pantas pertanyaanku.

"ok2.. gitau mak tau lina call ni. nanti lina call blk ye.."

"orait.."pendek. panggilanku dimatikan.

huuu...sedih x dapat dengar suara mak. my heartcure. xpela.. nanti bleh je call balik. study2.. HBS project perlu disiapkan.

jam tangan tepat pukul 12tgh hari. urm..kat malaysia mesti dah malam. mak dah x sibuk kot. yes, masa yang tepat untuk call mak.

kali ini...panggilan ku disambut dengan lebih tenang. lembut sedikit dari biasa lenggok bicaranya.
owh.. kak linda. bukan mak. ait... ni apesal asyik spupu je yang angkat ni. mak sibuk lagi ke...aku bermonolog sendirian.

"assalamualaikum... mak ke tu?"
"bukan... ni kak linda. mak x ada kat sini. kenapa?"

aku yang sepatutnya mengajukan soalan tu. kenapa bukan mak yang angkat?

"mak gi mana?"
"urm....ni orang gitau jgn terkejut plak tau. sabar. tenangkan diri. mak ngah jatuh. dia kat hospital sekarang ni. malam ni kak linda yang jaga mak. sabar tau...mak ngah x apa2 pun. doktor dah tengok x-ray"

Ya Allah.. dugaan apa lagi...x cukup lagikah? tanpa aku sedari aku menangis teresak2. pedih. sakit sangat. seolah2 time tu jugak aku nak tempah tiket kembali ke Malaysia. nak mak!! melayan perasaan sedih. lantas menuju ke bilik air. ku hamburkan segala apa yang menyesakkan dadaku. aku sangat sedih. huuuu.....

entah kenapa aku lebih suka memilih diam. mungkin sifatku sebegitu. selama ini cuma mak tempat aku curahkan segala isi hati. dia sahabat yg plg akrab. langsung tidak aku khabarkan pada rakan-rakan serumahku tentang berita itu. biarlah aku berlakon tersenyum. pasti. aku ada sebab untuk itu. kadangkala, sendiri itu lebih riuh. tenang. ke kelas sambil menangis. sendirian. segera ku kesat air mata tatkala bertembung dengan jasad-jasad di sepanjang perjalanan. mereka x kan faham. mungkin langsung x menyedari yang aku sedang menangis. rahsia di dalam hati. hanya Allah yang tahu.

Begitulah cara Allah mengasihi kita.. selalu indah pada waktunya..
- frenster maznah-

sepanjang perjalanan itu, aku kumpulkan kembali kudrat. semangat yang kian luntur aku bangunkan kembali. aku harus tabah. leen mesti tabah! ternyata Allah sangat sayang padaku. Dia x mahu aku leka dari mengingatiNya. lalu dia turunkan ujianNya, agar aku kembali sedar yang aku ini kerdil. langsung x berdaya. walau mak sendiri pun, aku terpaksa bersujud memohon ihsanNya. sembuhkan lah mak....

Ya Allah.. aku sedar ini dugaanMu. aku redha dengan setiap yang berlaku. benar. dengan mengingatiMu hati kan tenang. aku menyerahkan bulat-bulat nasibku di tangan Mu ya Rabbi. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Mengetahui. sembuhkanlah mak secepat mungkin. agar bila aku pulang nanti. aku masih dapat melihat senyumannya lagi. amin.....

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Al-ankabut : 2-3


bookmarks: 5 comments | edit post
sejenak memandang pokok yang makin terkulai layu.

istiqamah. yup! elemen terpenting dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. memetik pepatah melayu, sikit-sikit lama jadi bukit.(ke salah konsep??) sama la dgn ke'istiqamah' an ku menyiram pokok bunga tu. walaupun terpaksa berlari-lari ke dapur setiap pagi demi mendapatkan sumber air free kat ireland ni. sayu gak hati mengenangkan bunga yang makin layu dan terkulai. daun pun macam mati segan hidup x mahu. tapi macam mak kata, pokok pun perlukan kasih sayang. sama macam manusia. jadi berbekalkan doa, aku berharap je la Allah masih bagi harapan utk pokok aku. hehe.. cam ape je..

tanggungjawab - menjaga pokok pun tanggungjawab tau! di saat aku membeli pokok tu pun, aku dah ada tanggungjawab baru. kena la laksanakan btol2! semangat2!

ketabahan.. woo..sungguh x tahan melihat kelayuan pokok yang ku sayangi itu. walau ramai yang menasihatkan aku untuk pasrah dengan 'pemergian' pokok yang ku beli di Dunnes Store. nope. aku tau pokok tu masih mampu hidup. ye!!! (beremosi plak) tapi berkat kesabaran ku, pokok tu ada bunga di musim autumn dekat2 winter ni. wee! alhamdulillah...

dulu layu. kini. kembali berbunga. kembang walau tak harum. alhamdulillah. berkat kesabaran ku menyiram tanpa jemu. mendoakan pokok itu kembali segar. walaupun yang memenuhi hanyalah daun hijau dan bukan bunga.
jadi kesimpulannya, jadi la tabah. macam bunga tu. masih nak berkembang walaupun tgh autumn.



nota metatarsal : ni akibat bosan tapi malas baca buku..


Belaian IBU - Hijjaz




Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

di saat aku bergelumang menghabiskan nota abdomen, hatiku tersentuh. tiba-tiba terasa teramat sayu. amat. mataku berkaca. lagu yang bermain di ruang telingaku benar-benar menyentuh naluriku. terasa sesak dadaku menahan perasaan. rindu. aku benar-benar rindu. sentuhannya. senyumannya. kata-katanya yang penuh bermakna. ya Allah... perasaan yang tidak terungkap. hanya mampu ku zahirkan dengan linangan air mata. entah kenapa lirik lagu ini terasa benar di ruang hati. mak, kakak rindu kat mak...


"Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.."

mungkin terlalu banyak kenangan yang kita tempa bersama. suka duka yang hanya mak,aku dan Dia yang tahu. sungguh aku benar-benar rindu pada mak. aku mahu jadi setabah dia. kuat dan cekal sepertinya. terima kasih mak dan abah. insyaallah. kakak akan terus tabah dan berusaha. kembali sebagai insan yang bermanfaat. akan ku kota kan janji ini andai izin Allah mengiringi langkahku. bantu aku Ya Allah.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal"
At-taubah : 129

saya sayang keluarga saya!





HATI...

HATI....ke heart? urm...aku pun x faham kenapa orang slalu ckp 'heart' instead of 'liver'. mungkin pengaruh autumn in my heart. tak pun cite my heart indon tu. mungkin apa yang tersirat dalam serebrum aku sekarang tak ada kaitan langsung dengan semua itu. jauh menyimpang. sangat.

uhhh..semalam aku kesedihan. sangat tiba-tiba. bak kata omputih, out of sudden. mustahil tanpa apa-apa sebab. mungkin perasaan yang bercampur baur. tekanan menghafal nota-nota abdomen. cuba menghadam sebaik mungkin Anatomy Monkhouse. kusut. payah. tapi perjuangan harus diteruskan.

merehatkan minda seketika berym dengan fydot ku sangka mampu meringankan yang berat, mengungkai yang kusut. tapi.... sebaliknya... hati... kenapa mesti berbolak balik? uuuu...kisah perlu ditamatkan. perjalanan masih panjang. masih banyak liku yang perlu ku harungi. ketabahan dan kecekalan sebagai bekalan. kebergantungan kepada Tuhan membuatkan aku kembali tenang. alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan yang melimpah ruah.

yup! harus lebih tabah leen! jgn mudah menangis dan bersedih. belajarlah untuk berlapang dada. janji Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. sujudku menenangkan hatiku. moga hari melakarkan lembaran yang lebih murni dan bermakna. insyaallah...

..cork..

huhu..alhamdulillah. masih dikurniakan ATP untuk menaip. kemalasan yang bermaharajalela telah membekukan tangan ini untuk menaip..(apekah...)


indahnye autumn!

stairway to heaven (versi cork)

alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku dan rakan-rakan(seperti dlm gambar) selamat melabuhkan sayap dengan 4 buah kereta. sememangnya perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam itu menuntut kesabaran terutamanya kepada akak-akak senior yang memandu. terasa ke'best'an pertama kali menaiki kereta selain daripada teksi di bumi asing ini. wee! (euphoria tetiba lak). kak raihanah setia menjadi pemusing stereng kpd aku,jihah, dan izyan. tenkiu kak rai!

'kuda-kuda' kami

kak rai pemandu yg tekun dan sabar

kami tiba di Cork tatkala matahari sudah terpacak di atas kepala. kami terus saja singgah di rumah seniors yang terletak tidak jauh dari bandar Cork. Ya Allah.. terharu kami dengan sambutan yang penuh mesra. terasa sangat ukhwah tu. sibuk2 diorang pun masih ada ruang waktu untuk melayan kami sbg tetamu. peluang menginjakkan kaki ke bilik seniors benar-benar mencabar keimanan. besar glest bilik diorang! dgn hanya 240euro sebulan, bilik da macam bilik hotel plak. huhu.. 'sabar leen... ada hikmahnya dok kat Dublin yg mahal tu..' aku sekadar mampu bermonolog sendirian melihatkan cermin bilik akak tu yg besar gabak dan almari bajunya yang mampu memuatkan sebuah kereta kancil. serius! ape pun, kenangan bersama akak-akak yang tersangat la baik akan menjadi kenangan yang terindah utk pertama kalinya di bumi Cork. tenkiu!


sepagi di bumi Cork yang....cantik!

rumah senior 5th year UCC

sebaik meninggalkan rumah seniors dengan perasaan yang berbelah bahagi darab, kami meneruskan jaulah kami ke Blarneys Castle. terdengar perkataan 'castle' sudah cukup membuatkan kami mengalami symphatetic response. yang terbayang di ruang minda hanyalah keseronokan bergambar dgn bangunan2 usang. eh silap, istana. insyaallah..akan ada sesuatu yang akan aku peroleh dari sana. bukan sekadar foto. dan kenangan.

sempat melawat UCC

kesempatan bertandang ke University College Cork membuatkan hati sekali lagi dibuai perasaan cemburu. seluas mata memandang. kicauan burung mendamaikan. hijau kuning pepohon menambahkan keharmonian suasana. huu.. terkenang RCSI ku yang 'luas' itu. cepat-cepat ku sedarkan kembali hati yang lalai dan sering merungut. bersyukur dgn apa yang ada. bukan semua orang dapat memegang ID card RCSI as what i got. alhamdulillah atas kurniaanMu..
sempat bergambar bersama 'foreigner'...hehe.. x sedar diri foreigner.

perjalanan ke 'Istana Blarney' tidak terasa dek keasyikan menyaksikan pepohon yang telah bertukar warna. subhanallah. keindahan musim luruh yang tersangat lain dari bumi Dublin. kagum benar aku. sampai sahaja di Blarney Castle, kami dengan berat hati terpaksa menghulurkan 8euro dgn senyuman kepada penjaga kaunter tiket. xpe.. 8euro yang akan penuh bermakna! hehe..

tiket masuk



lunch roti. solat. main teka-teki. kenangan ikan paus bersalut tepung mimie dan cerita gajah masuk peti ais kak firdausi membuatkan aku tersenyum mengenangkan saat manis itu. indah. meriah. tiba-tiba aku terasa bagaikan begitu dekat dengan keluarga. mungkin suasana itu tak mungkin pernah sama dengan detik bermain teka-teki bersama amin dan awis mahupun adegan cubit mencubit dgn akif. tapi.. terasa kekosongan itu sedikit terisi. rindu sedikit terubat. terima kasih teman2 dan akak2... kenangan yang sungguh bermakna. tak mampu diungkap dengan petikan keyboard.

kanak-kanak ribena

time to explore the castle! wee! pertama kali menjejakkan kaki ke istana lama itu, hati terdetik untuk bertanya pada diri. 'perlu ke aku datang sini ek? nak tengok istana je?' yup,luaskan pandangan. buka minda. hanya yang mencari bakal menemui.

Blarney Castle
terasa kekerdilanku

cantik! subhanallah...

bahagian atas Blarney Castle

selesai sesi bergambar secara besar-besaran, kami bertolak pulang ke bumi yang dirindui, Dublin (kononnye..padahal malas btol nak g class the next day). perjalanan pulang benar-benar menguji ketahanan akak-akak senior yang terpaksa memandu kami pulang. berbekalkan cappucino, akhirnya kami selamat tiba dgn selamat di depan rumah. alhamdulillah. terharu dgn layanan yang amat istimewa. terima kasih atas segalanya. pengalaman yang amat-amat berharga. ternyata berjaya merapatkan ukhwah antara kami. gonna miss the moment being together!


pagi yang cerah.gumbira aku hari ni sebab kelas clinical competencies (CC) pukul 11.35pagi! wee! bukan senang nak dpt kelas yang start lambat. sungguh seronok sekali.

selepas menamatkan kelas CC dengan senyuman(memandangkan dapat tutor yang best dan sangat la sporting, aku bergegas ke Reads, salah sebuah kedai buku yang terkenal di Dublin. Aku pun x pasti apa sebabnya. Mungkin harga stationaries di sini 'agak' murah berbanding tempat lain. Ye ke? Yang pasti aku pun turut pergi ke sana. Niat di hati nak membeli plastic container akhirnya tercapai setelah aku dengan berat hati menghulurkan wang 15 euro kepada cashier yang kurang tersenyum kat Reads tu. Xpe... MARA kan bagi duit elaun perkakas. Lagipun memang satu keperluan. Padahal aku nak letak makanan je pun dalam tu (gara-gara geram dgn kehadiran seekor tikus yang tiba-tiba turun dari langit dan menyerang bilikku dan Kak Dya). Kami sangat la kegeraman sampai jadi gundah gulana. Biskut St.Bernard ku juga selamat menjadi hidangan istimewa 'cik ti' itu. Redha.. Sedekah. Mungkin ada yang tidak kena dengan perbelanjaanku. Atau mungkin bukan itu rezekiku. Aku pasrah dengan kekejaman 'cik ti'. Huuuu... Aku akhirnya tekad untuk membeli container. Harapanku gigi 'cik ti' xkan mampu menembusi container plastik yang tebal itu. Kalau masih mampu, pastinya para saintis perlu mencari formula penjagaan gigi dari 'cik ti'. Calcium berlebihan. Tapi aku x pasti ke mana 'cik ti' menghilangkan diri sekarang. Sejak aku pulang ke rumah, x terdengar lagi 'panggilan manja' cik ti yang sentiasa saja mampu mencuri perhatianku. Menyenangkan. Selesa. Bubye 'cik ti'!

Baru sahaja aku sampai ke Aldi(kedai barangan makanan yang murah), Asma menghubungiku. Bertanya sama ada aku hendak melawat Fer atau tidak. Pastinya ya. Teringat sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud:

Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

Selesai sahaja menghantar bekalan makanan ku(ganti makanan yang dimakan 'cik ti'),aku dan teman2 serumahku lantas menaiki Dublin Bus 123 ke St.James Hospital. Aku yang kepeningan menggagahkan diri. Nasib baik perjalanan tidak mengambil masa yang begitu lama. Hanya lebih kurang 15 minit. Itulah saat pertama aku menjejakkan kakiku ke daerah yang dipanggil 'rumah sakit' secara rasminya. Alhamdulillah. Canggih. Kenangan kali terakhir aku mengadakan lawatan-selamat-tinggal di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah ketika melawat sepupuku yang diserang gastrik, bermain-main di kotak fikiranku tatkala kaki melangkah menghampiri pintu masuk utama hospital. Juga canggih. Perasaan bangga menyelinap dalam hatiku. Siapa kata Malaysia x maju? Tetiba semangat nationalisme. Insyaallah, akan ku buka hospital sebegini suatu hari nanti di kampung ku(amin...)

Phase 1H route 5. Berpusing-pusing aku dan teman-teman mencari wad Fer ditempatkan. Alhamdulillah. Kami berjaya sampai tanpa sesat. Wee! Fer lesu terbaring di katil. Kelihatan tidak begitu bermaya dan lebih dikawal subconcious mind. Beberapa kali kami terpaksa mengulang ayat yang sama ketika berbual dengannya. Kesan anaestasia pastinya. Alhamdulillah, dia sudah selamat dibedah. inguinal hernia. gerun aku mendengarnya. semoga Allah menenangkan hatinya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

So lose not heart, nor fall into despair: For ye must gain mastery if ye are true in Faith.
Ali Imran : 139

semoga Fer cepat sembuh.

huuu..sungguh merunsingkan. entah kenapa. aku ni cam x habis2 shopping. *sigh*

dari sehari ke sehari. ada je benda nak beli. dulu baju. sekarang dah sibuk nak kemas bilik plak. leen2.. kesemangatan tahap tinggi btol. insaf2,berbelanja mengikut keperluan ye...
bookmarks: 2 comments | edit post
Pertama kali...

"Weyh, ko nak pegi tak ISK esok?" seorang sahabat bertanya.

"Urm...sejarah ni cam malas sikit. Lagipun aku dah penah dengar sikit masa kat KMB dulu. insyaallah la"jawabnya setelah berfikir sejenak.

Pagi itu, aku dan teman-teman serumahku sangat letih. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, semua orang seolah-olah terpukau dengan keenakan duvet yang amat sangat menggoda. terdengar sayup-sayup gamitan sang duvet. Ya Allah..dugaan hebat ni...

Mengerling ke arah jam tangan, aku makin resah. 10pagi!

"Ya tuhan,apekah! sepatutnya ISK tu start pukul 8pagi. Ni memang dah super duper saiya punya lambat ni...Dah la kemalasan tahap tinggi ni. Aiya,sejarah plak tu.." aku bermonolog sendirian.

Teman serumahku tiba-tiba mengetuk pintu dan bertanyakan waktu kami hendak bertolak ke Rumah Insyirah-tempat ISK diadakan. Aku lantas membuang jauh-jauh perasaan malas itu. Hampir saja aku tewas dengan dugaan. Meskipun kami tiba lewat di rumah tersebut, akak-akak seniors masih menghadiahkan senyuman manis menyambut ketibaan kami yang lewat tahap dewa. Terselit rasa malu. Segan. Tenang2... Better late than never-dialog menyedapkan hati sendiri yang penuh rasa bersalah.

Sejarah. Menyimpang jauh dari minatku. Bagiku, sejarah hanyalah subjek yang bercerita tentang orang yang telah mati. Menyesakkan storage compartment otakku. Bosan. Apatah lagi terpaksa menghafal tarikh-tarikh penting. Ya Allah, masalah! Sampai sekarang aku pelik, entah pemeriksa mana yang sangat berbaik hati memberikan gred A ketika menanda kertas Sejarah SPM ku. Alhamdulillah... Tapi sungguh mengagumkan. Aku bukan seorang yang menghargai sejarah.

INI SEJARAH KITA - meneroka peradaban yang hilang

ISK-mungkin hanya satu lagi rentetan sejarah yang sangat berkesan mentrigger rembesan enzim tidur. Benar. Aku disajikan cerita-cerita yang sudah biasa ku dengar namun jarang sekali melekat di otakku. Boring! Tetapi mengenangkan kembali niatku datang ke rumah Insyirah yang serba indah itu, aku tabahkan diri menadah telinga....

Lain. Kali ini benar-benar lain. Entah kenapa aku rasa sejarah yang aku dengar hari ini bukan sejarah biasa. Ini benar-benar sejarah KITA. Bukan sejarah yang membebankan serebrumku dengan tarikh-tarikh keramat. Jauh sekali membuatkan aku jemu menghafal nama-nama tokoh. Paradigma ku serta merta berubah. Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, dipelajari di sekolah untuk lulus exam. Sejarah untuk dihayati,difahami, dan diselidiki. Benar. Selama ini aku acuh tidak acuh dengan ungkapan di setiap muka surat bab buku teks, "those who don't learn from history, are going to repeat it". Selama ini aku tidak pernah berperasaan apatah lagi terfikir secara mendalam tentang ungkapan tersebut. Bagiku, ia hanyalah suatu lagi falsafah yang hanya sedap didengar..

Ternyata aku salah. Aku terlalu memandang remeh perkara penting. Alhamdulillah, aku mendapat kesedaran itu di sini. Mungkin masih belum terlambat. Sebak dadaku mengenangkan pengorbanan umat-umat Islam terdahulu. Diseksa. Dipulau. Dihalau dari bumi sendiri. Sedangkan aku kini? Bersenang lenang menerima Islam warisan. Ya, warisan. Aku bersyukur namaku masih ada 'binti'. Petanda aku seorang Muslim. Alhamdulillah, meskipun aku memperolehi title Islam kerana aku anak abah, seorang muslim, aku masih tetap Islam. Nikmat terbesar yang Allah kurniakan. Tidak terjangkau akalku untuk membayangkan diriku tanpa nikmat Allah ini. Syukur yang tak terhingga ya Khalid..

"Great power comes with great responsibility"

Hatiku tersentuh ketika akak seniors menayangkan video kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu. Itu lah tamadun Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia. Teguhnya iman mereka berjihad di medan perang. Jihad demi menegakkan agama Allah. Refleks pada diri. Sedangkan jihad melawan duvet pun aku sering tewas, apatah lagi ingin menguatkan azam berperang di jalan Allah. Terasa kerdilnya diri. Sedangkan aku dan umat-umat terdahulu sama. Sama-sama Islam. Tapi semangat kami jauh berbeza. Ya Allah, mampukah aku bermimpi walau untuk menjejak syurgaMu? huhu.. x mampu aku menjawab.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"

Al-Zarriyat : 56

Insyaallah, aku berjanji pada diri. Mulai saat itu, aku sedar akan sejarah ku. Bukan hanya sekadar sejarah nenek moyangku di Pulau Pinang. Tapi sejarah Nabi Adam. Sejarah Nabi Muhammad. Sejarah Muawiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah yang tumbang. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Namun, cukup rasanya aku sedar, sejarah bukan hanya maklumat-maklumat bosan di dalam buku teks. Sejarah yang merencana jatuh bangun tamadun. Meninggalkan pengajaran, nasihat dan kebenaran yang hanya dapat ditemui orang-orang yang benar-benar mencari. Ya Allah, dekatkanlah aku denganMu...

Tarikh Penting

610 - Permulaan dakwah di Mekah

623 - Hijrah ke Madinah,dakwah diteruskan

633 - Permulaan zaman khalifah, perluasan empayar Islam

661 - Kerajaan Bani Umayyah, pengaruh Islam hingga sempadan India

750 - Kerajaan Bani Abbasiyah, perkembangan ilmu fiqh,hadith,sains

1095 - Tercetusnya perang Salib

1258 - Serangan puak Mongol

1453 - Pembukaan Constantinople

1492 - Kerajaan Turki Uthmaniyah, permulaan kejatuhan Khalifah

1924 - Terhapusnya sistem khalifah

2008 - Menegakkan Islam di bumi Allah

Sekadar berkongsi rasa dan peranan..


bersama mencari kebenaran dalam sejarah

graf umat islam

gosh! got a 'B' for my first card signing. got a 'B'! huhu..it wasn't bad. neither satisfying. i wud say 'redha je la'.. since it's my first time, of course i was hoping for an 'A'. kinda mood booster for d day and for long term impact, sort of motivation. but well, Allah knows best. i got Prof.J.C. Lee. seriously,i didn't read much on abdomen part hoping that the topic wouldn't be asked. we just learnt it! and this is 1st card signing! should be covering the lower limb part. not abdomen! argh! too bad, the prof seem to have real interest on rectus abdominis, transversalis faschia, internal and obternal oblique muscles,preaortic artery instead of rectus femoris, transverse ligament, posterior and inferior gluteal nerve, and my 'faverato' dermatomes(which occupy 1/3 part of the 'memory stick' in my not-so-big brain.susah btol nak hafal!). huhu..it's terrible! he didn't even mention any of lower limb muscles and neurovascular. alhamdulillah,though i was totally blur on the abdomen part, i still managed to answer the questions.(not sure with the word 'managed',in fact i obviously struggle to get to the answer. phew!) coming back home after that, a little advice at the the glo0my moment did soothe my crying heart. my seniors,kak bibah and kak dya asked me not to worry or depress to much since cardsigning(i keep making mistake spelling carsinging.hehe) just 2.5% carry mark for the final exam.well,not a big deal.final exam is stil far from the corner.hehe..but what matter is got not-as-what-you-wish grade for the first card signing..

huhu..full stop on card signing issue. full stop english. selepas habis cardsigning,aku terus melangkah pulang ke rumah. mencari ketenangan diri. mengumpul kembali tenaga dan semangat yang sedikit goyah dek penangan Prof.Clive Lee, sempat lagi aku mengadakan lawatan tidak rasmi ke dublin city centre. untuk apa lagi kalau bukan untuk bershopping. uh..masalah yang sampai sekarang tidak mampu aku selesaikan. shopaholic. tapi tak terdetik pulak rasa membazir atau membuang masa. sebab aku memang membeli barang2 yang perlu. menarik! beli duvet cover yang baru. seolah-olah memberi semangat baru dlm kesedihan mendapat B dlm cardsigning.ops..full stop cardsigning!
fight or flight response!increased heartbeat+shaking leg(also Parkinson symptom)chaiyok leen for tomorrow card signing!God!the first one alwiz the hardest one..I'll try me very best tomorrow and leave it to You..hope luck on my side..amin.. chaiyok2!gambatte!
alhamdulillah..it's a great day.
urm..entah kenapa.hari ini aku rasa sangat istimewa.mungkin sebab hari ini kelas neuromuscularku bermula jam 12.wee!. mungkin sebab hari ni aku dah makin dekat dgn weekend. yay!tapi aku masih rasa ada yang lebih istimewa dari itu. mungkin. Allah telah kembali mengusap ubun-ubunku dan membangunkan aku dinihari ini. Dia rindu pada aku.rintihan hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. subhanaallah... besarnya kasih sayangNya. alhamdulillah.aku temui kedamaian pada sebuah hamparan doa dan tangisan.
melirik ke sudut mejaku yang mahal ini,mak,abah,amin,awis,akif.tersenyum memandangku. Tuhan je tahu betapa aku rindukan mereka.setiap kali aku call mak,terasa ada satu perasaan yang tak terungkap. rindu. ye!aku rindu pada pelukan mak...huuu..di saat-saat aku terasa sendiri.sunyi.hatiku terubat tatkala mendengar suara mak.cukup.bagiku mak adalah anugerah yang tidak ternilai.abah..teringat sewaktu di KLIA,buat pertama kali dalam sepanjang aku sedar aku adalah manusia,abah memeluk dan mencium pipiku.aku nampak abah sebak dan menangis..sweetest thing ever!mak cakap lelaki mmg x pandai tunjukkan kasih sayang.mak betul.baru kali itu aku benar2 rasa sayu yang amat sgt nak tinggalkan abah(sebelum ni relek je kuar umah nak ke kmb dgn xde perasaan). amin, awis, akif(semua lelaki)-sungguh tidak berperasaan. sekali lagi,mak betul.aku menangis sedih,akif selamba je x nak salam dgn aku.huhu.kesabaran sungguh teruji melihatkan pipinya yang tembam dan senyuman tikus itu.siap cakap best aku x ada.sebab? dia dapat tgk cite cartoon dgn senang hati tanpa perlu bergaduh dgnku.hehe.tapi aku tau dia sedih dan menangis.mak ada cite kat aku,'akif tanya mak after kakak turun escalator tu.bila kakak nak balik?nanti adik sedih la.'Ya Allah,mencurah2 bagai ladang gandum airmataku.rindunya kat akif!ai..sampai bila la aku akan terus mengenangkan peristiwa 'keberangkatan'ku ke ireland ni.sedih.rindu.sepi.tapi perjuangan mesti diteruskan.mcm mak selalu ckp,'Allah kan ada..'again,mak betul...ini la lagu pengubat hati saat-saat aku rasa sunyi dan x ada tempat nak mengadu(sbb aku bukan boleh call mak dgn sesuka hati.kena selalu consider)

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

kesimpulannya(perlu ke?)perlu2.nanti puan azhana marah.aku berdoa agar hari ini lebih indah dan bermakna daripada semalam.sebuah permulaan yg baik untuk hari ini.terima kasih painpal. mari2 bersiap2 ke kelas.belajar lillahi taala.insyaallah dipermudahkan.aku pun dah nak menutup lampu LED yang ku beli dari Argos ini.hari sudah kesiangan pun.terima kasih Allah utk hari semalam yang penuh warna.dan untuk hari ini yang penuh tanda tanya.
bookmarks: 0 comments | edit post
assalamualaikum...
kepelikan menjentik hati.pelik.kenapa ek..aku sendiri x paham.kenapa aku tetiba rajin nak edit2 blog ni..urm..apa pun,dgn lafaz bismillahirrahmannirahim,aku merasmikan blog aku sendiri..