alhamdulillah.selepas agak lama terpisah sejak kuar dari kmb, kami bertemu semula di bumi Galway! nampak ramai yang dah berubah. tapi x kisah. berubah ke arah kebaikan. thanx ye gg and azie. n all those friends from belfast and galway. insyaallah. kenangan yang indah.
alhamdulillah.selepas agak lama terpisah sejak kuar dari kmb, kami bertemu semula di bumi Galway! nampak ramai yang dah berubah. tapi x kisah. berubah ke arah kebaikan. thanx ye gg and azie. n all those friends from belfast and galway. insyaallah. kenangan yang indah.
lagi plan... owh ye! nak jugak abeskan baca buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'. yang ni painpal (penpal) yang suggest aku baca. tambah pengetahuan. n improve social skills. insyaallah. mmg menarik pun(walaupun aku br sempat flip thru beberapa pages sebelum terlena. haih....) insyaallah, aku akan bawak buku ni ke Spain nanti. mesti habiskan leen!
oraito.. bab jalan-jalan pulak. 28hb ni aku dan housemates ku yang terchenta(ejaan lama) akan berangkat ke Spain. urm... terlupa plak yang aku ni x kaji lagi pun pasal sejarah Islam kat Spain. aiyok.. sempatkah nak tgk movie lagi, nak g jalan-jalan lagi, nak qada tido lagi... btol2 skill time management ni. xpe2.. insyaallah sempat. confident tu perlu. hehe.
Al-Zumar : 459
urm..tersentak jap time baca quran tadi. terasa benda berat yang ghaib menghempap kepala. mungkin aku x sedar, ayat tu Allah dah bagitau dari dulu lagi. Allah kan Maha Mengetahui. faham dengan fitrah manusia. tapi aku x nak la jadikan 'dah fitrah manusia, nak bwat camne' sebagai alasan. insyaallah. istiqamah dengan setiap amalan. sememangnya musim exam, makin ramai orang yang mula terasa ringan untuk tunduk menyembah bumi, menadah tangan, menangis menyerahkan diri. memohon pertolongan dari Yang Esa. tapi, selepas exam, terlampau seronok membalas dendam untuk masa sebelumnya yang diluangkan hampir sepenuhnya untuk study. huhu.. x salah rasanya nak memberi ruang untuk diri dan minda berehat seketika. sebelum semester baru menjelang. tapi, kena selalu ingatkan diri. kita ni Islam bukan nya time exam je. muslim sepenuh masa ye. insyaallah, pesanan utk leen yang selalu sgt lupa. ingat ye cik leen... Allah tu dekat bila2 masa je.
nota metatarsal : mungkin aku sniri x nampak kesinambungan dlm entry kali ni. sekadar nak menulis. malas nak pk kesinambungan ke ape ke.
nota last NM!
bangun pagi dengan segar! memang la. tido lama gilest. ala-ala x sedar diri plak exam x abes lagi. selepas menunaikan solat subuh dgn qunut nazilah yang baru berjaya aku hafal, aku bergegas ke dapur. minggu ni turn aku untuk menvacuum dapur. kemas sket2. masak air. bancuh air. masak wedges(letak dlm oven je pun). bukak la email...
urm.. 12 unread. bace laju2. byk dr ppimi. isu palestine. tazkirah dari kawan2. dari people@iluvislam. eh? laju je bukak.
tapi mak.... skang kakak dah dapat tawaran jadi ajk. walaupun bukan la gempak sgt pun tapi alhamdulillah. mak paham la anak mak ni ye. kena ada urge yang kuat baru la nak start buat pape dgn semangat. huhu.. selalu la jugak terdengar ayat perli mak di corong telefon. "tula... last minute baru nak kelam kabut. xpe2.. mak doakan" haih... bile nak berubah leen... ye! skang la berubah! hehe... sronok plak jadi ajk resepi ni. thanx to kak dya..
insyaallah. aku akan cuba menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. walaupun mungkin x mampu jadi rajin memasak dengan sekelip mata. xpe2... usaha dan kemahuan tu penting. so sape2 yang xde resepi ke. call umah nak tanya resepi mak x angkat phone ke. terhilang buku resepi ke. da bosan asyik masak tandoori ke. bleh la ye merajinkan diri ke resepi.iluvislam. mari kte rajin memasak!! =)
sebelum pegi exam tu, aku menangis2 call mak. adeyh.. x ilang lagi perangan sensitif x tentu pasal ni. xtau la nak bwat camne.. *sigh* terasa mcm kne compress sangat. x tau ape yang patut aku expect. takut sgt kalau aku blur time jawab soalan tu. to make it perfectly worst, kalau langsung xde idea nak tulis ape. or macam x penah tengok je??... huhu.. so terlepas la perasaan kat mak. cian mak. mesti risau kat anak pompuan dia sorg ni. tersensitif plak. well, mesti la.. tengah tertekan gle takut x dpt jawab, dengar suara mak angkat phone je trus mengalir laju plak air mata. huhu.. terima kasih mak.. memang selalu layan je anak dia yang suka nangis ni. mak tenangkan aku.
orait.. ni la part paling menarik. selesai je solat jamak zohor dan asar (sbb x sempat nak solat after exam), aku dan housemates ku yang tersayang berjalan la tunggu bus. sejuk sangat cuaca arini. shaking aku sambil membaca notes2 yang mudahan2 melekat dalam otak. berusaha hingga ke akhirnya! selepas x berapa lama, bus pun tiba. kami pun naek la dgn perasaan yang x berperasaan. duduk tingkat atas. bincang2 sket pasal ape yang kami dah baca. berkongsi perasaan cuak yang hanya Allah je tau.
lama.... lama sungguh rasanya perjalanan ke RCSI arini. disebabkan khusyuk sgt dok membaca notes, aku x sedar pun rupanya jalan tgh jam gle.. bus bergerak tahap semut je. jalan kaki lagi laju. memandangkan ktorg dah bayar tiket, duduk la jugak. sampai la kay tetiba bangung.
dengan berbaju kurung, lengkap berboots agak tinggi, aku berlari! ya Allah.. nasib baek ni bukan kat Malaysia. kalo x... haih.. mungkin terpaksa kuar rumah dgn memakai tudung saji utk tutup muka. okayo.. sambung cite... time lari tu, cuma Allah je tau perasaan aku. dah la ni paper yang paling aku geruni. membayangkan soalan MCQ yang sgt 'wordy' tu, aku x dapat nak bayangkan macam mana kalau sampai lambat ke dewan exam. ujian Tuhan. teringat status ym aku before kuar rumah, "bersangka baik thadap Allah". cepat2 aku lempar jauh2 lintasan hati yang buruk tu. insyaallah, mesti ada sebab Allah buat macam ni. mana penah Allah kejam kat hambaNya. positif leen! berlari sambil melayan perasaan. cuak. takut. berdebar. adrenaline makin tinggi.
setelah berlari tahap marathon, akhirnya sampai jugak kat dewan RC tu. penat tuhan je yang tau. sampai2 je terus masuk dewan. tempat duduk pulak dah ubah. perfect! merayau2 seketika aku dlm dewan exam tu mencari arah. dah nampak sorg mamat org putih tu, ok. sebelah orang tu. cuba menenangkan diri... menggigil tangan aku time tulis nama kat answer sheet MCQ tu. parkinson sebab penat dan sejuk. x sempat aku nak menenangkan diri, invigilator tu dah ckp START! subhanallah... aku yakin cakap mak, Allah ada. aku percaya dengan pegangan aku, Allah knows best. kawal pernafasan. minum air. bismillahirahmanirahim....start!
alhamdulillah. tanpa sedar, aku dah pun menamatkan paper NE. syukur hanya Allah yang tau. pastinya agak kekantoian beberapa soalan. xpe.. ciri2 org beriman : setelah berusaha, dia bertawakal, kemudian dia redha dgn apa jua yang terjadi. sampai saja di rumah, aku terus msg mak. takut2 mak masih risau dgn anaknya yang sorg ni. insyaallah. walau apa pun yang bakal berlaku, Allah ada sebab. sengaja dirahsiakan. tapi pastinya ada ganjaran.
teringat saudara2 ku di Palestine. pastinya lebih hebat dugaan kalian. kami berlari mengejar exam, kalian berlari menyelamatkan diri. malah lebih hebat lagi, berlari menentang musuh yang hanya menjanjikan kematian. mati di jalan Allah. pasti manis. huuu... masih banyak yang perlu aku perbaiki. ini bidang yang aku pilih. insyaallah,inilah jihadku. meskipun sekadar dgn mata pena. berusaha. doa. tawakal. insyaallah... chaiyok2!
terima kasih Allah atas nikmat kurniaan Islam sejak aku dilahirkan. terima kasih kerana tidak pernah sesaat pun Kau meninggalkanku meskipun di saat aku sering lupa menghamparkan syukur padaMu. terima kasih atas ciptaanMu yang sempurna, maka sempurnakanlah akhlakku ya Rabbi...
terima kasih mak dan abah atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan insan ini meskipun terpaksa berdepan perit dan getir. terima kasih atas segala-galanya. takkan mampu kakak balas. takkan....
terima kasih pada amin,awis, akif dan keluarga yang sentiasa hadir menyerikan perjalanan hidupku sepanjang 21 tahun ini. terima kasih atas sokongan dan kasih sayang. semoga Allah merahmati kalian.
kepada rakan-rakan teman sperjuangan, terima kasih. terima kasih atas ingatan dan doa. terima kasih kerana ada menemani di saat duka dan suka. pastinya aku bukan teman yang baik. tidak pandai menjaga hati. kadangkala tawa dan gurau senda yang berlebihan. mungkin menyakitkan.. maafkan aku. u guys have big role in my life. thanx...
terima kasih semua. tegurlah aku jika aku tersalah kerana fitrah manusia itu lupa. insyaallah aku akan menjadi lebih baek. matang! =p
nota metatarsal : x sabar gilest nak celebrate besday lepas exam. moga dipermudahkan semuanya. doakan kitorg ek...
selamat hari lahir yang ke-18 amin...
kakak masuk sekolah. seronok! setiap hari emak hantar kakak sebelum pegi keja. whoa! semangat sungguh kakak belajar. (kononnya) hehe... waktu ni kita dah tak main2 ligan2 lagi. kita dah besar sket. dah malu nak buat mak marah kita. kita makin membesar. kakak dah x ingat betapa banyaknya peristiwa yang berlaku. masa terlampau cepat menginjak. yang kakak ingat awis lahir selepas tu. kita seronok sgt dapat adik.awis qushairi. kesian awis selalu kena ejek 'awis pokok ceri'. hehe. sempena nama pokok ceri depan rumah cik nora. best2! adik kakak dah bertambah. awis memang comey. tapi kakak tetap sayang amin.
kemudian kakak masuk asrama. pertama kali kakak pergi agak jauh dari rumah. kakak sedar, kita sudah x serapat dulu. mungkin sebab kita sudah x bermain bersama. kita dah x berkongsi cerita. bukannya setiap hari kakak dapat call rumah. setiap kali call juga, amin selalu tiada. jarak mula memisahkan kita. tapi kakak x penah lupa utk ucapkan gudluck setiap kali kita nak exam.
kakak nak terus mengimbau masa silam yang penuh dengan warna. cerita. suka. duka. girang gembira. kadangkala air mata. kita membesar bersama. mencari haluan sendiri. hingga saat ini, kakak sedar. kita tidak serapat dulu. kita sudah tak berkongsi semua cerita kita. amin mungkin sudah jarang di rumah. kakak lebih senang berbicara dengan mak. awis dan akif terasa lebih memerlukan perhatian kakak. mungkin itu salah kakak. lambat sedar yang kita semakin jauh.
bicara sepanjang ini masih tak dapat menggambarkan betapa kakak sayangkan amin. mungkin kakak tak selalu menyatakan rasa hati. tapi ketahui lah amin, kakak sayangkan amin. sama macam kita kecik2 dulu. kakak masih akan menangkan amin kalau amin berebut barang dgn org. kakak masih mengambil berat. kakak tak pernah lupa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan adik-adik kakak. maafkan kakak kalau selama ini kakak terlalu banyak masa bersendiri. maafkan kakak kalau kakak bukanlah kakak yang terbaik buat amin. namun percayalah jauh di sudut hati kakak, amin tiada gantinya. kakak sayang amin!
untuk hari lahirmu kali ini, kakak panjatkan rasa syukur pada Allah kerana menganugerahkan amin kepada kakak. bukan kepada orang lain.
....my dearest amin...
nota metatarsal : tunggu kakak bawak blk adiah ye. thanx painpal for the birthday card! btol2 mood booster! =)
ni ade sikit perkongsian. moga dapat membuka hati yang selama ini masih x diketuk.
mengejutkan kalau2 ada yang masih enak dibuai mimpi. kita org Islam. kita bersaudara. rasalah seperti kita ni satu.. kita muslim..
Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.
Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,
AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.
Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.
Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.
Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.
Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?
MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA
Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?
Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworth, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.
QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
6 Januari 2009
nota metatarsal : moga jadi renungan bersama. we are significant. ada peranan.
hati bertanya pada debit card AIB dlm purse. "orait je..amik2! lagipun bleh pkai."
hati bertanya pada akal. "tidak...mungkin bukan keperluan yang terdesak lagi"
tapi hari ni aku lawan jugak kata kata. hehe. x sedar sejak boxing day hari tu,kasut tu pun sale. 30 euro je skang. niat nak membeli makanan di Dunnes langsung hilang entah ke mana. kasut lebih penting.
huhu.perjalanan plan aku x begitu lancar pada mulanya. aktiviti pencarian tiket bermula sebaik sahaja aku dan ahli rumahku yang laen selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah. dengan penuh semangatnya aku mencapai laptopku dan meneruskan perjuangan mencari tiket. kay yang melabuhkan dagu dgn sesedap ati di bahu ku turut ter'excited'.hehe...kami2..
cari punya cari.klik punya klik. masuk la webpage emirates.dapat la gak tiket ni 483pound from london to kuala lumpur. aku dah semangat tahap tinggi dah nak menempah flight tu. hinggalah aku sampai ke bahagian payment.......
oh no!!unfortunately the cardholder must present during check in. tidaaaaakkkk!!!!
uhhu..xkan la aku nak angkut kak dya balik ngan kitorg kot. nak balik ngan kak dya? mungkin tidak. kak dya confirm dah nak balik awal ke dublin nanti. no..no..raya mesti raya. lagipun xkan nak dtg awal dublin bulan september nanti padahal cuti masih banyak berbaki. mesti cari alternatif laen!
cari lagi. klik lagi. back. forward. sedey. berdebar. excited.
kali ni melalui expedia.com. cari lagi. ntah kenapa aku bersemangat sungguh nak naek emirates balik malaysia nanti. sebenarnya kak dya ckp emirates provide meals and kalau nak disamakan macam MAS kat malaysia. uh..why not try for the best kan.. (teringat ayat kak nida'~ "akak x kan naek flight selain MAS"~ *juling mata*800+ euro)
alhamdullilah. kali ni AGAK berhasil. jumpa la tiket ni. mahal lagi dr yang tempah ikut emirates tu. 538pounds. ala lebih kurang euro je pound skang. so ok la kan. nyummy2! bincang kejap ngan kay yang juga dah excited btol time tu. kitorang sama2 angguk tanda setuju. oraito! misi diteruskan!
masalah baru - x de card credit. ~haih panjang plak hikayat~
aku kembali runsing. kak dya yang mula-mula offer credit card ckp dia pun nak beli tiket flight. so...paham2 la. adeyh.. msg org tu.kakak tu.kakak ni. urm... sungguh bermasalah kad kredit ni. tetiba geram plak aku dgn online booking pkai credit card . terbayang jugak muka pegawai bank AIB kesayanganku yang masih x siapkan credit card yang telah berkurun lama ku apply. sabar2... kay dgn gumbira riangnya meminjam credit card kak mar. huuu.. kay sudah hampir settle. aku? ketensionan mengadap graf dose-receptor NE 10. aiyo... anti klimaks sungguh. tetiba kak dya mengoffer balik credit card nya. dgn alasan dia x jadi beli tiket lagi sbb smua kawan2 mcm x confirm lagi. jgn balik sensorg ye...
alhamdulillah! senyuman PUISI! 2 cm ke kiri dan ke kanan ~jgn cuba imagine.
wee! keberjayaan juga! (ape kena la ngan ayat malay aku skang ni)
semangat dah menaip no kad kredit. siap passport no. ok... send!
masalah baru lagi! ~problem dgn itineary~
oh no!! adeyh...trus je meresap perasaan putus asa. maybe sebab aku terlampau lama bkak page payment tu sementara nak mencari kredit kad. dah dpt kredit kad trus euphoria nak isi payment details. silap x refresh! huuu.. dah kesedihan ni. xpela.. nak try book lagu skali kang x pasal plak double payment. tidak2....tggu la hari esok yang mungkin memberi lebih harapan.
selesai solat subuh keesokannya, aku trus bkak email. masih xde pape notification dari expedia. huhu. down sungguh. xpe2.. senyum2! aku trus mencapai pen dan menyalin no phone expedia. berlari ke dapur nak call expedia. x dapat la plak. haih... bkak laptop balik. dapat semangat baru jgn putus asa leen! demi nak balik malaysia! aku pun klik icon voip dan dial la expedia... eh??! dapat plak!wee!
berbincang seketika dgn orang expedia tu, masalah pun selesai. 3 kali aku confirmkan yang aku x book lagi tiket tu. x sanggup double payment. dia pun bosan kot aku asyik tanya, "r u sure i haven't booked the flight? i saved the info but really didn't make any payment YET. rite?" dia cuba nak membantu aku membook semula tiket tu. tapi cm bermasalah je. baru aku ckp first name, dia da ckp x paham. adeyh.. baek la aku isi details tu sniri. aku tamatkan panggilan dgn senyuman dan trus bkak page expedia.
ok. insyaallah ok je. aku pun mintak la lagi skali ngan kak dya kad kredit dia. isi balik details. booked! alhamdulillah. kali ni lebih mudah. dah dpt confirmation email da.
tadaa!
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Your itinerary has changed.
Please review the complete details below. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Proof of citizenship is required for international travel. When children are traveling, additional documentation may also be necessary. It is your responsibility to meet entry requirements for the countries you are traveling to and connecting through. To learn more, or to purchase a passport or visa, visit the CIBT VISA Service Website. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
alhamdulillah.. ok2.. enough bab tiket. kembali study dan do the best in exam. doakan saya ek... =)