Pertama kali...
"Weyh, ko nak pegi tak ISK esok?" seorang sahabat bertanya.
"Urm...sejarah ni cam malas sikit. Lagipun aku dah penah dengar sikit masa kat KMB dulu. insyaallah la"jawabnya setelah berfikir sejenak.
Pagi itu, aku dan teman-teman serumahku sangat letih. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, semua orang seolah-olah terpukau dengan keenakan duvet yang amat sangat menggoda. terdengar sayup-sayup gamitan sang duvet. Ya Allah..dugaan hebat ni...
Mengerling ke arah jam tangan, aku makin resah. 10pagi!
"Ya tuhan,apekah! sepatutnya ISK tu start pukul 8pagi. Ni memang dah super duper saiya punya lambat ni...Dah la kemalasan tahap tinggi ni. Aiya,sejarah plak tu.." aku bermonolog sendirian.
Teman serumahku tiba-tiba mengetuk pintu dan bertanyakan waktu kami hendak bertolak ke Rumah Insyirah-tempat ISK diadakan. Aku lantas membuang jauh-jauh perasaan malas itu. Hampir saja aku tewas dengan dugaan. Meskipun kami tiba lewat di rumah tersebut, akak-akak seniors masih menghadiahkan senyuman manis menyambut ketibaan kami yang lewat tahap dewa. Terselit rasa malu. Segan. Tenang2... Better late than never-dialog menyedapkan hati sendiri yang penuh rasa bersalah.
Sejarah. Menyimpang jauh dari minatku. Bagiku, sejarah hanyalah subjek yang bercerita tentang orang yang telah mati. Menyesakkan storage compartment otakku. Bosan. Apatah lagi terpaksa menghafal tarikh-tarikh penting. Ya Allah, masalah! Sampai sekarang aku pelik, entah pemeriksa mana yang sangat berbaik hati memberikan gred A ketika menanda kertas Sejarah SPM ku. Alhamdulillah... Tapi sungguh mengagumkan. Aku bukan seorang yang menghargai sejarah.
INI SEJARAH KITA - meneroka peradaban yang hilang
ISK-mungkin hanya satu lagi rentetan sejarah yang sangat berkesan mentrigger rembesan enzim tidur. Benar. Aku disajikan cerita-cerita yang sudah biasa ku dengar namun jarang sekali melekat di otakku. Boring! Tetapi mengenangkan kembali niatku datang ke rumah Insyirah yang serba indah itu, aku tabahkan diri menadah telinga....
Lain. Kali ini benar-benar lain. Entah kenapa aku rasa sejarah yang aku dengar hari ini bukan sejarah biasa. Ini benar-benar sejarah KITA. Bukan sejarah yang membebankan serebrumku dengan tarikh-tarikh keramat. Jauh sekali membuatkan aku jemu menghafal nama-nama tokoh. Paradigma ku serta merta berubah. Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, dipelajari di sekolah untuk lulus exam. Sejarah untuk dihayati,difahami, dan diselidiki. Benar. Selama ini aku acuh tidak acuh dengan ungkapan di setiap muka surat bab buku teks, "those who don't learn from history, are going to repeat it". Selama ini aku tidak pernah berperasaan apatah lagi terfikir secara mendalam tentang ungkapan tersebut. Bagiku, ia hanyalah suatu lagi falsafah yang hanya sedap didengar..
Ternyata aku salah. Aku terlalu memandang remeh perkara penting. Alhamdulillah, aku mendapat kesedaran itu di sini. Mungkin masih belum terlambat. Sebak dadaku mengenangkan pengorbanan umat-umat Islam terdahulu. Diseksa. Dipulau. Dihalau dari bumi sendiri. Sedangkan aku kini? Bersenang lenang menerima Islam warisan. Ya, warisan. Aku bersyukur namaku masih ada 'binti'. Petanda aku seorang Muslim. Alhamdulillah, meskipun aku memperolehi title Islam kerana aku anak abah, seorang muslim, aku masih tetap Islam. Nikmat terbesar yang Allah kurniakan. Tidak terjangkau akalku untuk membayangkan diriku tanpa nikmat Allah ini. Syukur yang tak terhingga ya Khalid..
"Great power comes with great responsibility"
Hatiku tersentuh ketika akak seniors menayangkan video kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu. Itu lah tamadun Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia. Teguhnya iman mereka berjihad di medan perang. Jihad demi menegakkan agama Allah. Refleks pada diri. Sedangkan jihad melawan duvet pun aku sering tewas, apatah lagi ingin menguatkan azam berperang di jalan Allah. Terasa kerdilnya diri. Sedangkan aku dan umat-umat terdahulu sama. Sama-sama Islam. Tapi semangat kami jauh berbeza. Ya Allah, mampukah aku bermimpi walau untuk menjejak syurgaMu? huhu.. x mampu aku menjawab.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"
Al-Zarriyat : 56
Insyaallah, aku berjanji pada diri. Mulai saat itu, aku sedar akan sejarah ku. Bukan hanya sekadar sejarah nenek moyangku di Pulau Pinang. Tapi sejarah Nabi Adam. Sejarah Nabi Muhammad. Sejarah Muawiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah yang tumbang. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Namun, cukup rasanya aku sedar, sejarah bukan hanya maklumat-maklumat bosan di dalam buku teks. Sejarah yang merencana jatuh bangun tamadun. Meninggalkan pengajaran, nasihat dan kebenaran yang hanya dapat ditemui orang-orang yang benar-benar mencari. Ya Allah, dekatkanlah aku denganMu...
Tarikh Penting
610 - Permulaan dakwah di Mekah
623 - Hijrah ke Madinah,dakwah diteruskan
633 - Permulaan zaman khalifah, perluasan empayar Islam
661 - Kerajaan Bani Umayyah, pengaruh Islam hingga sempadan India
750 - Kerajaan Bani Abbasiyah, perkembangan ilmu fiqh,hadith,sains
1095 - Tercetusnya perang Salib
1258 - Serangan puak Mongol
1453 - Pembukaan Constantinople
1492 - Kerajaan Turki Uthmaniyah, permulaan kejatuhan Khalifah
1924 - Terhapusnya sistem khalifah
2008 - Menegakkan Islam di bumi Allah
Sekadar berkongsi rasa dan peranan..
bersama mencari kebenaran dalam sejarah
graf umat islam